Assalamualaikum w.b.h.
Khamis 23 Ogos 2018
Pagi2 lagi Lid dah turun ke reception kaunter sebab nak buat room reservation untuk esok. Dah selesai, kami tinggalkan 2 baggage kami di hotel(for free k) n bawa 1 backpack je ke Bursa. Selepas tanye kepada receptionist, cara terbaik nk ke Bursa, kami pun keluar dari hotel.
Misi pertama kami pagi ini nak ke Ayasofia. Since hari ni dah hari keempat. (Museum pass valid 5hari je). Nak pegi Ayasofia esok takut tak sempat plk. Takut sampai lambat dari Bursa. Tengahari nanti kami nak gerak ke Bursa. Kami ke Bursa 1 malam je.
Misi pertama kami pagi ini nak ke Ayasofia. Since hari ni dah hari keempat. (Museum pass valid 5hari je). Nak pegi Ayasofia esok takut tak sempat plk. Takut sampai lambat dari Bursa. Tengahari nanti kami nak gerak ke Bursa. Kami ke Bursa 1 malam je.
Kami ke stesen M2 Halic. Pastu turun di Yenikapi. Pastu keluar dari stesen, kena jalan kaki jauh jugak ke Stesen T1 Aksaray, pastu patah balik ke stesen Sultanahmet. 😅 Ni silap ummi la ni. Sory Lid. Kesian anak2 terpaksa exercise jalan kaki. Patutnya kite terus je naik T1 Eminonu pastu turun kat Sultanahmet. 😁
Pastu kami sampai Sultanahmet, kami jalan kat area Hidropome. Cuci2 mata kat sekitar situ, pastu terus masuk Ayasofia guna museum pass. Kite nak suggest, bagi yg pergi DIY macam kami, nak beli museum pass, p la beli kat agent/ melalui pihak hotel/ di museum yg xberape ramai org p. Kami tgk Ayasofia ni sentiasa panjang queue nak masuk k. Alhamdulillah, kami dah beli museum pass di Topkapi Palace. Kami xmasuk Blue Mosque. Trip lain kali la. InsyaAllah.
Best window shopping sini.
Tengah tengok video kat tingkat bawah.
Luas2 ni utk tgk je. 😶 Korang yg dtg Istanbul, kena masuk sini. Time ni ade part yg under renovation.
Laluan naik ke tingkat atas.
Nampak Blue Mosque dari tingkat atas.
Mosaic kat dinding di tingkat atas.
Depan Ayasofia slps keluar dari situ.
Kami beli makanan kat kiosk depan Ayasofia, menuju ke stesen Sultanahmet. Sedap gak roti kepit cheddar cheese n beef kat situ. 10TL. Burger daging TL5 pun sedap. Rase cam burger bakar kat Msia. Kami xjumpe daging burger proses macam Ramly burger tu kat sini. Pastu sosej sandwich (sosej + roti + sos) xingat brape lira. Sosej ok,ok je rase die. Yang paling best lemonade paling murah jmpe 2 lira je. Bila minta cup lid, no. Open drink. Hahaha. Ngan budak2 ni, kang tumpah ayaq cheq..open drink la sgt ko nih. Kami suke sangat minum lemonade kat Istanbul ni. Sedap tau. Tapi jgn la beli dalam Ayasofia ke Topkapi Palace.. sampai 25 lira mahalnye. Kami makan kat blkg kiosk tu je. Ade kaunter tourist situ. Bole dapatkan map ke hape situ. Lepas makan terus kami naik T1 ke Eminonu.
No comments:
Post a Comment