Privacy Policy

Saturday 5 June 2021

Meraikan Ramadan 2021 norma baru.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syawal dah berada di penghujung. Alhamdulillah sihat walafiat, masih lagi bergembira di samping work from home. Hari ini 2 Jun 2021, MKN announced pelaksanaan PKPD bagi kat rumah saye ni mulai 4-17Jun. Dalam mase sama, Total Lockdown di seluruh negara mulai 1-14Jun. 

Nak cerita betapa berbezanye sambutan Ramadhan tahun ni, bukan shj berbanding tahun lepas tetapi juga dengan tahun² yang sebelumnya. Mengimbas kembali tahun lepas, semasa bermula Ramadan, masih dalam pantang anak no 5, ngan PKP1.0 sedang dilaksanakan, masjid dan surau semua tutup. Jadinya, nak tak nak kena kental la semangat, makan pun dah tak gaya mak² berpantang, pasal nye kena sediakan segala juadah sahur dan berbuka utk anak² dan suami. Makan pun tak ikut time jadinya walaupun tak boleh berpuasa. Bazar Ramadan pun tak boleh buka, terawih pun di rumah shj. Ya Allah, angkatlah wabak Covid-19 ni segera dari muka bumi ni. Amiiinnnn..