اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Persediaan ke Maldives.
Trip ke Maldives ni untuk meraikan anak sulung saya, Abg yg ambil SPM 2025. Results Abg dapat, diluar jangkaan saya sebagai ummi. Untuk anak yg lahir 2008 a.k.a batch08, SPM satu-satunya exam besar bg depa. Pada 2020, Covid-19 outbreak, mereka baru berumur 12 tahun, UPSR dan PT3 telah dimansuhkan.
Untuk batch08, masa persediaan untuk SPM 2025 sangat suntuk kerana SPM berlangsung pada bulan Nov-Dis 2025, berbanding batch² tahun sebelumnya (tahun pasca Covid-19).
Saya tak meletakkan expectation tinggi terhadap Abg, knowing that setiap anak berbeza keupayaan, kepandaian, kelebihan. Kalau tengok results trial SPM Abg, ada subjek yang dapat G. Saya hanya mampu bantu dia dengan dorongan dan semangat supaya terus berusaha, jangan mudah putus asa. Saya pernah cakap kat Abg, cuba usaha bagi dapat paling teruk pun gred C je, Abg.. Jangan dapat bawah dari C. Saya pun tak putus berdoa di setiap bisikan. Hanya Allah yang tahu.
Selasa 31 Mac 2026
Results SPM 2025 diumumkan. Pada mulanya, Abg takut nak pergi ambil results di sekolah. Saya pun takut sebenarnya tapi apapun results yang Abg dapat, saya redha je. Kami dah berusaha, berdoa, sekarang tawakkal je. InsyaAllah, yang itulah terbaik menurut kehendak Allah.
9.45 pagi. Hati Abg berbolak-balik, sekejap nak pergi sekolah, sekejap taknak pergi. Saya dah apply time off from office ni ha, nak bawa dia ambil result di sekolah. Kena pergi jugak.
![]() |
| Jalan Masjid Negeri. |
