Privacy Policy

Tuesday, 16 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 4 Songkhla to Pattani

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 29 Mei 2026

9.15 pagi. Pagi ni kami tak ada proper breakfast, makan roti je untuk alas perut. Masa nak check out, staf hotel masuk check bilik. Lid tanya kat reception, depa check apa sebenarnya. Rupanya depa nak pastikan tuala cukup dan remote control masih ada dalam bilik. Kalau semua lengkap, bolehlah terus check out. 😄

Kami terus keluar dari Phatthalung, menuju ke Songkhla. Saya plan nak solat Jumaat di Central Mosque of Songkhla. 


11.05 pagi. Kami tiba di masjid tersebut agak awal. Masih lama lagi sebelum waktu Solat Jumaat, jadi kami cuba mencari tempat makan berdekatan masjid. Malangnya, kebanyakan kedai masih belum beroperasi. Ada sebuah kedai di belakang masjid, tetapi menunya kelihatan kurang menarik untuk kami singgah. Sementara menunggu waktu berlalu, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan masjid.

Wednesday, 10 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 3 Phatthalung

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hajat di hati, bila sampai hotel di Hat Yai, nak minta extend stay 1 malam lagi dengan host. Tapi tak dapat, sebab host kata bilik tu dah ada orang book. Saye malas nak cari hotel lain, jadi kami teruskan perjalanan hari ke 3 menuju ke Phattalung. Walaupun bukan destinasi utama pelancong, Phatthalung kerap menjadi lokasi persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan ke Bangkok.

Khamis 28 Mei 2026

Salam Aidiladha dari Hat Yai. 

Pagi ni saya siap² gosokkan kurta untuk Lid and the boys yang nak pergi solat sunat Hari Raya. 

6.50 pagi Hantar mereka ke masjid Majmuk. Kemudian saya kembali semula ke hotel. (ABC)


Sampai hotel, sambung kemas² sebab nak kena checkout before jam 11 pagi/12 pm waktu Msia. 

Pukul 8.20 saya dah kembali semula ke masjid. Jarak hotel ke masjid dalam 15 minit. Mula tu terpikir jugak, nape la tak suruh je depa balik hotel naik tuktuk. Rupa²nya ada rencana Allah yang kita tak tau. 

Monday, 8 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 1 & 2 Hat Yai

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 26 Mei 2026

Kami bertolak dari rumah 9.37 pagi. Singgah Petronas keluar duit, to standby some cash. 10.45 pagi kami exit Tol Pendang RM7.70.
Next time, kalau nak keluar Border Durian Burung, lebih baik guna exit Alor Star. Saya singgah isi minyak penuh di Petron terakhir sebelum sampai Pekan Padang Terap.

Lepas pemeriksaan polis/PGA, ada kedai jual insurans Thailand, depan sikit ada simpang ke UUM Sintok.

12.20 tghari, kami sampai di Kompleks Imigresen Kota Putra, Durian Burung. Sangat santai ye di sini. Drive sampai tollgate, kena turun kereta kat tollgate utk cop passport, tapi tak perlu park kereta. Beratur dengan kereta je, sama seperti di ICQS Bukit Kayu Hitam. Suprisingly, tak ramai orang. Mungkin sebab esok raya Haji. Orang Malaysia masuk Thailand selepas raya kot. 10minit je kami kat border Msia, dah masuk border Thailand. Huhu..cepat. 


Border Thailand kena kereta park dulu, turun cop passport, cop borang TM2, TM3, satu copy depa simpan, satu copy lagi kita simpan. Then, owner kenderaan pergi ke tollgate plk untuk depa cek geran kenderaan and cop insurans. Passengers masuk kereta dulu. Then settle, owner masuk kereta, lalu kat tollgate, depa double cek dokumen, ok, baru boleh jalan terus. Proses 20minit ja..Boleh on simcard yg beli kat shopee.

Wednesday, 3 June 2026

Trip Hatyai & Selatan Thai 2026 7 hari-6 malam

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Raya Haji tahun 2026 ni saya plan nak beraya di Hat Yai. Cuti raya haji kali ni bertembung dengan cuti sekolah pertengahan tahun. Minyak tengah mahal sekarang kesan konflik di Timur Tengah. Nak beli tiket flight pun mahal, jadi kita road trip saja kali ni. 

Route kami, created using GMaps
ketika di Pattani.

2022 Kami pernah beraya Haji di Langkawi, kedai makan semua tutup. Semua orang beraya. Nak cari makan shushah..haha. Beg beranak di Langkawi 2022

Mulanya, sy plan nak lajak ke Koh Samui. Tapi tak jadi. InsyaAllah, next time. Trip kali ni kami explore Selatan Thai.