Privacy Policy

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, 6 August 2025

Cuti-cuti Lombok Part 5

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 5 Jun 2025

Hari terakhir kami di Lombok. Oleh kerana flight kami petang nanti, jadi kami masih ada masa untuk makan-makan dulu. Subuh-subuh siap² kemas beg dulu. Kemudian anak-anak akan mandi seorang pas seorang. Maklumlah kami anak ramai. Jadi kalau nak bergerak awal pagi, memang kena bangkit awal. 


Kami sempat bergambar di taman depan pintu chalet kami. Kemudian letak semua beg di sebelah kaunter reception. 

Tuesday, 5 August 2025

Cuti-cuti Lombok Part 4

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 4 Jun 2025

10.30 a.m. Hari ni kami nak ronda-ronda sendiri sahaja di sekitar Kota Mataram, Lombok. Tiada supir. Sebenarnya saya tiada plan yang spesifik. Misi pertama hari ni ialah nak merasa bakso asli Lombok. 

Depan lobi hotel.

Friday, 11 July 2025

Cuti-cuti Lombok Part 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 3 Jun 2025

Untuk trip ke Lombok ni, saya pack agak banyak pakaian, kononnya takut tak jumpa kedai dobi layan diri macam di tempat kita. Oleh kerana day trip to Gili Islands semalam, saya terpaksa juga cari kedai dobi untuk cuci pakaian basah. Alhamdulillah, tak jauh dari hotel kami ada satu kedai dobi, tapi bukanlah jenis layan diri. Saya with my doter jalan kaki saja ke Berkah Express Laundry. Timbang baju 5.5 kg. Cas cuci 40ribu, cas courier ke hotel 10ribu. Alhamdulillah.

9.03 a.m. Gery tiba di hotel. Tadi 8.35 di ws, katanya telat sedikit. Harini kami akan ke Air terjun Benang Kelambu yang terletak di Lombok Tengah. On the way ke sana, kami minta Gery berhenti tepi jalan, nak beli roti. Saya beli kue pukis. Pengusaha kedai anak-anak muda. Pagi² sudah mula jualan.

Coklat keju tu sedap.

Wednesday, 25 June 2025

Cuti-cuti Lombok Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 2 Jun 2025

Mula-mula saya rancang nak ke Sembalun atau ke Senaru. Namun menurut Gery, kalau nak ke sana, lebih baik ke Sembalun dulu, tidur 1 malam di Sembalun, keesokkannya ke Senaru dan kembali ke Mataram semula. Ini kerana perjalanan sehala dari Mataram ke Sembalun atau ke Senaru mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Oleh kerana saya malas nak berpindah randah, maka tak jadilah kami nak ke Sembalun dan Senaru. Gery cadangkan kami bersnorkeling di Gili Islands. Emmm.. Saya merasa agak rumit untuk buat keputusan sebab kami tak pernah island hopping di mana2 pun sebelum ni, walaupun kami dah banyak kali ke Langkawi. Oleh kerana tiada pilihan yang lebih baik, maka kami cuba pertama kali ini di Lombok. 

Desa Malaka, Lombok Utara

Tuesday, 17 June 2025

Cuti-cuti Lombok Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 31 Mei 2025

Kami bertolak dari Penang ke KLIA2 jam 1 tengah hari selepas abg Ammar habis tuisyen Sains di sekolah. Anak nak SPM tahun ni, tapi umminya dah tak boleh tahan nak g travel. Kita pun paham tengok anak stress study. 

Oleh kerana flight kami jam 6.10 pagi esok, kami ada banyak masa lagi sebelum terus ke KLIA2. So saya decide untuk lalu WCE, expressway dari Changkat Jering ke Sabak Bernam, kemudian dari Sabak Bernam lalu jalan kampung hingga ke Kuala Selangor. Kami singgah solat di Masjid Ma'muniah, Sungai Besar. 

WCE expressway

Monday, 2 June 2025

Persediaan Cuti-cuti Lombok 2025

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti sekolah pertengahan tahun 2025, kami akan ke Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Lombok ni sebelah Bali je tau.. Naik bot boleh sampai ke Bali. Lombok digelar Pulau 1000 Masjid. Kenapa Lombok? Bukan sebab nak g hiking di Rinjani. Saya tak minat hiking. 

Tertarik nak pergi Lombok, bila kak Ika, tukang urut saya yang asal Medan, bercerita tentang Litar F1 Mandalika yang terletak di tebing laut. Dulu heboh dikatakan anak dara Malaysia lari ikut bf balik Lombok. Selebihnya, perasaan ingin tahu tentang tempat baru yang belum pernah saya sampai. Jangan hanya dengar kata orang, kita kena pergi untuk menyaksikan sendiri budaya sesuatu tempat. 

Indonesia ada total 38 provinsi, dan Lombok adalah provinsi ketiga kami ke Indonesia selepas Surabaya-Malang 2017 dan Banda Acheh 2023. Baru 3, guys.. Besarnya negara jiran kita ni.

Gambar peta telah diketik di penginapan kami.

Wednesday, 7 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 Jun 2023 Day 2

Waktu subuh di sini jam 5 pagi bersamaan 6 pagi waktu Malaysia. Jadi tak lah di luar kebiasaan sangat kan.

Jam 7 pagi kami turun dari hotel. Pada mulanya, saya ingat nak cari sarapan sendiri. Ada ja kedai kopi dekat dengan hotel, tapi segan nak singgah. Abg Jani wassap suruh bagitau kalau dah siap. Terus saya suruh dia ambil kami di Masjid Raya sebab kami tak tau nak sarapan di mana. Tak sampai 5 minit tunggu, dia dah sampai.. Tak tau la dia lepak di mana. Kalau ikutkan semlm dia kata nak jalan start jam 8 pagi.


Sunday, 4 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Banda Acheh.

1. Tiket flight telah ditempah more than 3 months prior to the departure. Terfikir nak ke Banda Acheh kerana ada flight direct from Png to Banda Acheh. Harga tiket Firefly taklah murah sangat. Affordable trip. Saya beli baggage 20kg*2. 

Ini provinsi ke2 kami ke Indonesia selepas Surabaya 2017. Agak risau nak ke Indonesia slps Covid. Saya siap beli travel insurans yang ada covid coverage lagi. Booked tiket 5 hari 4 malam, tapi selepas beberapa minggu dapat notification dari Firefly, tiket retimed jadi 3 hari 2 malam. Memang bengang gak lah. Dah lama dah tak experienced tiket retimed ni. Mula2 ingat nak refund, tapi bila fikir balik, tak pelah. Redha je. 

2. Saya beli simcard Indonesia di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Indonesia. EasyGo Travel Sim

3. Sebulan sebelum, saya book hotel di Traveloka for the first time sbb harga di Booking.com dan Agoda terlebih mahal. Saya pilih hotel ini sebab depa ada bilik triple dan lokasinya dekat dengan Masjid Raya Baiturrahman. Selain itu, ia berdekatan dengan Pasar Acheh.

4. 20 Mei 2023, saya tukar duit di money changer. Saya tak tukar banyak sangat cash. Sekadar bajet cukup2 untuk trip 3 hari 2 malam kami. Hopefully MYR akan lebih baik pada masa akan datang. Saya juga activate debit kad sy untuk pengeluaran luar negara. 

5. Lagi 5 hari nak fly, baru terfikir nak cari supir. Mulanya saya ingat nak gamble je ambik grab ke, atau cari je supir kat airport. Tapi tak tau plk nanti nak bajet range harga. So saya google je cari pakej wisata Acheh, dapatlah contact 2 orang, compare harga. Alhamdulillah dapatlah supir yang boleh bawa kami, walaupun agak last minute cari. Bayaran boleh guna duit RM. Alhamdulillah, tak perlu g money changer tukar duit lagi. 

Thursday, 16 May 2019

Hotel yang kami inap semasa Cuti-cuti Surabaya

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kami berada di Surabaya/Malang 4 malam je. 1 malam di kaki Gunung Bromo, 1 malam di kota Malang n 2 malam di kota Surabaya. Kite booked hotel siap2 sblm p sana. Seperti selalu, Kite book hotel thru Booking.com. Memang puas hati la. Nak cancel pun senang kalau kite plan kite xjadi. 


Tuesday, 23 April 2019

Jalan-jalan Sekitar Kota Surabaya

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 23 Mac 2017
Pagi ni kami bersarapan di hotel. Dalam jam 9, Wisnu, supir kami di Surabaya(yang pick up kami di airport kelmarin) dah tunggu di depan hotel, untuk bawa kami jalan2 Kota Surabaya. Kami ingat nak cari hotel lain. Kebetulan tak jauh dari hotel Sinar 1, ade sebuah hotel yg nmpk cm best je. Kami singgah utk tanye di reception. Alhamdulillah, ade family room, kite terus booking. Tapi not thru kaunter, thru Booking.com. The price had significant difference tau. The receptionist yg suggest book thru online. So settle la pasal tempat tidur malam nanti. Kami pun patah balik ke hotel Sinar 1 utk check out. 

Tempat lawatan kami yg pertama untuk hari ini ialah Masjid Akbar Surabaya. Besar masjid ni, namapun Masjid Akbar kan..

Saturday, 20 April 2019

Pengalaman bercuti di Surabaya 2 - Taman Safari Indonesia II

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 22 Mac 2017
Jam 8 pagi Pak Anto ambil kami di hotel. Kami terus meninggalkan Kota Malang untuk ke  Taman Safari Indonesia II Jawa Timur. Nak pergi zoo. Biase la bila bawa bebudak berjalan kan.. Kami sarapan di restoren tepi jalan. Makan nasi sup Rawon. Dengarnye rawon ni resepi khas Jawa Timur. Ade juga pecal. Kami xberselera sangat nak makan kat sini. Tak tau ape nak pilih. Kami belanje Pak Anto sarapan. Keluar kedai, kami tanye die, biase makan sini ke? Die kate die pertama kali. Berhenti di sini sebab lihat banyak kereta berhenti. Maksudnya sedap la tu. Kah!


Friday, 12 April 2019

Pengalaman bercuti di Surabaya 1 - Gunung Bromo

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni saya nak share pengalaman kami bercuti ke Surabaya, Indonesia. Surabaya terletak di Jawa Timur. Sebenarnya kami ke sana pada cuti sekolah bulan Mac 2017. Baby Abdullah belum lahir lagi. Mase ni baru tahu saya pregnant. Kami menaiki penerbangan AirAsia 3jam Penang-Surabaya. Nak kate DIY, ye, without pakej, tapi kami ambik supir. Tak pasti macam mana nak explore Surabaya tanpa supir. Maybe boleh sewa kereta kot.