Tuesday 11 September 2018

Turki Day 4(2) - Ortakoy Mosque, Istanbul

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h.

Dari stesen T1 Eminonu, kami turun di Findikli. Kami kna ambil bas nak ke Masjid Ortakoy. Xpasti bas nombor berapa yg kami naik mase tu. Yang pasti bas tu kosong sbb perhentian terakhirnye ialah bus stop opposite to yg kami tgh tgu bas tu. Bas buat U-turn disitu. Lid tanye driver, bole naik p Ortakoy Mosque? Die kate ok.


Anak2 tidoq dalam bas sepanjang perjalanan. Bila kite Google map, tgk route yg bas tu ambil, dah melencong ke lain..Haaiihh. p mane plk bas ni.. Lid dah gelabah. Kite kate, xpe Lid.. kalau xsampai Ortakoy Mosque, kite patah balik je tempat kite naik td. 😅
Instead the blue route, bas lalu ikut grey route.  Siap lalu dpn Yildiz Technic Uni. Well. We enjoy the journey. Bas penuh. Ramai org nak g Ortakoy Mosque.

Turun2 bas je, kena jalan kaki sikit. Sampai2 je, budak2 ni dah lapar🍦. Kite pun beli la aiskrim utk 3 budak ni. Sekali nk bayar , die kate TL30. What?? Are you serious?? Kena katoq dah cheq ni.. Dah la xde tanda harga.. Mentang2 la kite tourist. Xpuas hati, kite kate, yesterday I buy 5lira only! Die tunjuk la harga yg tertutup kat tepi. Mmg sakit hati, menyumpah je. Budak2 ni la xsabar2. Before this, beli 🍦plg mahal jumpe pun TL5. Biase2 TL3. Tetibe yg ni kena sampai TL10 1. Mmg xsangka la. Hati2 la korg bila dtg sini. 

Sini banyak gerai yg jual kumpir. Kumpir tu kentang rebus + cheese, pastu ada topping macam2. Kami xbeli pun, x teringin. Kami duk kat perkarangan Masjid sementara Lid masuk solat. Memang ramai sgt orang. Sbb public holiday kot. Yg jual cenderahati pun byk. Tapi mahal kot. 
Dalam 5:30p.m. kami dah nak gerak balik dah. Nak g tunggu bas then naik tren to Eminonu n balik 🏨 sebab dah janji nak ambik baju kat dobi before 8. 

Kami jalan kaki jauh gak nak ke bus stop. Adakah pengalaman semalam akan berulang lagi? 😂 Lid dah siap2 lipat stroller dah.

Lane kanan kosong ye, lancar je. (Driver Turki memandu sebelah kiri, driver Msia memandu sebelah kanan). Lane yg menuju Ortakoy Mosque tu jem, traffic xbergerak langsung. 2,3 biji  kereta yg buat u-turn. Kami tgu bas sebelah kanan. Banyak bas lalu semua penuh. Xnak berenti. Lid sepertinya biase, gelabah xtentu hala. Nak jalan kaki ke Masjid Ortakoy balik la..blablabla. Ade bas yg berenti, bila kami tunjuk fon, die kate no,no. Kami risau lambat nak ambik baju kat dobi ni. Kite xla risau sgt sbb baru nak pukul 6 kan. 

Ade Turkish cube nak tolong kami, tapi diorg tunggu bas lain. Last2 dapat bas, driver tu bg kami naik. End up, die bawa kami sekerat jalan je, driver tu suruh kami turun, lintas jalan n naik bas lain utk ke stesen T1 Kabatas. Semoga Allah merahmati die.
Kami xtau nama tempat ni, tp setiap bas akan masuk n pusing 1 round kat sini. Kami kena turun kat sini n lintas jalan, ambik bas lain ke stesen T1 Kabatas.
Dalam bas ke Kabatas, kami nmpk Stadium Beşiktaş. Sampai stesen Eminonu, kami jalan kaki blk 🏨. Sempat beli 'balık ekmek'. Kami sampai hotel kul 7 lebih, sempat ambik baju kat dobi. 😊 Malam ni x kemana2 sebab kite nak kemas beg baju. 

No comments:

Post a Comment