Privacy Policy

Friday, 10 July 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 5 Pattani - Narathiwat - Yala

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 30 Mei 2026

Pagi ni kami gerak awal. Sarapan roti ja kat bilik. Turun ambil air panas, hotel ada sediakan minuman milo and kopi 3-in-1. Roti and biskut pun ada, tapi tak sempat ambik, dah habis.

7.50 pagi kami dah check-out dari hotel. Depa tak check bilik, percaya katanya. 

8.10 pagi kami dah sampai di Municipal Market Pattani. Kata orang, wajib singgah sini bila sampai Pattani. Macam² ada. Harga pun murah². 


Ayam mentah letak camtu je.

Saya beli keropok keping dan keropok jejari perisa tomyam. Anak kecik saya nak beli kuah pisang a.k.a pengat pisang. Murahnya 10TB je. Sate ikan tu 10cucuk 30TB. Pisang goreng krup krap, lupa harga berapa. Dah beli², kita boleh duduk makan kat depan pasar ni. Ada tempat duduk, ada sinki. Kalau nak duduk minum kat kedai kopi kat dalam pasar pun ada.
 
Pisang goreng n sate ikan sedap.

9.30 pagi Kami gerak ke destinasi seterusnya, Masjid Kerisik. Dlm 10 minit je dah sampai. 

Dataran tak berbumbung tu juga adalah ruang solat, kena tanggal kasut.



Lid bersama penjaga masjid.

Menurut penjaga masjid, masjid ni masih digunakan setiap kali solat fardu, kecuali Solat Jumaat yg tak dilakukan di sini.

Seterusnya, kami menaiki kereta, ke seberang jalan drpd Masjid Kerisik, untuk melihat perigi Hang Tuah. 

Tak perasan ada air lagi ke tak dalam perigi tu.

10.00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Narathiwat. Sebenarnya saya nak tukar duit di money changer di pekan Pattani. Tapi tadi selepas keluar pasar, terus terlupa. Dah setengah jam jauh dari pekan Pattani, baru teringat. Nak patah balik, macam buang masa je. Kita pun google map, cari money changer near me. Google map kata dalam 10minit lagi sampai..

Kami sampai masuk ceruk kampung, jalan kecik sampai depan rumah orang. Saya kata kat lid, takkan la money changer kat rumah orang. Mujur siang hari. Ralat gak saya rasa sebab terlupa nak tukar di pekan Pattani tadi. 

Google map pun tak pernah² buat mcm ni. Selalu waze je yg suka bagi jalan pelik². Sesat barat ni setengah jam jugak buang masa.

Kami keluar balik dari jalan ceruk² kampung tu, saya berhenti depan satu kedai, suruh lid p tanya kat mana nak cari money changer di kawasan tu. Orang kedai bagitau, di situ tiada money changer. Tapi kami boleh tukar duit di kedai emas, di simpang depan sikit, tak jauh dari tempat kami berhenti untuk bertanya ni. Saya pun drive ke simpang tersebut. 

10.56 pagi. Ada 2 kedai emas. Lid pergi tanya rate. Yang pertama 8.00, yang kedua 7.80. Saya suruh lid tukar dekat kedai yang bagi rate lebih tinggi tu.

https://maps.app.goo.gl/BQmZnonP5i1Dtsps5

Baru saya teringat, di Ho Chi Minh last time pun boleh tukar duit di kedai emas. 

Teruskan semula perjalanan ke Narathiwat. Saya boleh katakan di sini, kami tak explore sangat Wilayah Pattani. Dalam erti kata lain, kami kena datang lagi lain kali. InsyaAllah.

11.30 pagi. Memasuki sempadan daerah Pattani dan Naratiwat, saya nampak ada pasar pagi di kiri jalan. Saya berhenti la sat. Turun dengan lid je. Anak² tido dalam kereta.


Orang² kat sini boleh cakap Melayu dialek Kelantan. Beli kueteow goreng..sebungkus 20TB je. Murah. Kemudian, beli air coconut shake murah giler. Kalau tak silap 1 cup 26TB je. Ada isi kelapa beberapa urat kat atas. n biji selasih kat bawah tu..peniaga letak susu krimer tu banyak..manis sampai ke sedutan terakhir la senang cerita..


12.00 tengahari kami tiba di Masjid 400 tahun yang terletak di Wilayah Narathiwat. Ramai juga pelawat yang datang. Kami solat Zohor dan Asar jamak taqdim di sini. 



1.00 tengahari. Meneruskan perjalanan ke Yala. Memasuki saje simpang menghala ke Yala, bentuk muka buminya terus berbukit². Minyak kereta tinggal 2 bar je. Next station (Shell) kat Google map, 26 km lagi di hadapan. Berpeluh dingin saya. Alhamdulillah, selepas 20km, jumpa station Ptt. Takde dalam Google map. 

Sebenarnya saya tak tau mana nak tuju kat Yala ni. Pinpoint Yala sj kat dalam Google Map tu, telah membawa kami ke Taman Tasik. (Boleh Google Suan Khwan Muang Park).

Masa sampai sini, lebih kurang dalam pukul 3.00 petang, saya rasa mengantuk sangat, letih drive.. Jadi saya nak lelap kejap dalam kereta, suruh lid bawa anak jalan² dulu kat luar. 

Ceritanye, jangan harap la dapat lelap lama. Anak² mai balik kat kereta kata nak beli lokching la, nak makan, nak air, main kereta, motor la..



Kami pun cari la port nk bentang tikar kat taman. Ramai orang bersantai di taman tasik ni. Budak kecik dua orang tu tak puas naik kereta dan motor tu. Casnya murah je (20TB - 50TB). Kami beli coconut aiskrim (30TB) dan somtam ayam..sedap hangpa.. Somtam tu pedas..😂 Harga biasa 25TB, saya minta additional ayam jadi 45TB.


Kat sini ramai orang berjualan, tapi jenis makanan yang depa jual tu sama je, lokching, kerabu maggi, somtam, coconut aiskrim. Budak² nak makan lokching lagi. Lokching yang kami beli tu harga dia mahal sikit dr Asean night bazaar, Hatyai. Tapi still murah daripada yang jual di Penang or mane² negeri di Malaysia.

Dah puas bersantai, kami gerak ke Pekan Yala,  mencari hotel untuk menginap malam ni. 

5.30 petang. Check in hotel. Alhamdulillah, tak perlu nak terjah banyak hotel. Yang pertama je dah dapat. Rasanye hotel ni yang paling murah sepanjang trip kami kali ni. Family room 820TB plus key deposit 200TB. Bilik ni besar, tapi tiada katil. Host cuma hamparkan 4 tilam double dalam bilik. Jadi berguling la kami tidur beramai². Kami berehat sekejap. 


Pukul 7.15 malam. Kami keluar ke masjid Pakistan. Di Pattani ada masjid Pakistan, di Yala bukan shj masjid Pakistan, jemaah Pakistan pun di sini. Masjid ni tempat dia macam tersorok sikit. Tak ramai jemaah, tak nampak jemaah muslimah. Jalan pun sunyi saja. 



Balik dari masjid, ada juga pusing² cari tempat makan, tapi sebab ramai lagi yang masih bercuti raya, tak jumpa kedai nak makan. Kami balik hotel, masak maggi je malam ni. Jauh perjalanan hari ni.

End of Day 5.

No comments:

Post a Comment