Privacy Policy

Friday 26 May 2023

Bercuti di Cameron Highland 2023

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada bulan Februari 2023 yang lalu, kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3hari 2malam. Walaupun ini merupakan ke sekian kalinya saya ke Cameron Highlands, tetapi ini juga merupakan pertama kali saya dan anak2 ke sana  bersama Lid. Saya rasa dah banyak kali ajak Lid pergi CH, tapi dia taknak.. Tak tau la kenapa.. Takut mabuk darat kot.


4 February 2023 Day 1

Kami bergerak dari rumah pagi dalam kul 9 lebih dan singgah breakfast di RnR Bukit Gantang arah selatan. Pilihan tak banyak, tapi oklah takat nak isi perut. Harga cam biasa lah, standard R&R. 

Friday 5 May 2023

Tips bercuti DIY di Hatyai

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tips ini berdasarkan pengalaman kami merancang perjalanan dan 5 hari bercuti di Hatyai k. Lain orang lain la pengalaman yang ditempuhi kan..
Sumber Google


Tukaran wang.

Bagi saya ini bahagian paling penting dalam trip ke Hatyai kerana rasa nak shopping tu membuak2. Hahahahaha. Tip saya, tukar duit siap2 kat money changer Malaysia atau bawa duit cash lebih (not RM50/RM100) untuk tukar duit di money changer Hatyai.. Jangan withdraw duit di ATM Hatyai kerana cas pengeluaran sangat mahal. 220Baht untuk setiap pengeluaran, tak kira la awak guna Debit/kredit card or Bigpay card sekalipun. Tetap kena cas.