اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hajat di hati, bila sampai hotel di Hat Yai, nak minta extend stay 1 malam lagi dengan host. Tapi tak dapat, sebab host kata bilik tu dah ada orang book. Saye malas nak cari hotel lain, jadi kami teruskan perjalanan hari ke 3 menuju ke Phattalung. Walaupun bukan destinasi utama pelancong, Phatthalung kerap menjadi lokasi persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan ke Bangkok.
Khamis 28 Mei 2026
Salam Aidiladha dari Hat Yai.
Pagi ni saya siap² gosokkan kurta untuk Lid and the boys yang nak pergi solat sunat Hari Raya.
6.50 pagi Hantar mereka ke masjid Majmuk. Kemudian saya kembali semula ke hotel. (ABC)
Sampai hotel, sambung kemas² sebab nak kena checkout before jam 11 pagi/12 pm waktu Msia.
Pukul 8.20 saya dah kembali semula ke masjid. Jarak hotel ke masjid dalam 15 minit. Mula tu terpikir jugak, nape la tak suruh je depa balik hotel naik tuktuk. Rupa²nya ada rencana Allah yang kita tak tau.
Alhamdulillah, dapat parking kat tempat yang tak menghalang laluan kenderaan lain. Area masjid ni agak sempit sikit.
8.37 pagi, baru nampak muka lid di celah² jemaah yang berpusu-pusu keluar daripada masjid.
Alhamdulillah, kami dapat menjamah juadah yang disediakan untuk para jemaah masjid. Moi sedap. Saya ulang 3 kali. Rezeki kami pagi ni. Tak kalut nak cari kedai mana buka for breakfast. Lepas makan, kami balik hotel. Siap². Then, wassap host kata kami nak check out.
10.00 pagi. Kami dah atas jalan, on the way to Phatthalung. Tempat pertama yang dituju ialah Delong Garden, sebuah team park. Lokasinya sebelum sampai bandar Phatthalung. Masa saya plan trip haritu, terjumpa Delong Garden kat Google Map.
On the way to Phatthalung, kami ternampak orang jual buah-buahan kat tepi jalan. Kite pun singgah la nak tengok, depa jual apa. Lid beli buah salak. Murah je. Beli la sikit nak rasa.
11.20 pagi. Kami tiba di Delong Garden. Sangat sesuai untuk bawa anak². Ada entrance fee.
Untuk pengunjung yang nak masuk, macam kami ni, teman anak² bermain, tapi kami taknak main apa² game, bayaran yang dikenakan 90TB sj, dan dapat free 1 game.
Untuk anak², saya ambil pakej yang paling murah, 289TB per pax. Dapat 10 token. Ada 26 jenis pilihan games mengikut harga, 1 token, 2 token dan 3 token. Ada petting corner, dinasour show, atv dll. Tapi takde la aktiviti mandi-manda tu.
![]() |
| Piglet tu saya zoom dari jauh je. |
Kalau tak cukup token, boleh bayar kat dalam. Anak² masing² tambah 1 extra token shj(30TB). Depa paling excited nak naik atv. Untuk atv, different charge ye. Ade 3 pilihan atv. Kami pilih yang paling murah juga, guna gear manual.
Oleh kerana hari ni hari raya, pengunjung pun tak berapa ramai. Staff kate normally, naik atv ni 2 round je. Tapi dia gembira tengok budak² ni main, dia bg tambah 1 free round.
Di sini, ada juga cafe halal, untuk mengisi perut. Tapi kami tak singgah.
![]() |
| Cuaca mendung |
Lepas atv, kami beransur dari Delong Garden. Masuk je kereta, hujan turun, lebat. Kami menuju ke 7E Phatthalung yang viral tu.
2.15 petang. Kami sampai sini. Sepertinya di sini baru lepas hujan. Saya drive jauh² ke Phatthalung semata-mata nak check-in tempat ni. Ramai pemgunjung, tak kira yang riders, bas pelancongan pun singgah semata² orang nak bergambar depan 7E ni..di tengah² jalan raya. Been there, done that.
Lepas bergambar, kami masuk dalam 7E. Setakat beberapa kali kami masuk Thailand, inilah kali pertama kami beli burger CP di 7E. Itupun kalau ikutkan hati, saya taknak beli. Dah budak² ni beriye sgt nak makan, terpaksa la beli. Kami minta staff panaskan dalam microwave. Then, kami gerak, mencari masjid terdekat.
Dalam 5minit ja dari 7E viral, kami sampai di Masjid Darul Islam, Phatthalung. Kami habiskan burger dalam kereta je. Masuk masjid, solat then lepak² jap di kerusi batu kat belakang masjid. Dari sini bole nampak keretapi lalu.
Depan masjid, ada beberapa kedai makan halal, hari raya pun depa buka kedai. Jadi, kita tak perlu risau tak dapat cari makanan halal kat sini. Point penting di sini, ada masjid, insyaAllah ada kedai makan halal dekat situ.
4.00 petang, kami makan kat kedai depan masjid. Peniaga ni boleh cakap Melayu sikit².
Pada saya, rasa masakan biasa-biasa sahaja. Boleh makan, tetapi tidaklah terlalu istimewa. Harga pula sederhana dan masih berpatutan. Air sejuk Coway, free ja.
Kami cuma kesian tengok kucing peliharaan depa. Dah la lehernya diikat dengan tali, lepas tu kami nampak anak toke kedai tu heret kucing tu macam mainan pula. Walaupun kami tak membela kucing di rumah, anak-anak saya memang sangat sukakan kucing. Jadi bila nampak cara kucing tu dilayan, kami rasa kesian. Kami hanya mampu berharap kucing tu dilayan dengan lebih baik.
4.45 petang. Selesai membayar, dan bergerak menuju ke kereta. Hujan mula turun rintik². Misi kami mencari hotel untuk bermalam di Phatthalung. 4 hotel kami terjah, Ho Fah, The Room, Fortune, Mest, semua samada penuh atau tiada family room. Kami guna google map untuk search hotel.
5.30 petang, Alhamdulillah, lid dapat family room di City Park Hotel. Receptionist tak tanya pun, kami ada berapa orang. Harga walk in 1200TB. Masih dalam bajet saya. Saya terus register dan bayar by cash.
Bilik yang kami dapat, ground floor level, ada 2 katil double and satu sofa panjang. Masa kami masuk bilik, lalu depan reception, pun depa tak kata apa. Kot la depa nak suruh kami tambah 1 bilik lagi ke. Kitanye memang nak jimat je. Tapi kalau tiada family room, ambik 2 triple room pun ok.
Malam tu, dalam pukul 12, saya, lid n my doter belum tidur lagi. Masing² duk layan phone. Lampu bilik pun buka cerah. Boys semua dah lena. Anak yang no 3 mengigau, dia asalnya baring, tiba² duduk n bercakap kat something, sambil tunjuk² kat siling, dia kata, turun la, buat apa kat situ. Turun. Camtu la lebih kurang dia cakap, sambil gamit² tangan dia. Saye pamggil nama dia, pastu dia cakap "perempuan tu taknak turun." Sambil toleh kat saya, sambil pandang kat siling atas cermin tu.
Seram .saya kata kat dia, tidur, tidur.. Dia pun baring semula. Lid pun dengar apa yang saya dengar tu. My doter salah dgr, dia ingat adik dia sebut kumbang. Tapi kami diam je lepas tu. Tidur.
End of Day 3.













No comments:
Post a Comment