Privacy Policy

Saturday, 18 July 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 6 & 7 Yala - Betong

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 31 Mei 2026

Pagi ni kami sarapan roti dengan telur hancur je kat bilik. Telur tu yang beli di 7E dekat Lee Garden  5 hari lepas. 


9.40 pagi. Kami checkout dari hotel. Tempat pertama yang dituju ialah Train Street Market. Saya park kereta dekat dengan Yala train station. Dekat sini byk kedai hangpa boleh shopping murah². 😂

Kami masuk kedai 25TB setentang dengan Yala train station. Tapi barang dalam tu bukan semuanye harga 25TB. Tapi ok la..saya beli comforter a.ka. toto, size single, harga dalam RM35 je. 

Kat area sini, ada banyak kedai kasut dan beg termasuk beg sekolah.. Boleh la datang sini jalan² sambil beli beg sekolah bulan 12 nanti. Harga murah². 

Saya mencari tempat nak tukar duit. Menurut google map, ada 1 kedai emas yg boleh kita p untuk tukar duit. Kami pun jalan kaki la kedai tu. Rate die 7.80. Dia kata mahal sikit sebab depa kena p tukar duit kat Hatyai. Iyo la tu.(Masa ni kami p tanya je.)

Kemudian kami sampai di Train street market. Die pasar pagi macam yang biasa² kita p kat Msia..cuma dekat dengan landasan keretapi. 


Kemudian kami kembali ke kereta. Singgah kedai kasut, beli kasut untuk anak yang akan masuk uni tak lama lagi. Harga murah. Tapi saya kekurangan cash. Nak bayar pakai TouchnGo pun tak boleh. Jadi, tak dapat la nak shopping banyak². 

Kemudian start kereta, saya cari atm machine untuk cucuk duit. Cas pengeluaran 250TB, sangat tak berbaloi. Lebih baik saya tukar duit di kedai emas tadi. 

Lepas dah  tukar duit, lid search kejap google map, nak cari kedai makan, tak jumpa². Banyak kedai tutup lagi. Dekat dengan kedai emas tadi ada kedai sup perut. Orang kata sedap, tapi kami tak pandai makan sup perut.


12.30 tengah hari. Kami cari masjid. Alhamdulillah, di sekitar masjid ada kedai makan halal yang buka. Lepas solat, kami makan nasi campur. Air kosong free of charge. Harga ok. Lauk kena selera. Berbaloi, boleh repeat makan sini.
 

1.40 tengah hari. Selepas makan, kami meninggalkan Yala menuju ke Betong. On the way to Betong, kami ternampak orang jual ayam golek di sebelah kiri jalan. Kami berhentilah beli ayam golek seekor. Harga 180TB, murah. 


Perjalanan dari Yala ke Betong sejauh 130km. 52km to Betong, kami tiba di jambatan yang rupa macam Tasik Banding. Boleh berhenti untuk ambil gambar. Ada bot yang kita boleh naik, untuk ronda tasik. 


4.40 petang. 3 jam perjalanan. Nasib baik kami gerak awal dari Yala. Kami tiba di Betong. Singgah Ptt station untuk toilet break. 

Pekan Betong agak crowded petang ni sebab Malaysia cuti umum sehingga hari Selasa. Memang happening. Mungkin ada Msian yang baru shj menyeberangi border. Kelihatan banyak kereta bernombor plat Malaysia. 


Kemudian kami start cari hotel untuk bermalam. Dari pukul 5 petang hingga ke Maghrib tak dapat² hotel lagi.  Bila Lid walk in mana² hotel, ada receptionist kata, fully booked. Ada yang tulis 'Full'. Semua hotel kami try. Ada yang kami wassap melalui nombor di Google Map. Ada juga hotel yang dua kali lid masuk tanya, sebab lupa dah p tanya sebelum tu. 😂 Ada hotel yang kata dari pagi pun dah ada orang walk in tanya. Depa semua fully booked. 

Maghrib tu kami solat di Masjid Klang Betong.

Lepas solat, sambung lagi cari hotel. Pun masih tak dapat. Sampai 8.40 malam, saya dah give up. Kalau 8.40 masa Thailand, 9.40 masa Malaysia. Saya tak pasti border tutup pukul berapa. Lid kate ikut saya, samada nak keluar dari Betong, and balik rumah terus. Atau nak cari hotel lagi. 

Mula-mula saya rasa nak balik je la. Tapi malam dah ni. Nanti gelap² jalan tu, saya yang drive sorang². Depa semua tidur je dalam kereta. Nak patah balik ke Yala, mungkin senang dapat hotel tapi jauh, jalan pulak bagai ular kena palu. Jadi, Yala bukan pilihan. Balik je la. 

Kami dah separuh jalan lagi 5km nak sampai border, saya tanya Lid, kalau tidur masjid boleh tak? Lid kata tak kisah. Ok, kita tidur masjid. Saya pun patah balik ke pekan Betong. Baru lah kami nak cari dinner. 

Kami ke Krua Kak restoren. Dalam Google Map kata, depa open 24jam. Masa kami sampai, depa kata makanan yang goreng² like nasi goreng habis. Kami cuma order nasi khomok je. Mungkin harini sangat ramai orang, jadi setiap kali depa siap masak, habis, kena masak lagi dan lagi.


9.30 malam. Baru kami dapat nasi yang kami order. Kami makan nasi khomok bersama ayam golek yang lid beli tengah hari tadi. Kalau tak silap sy, nasi khomok+sup kosong tu harga 25TB.

Lepas makan kami kembali semula ke masjid Klang. Lid n the 3 boys tidur dekat dalam masjid. Mind u, bukan dalam ruang solat yang ada karpet tu. Kat luar ruang legar tu. Mujur ada 1 tikar kecil dalam kereta, n toto yang baru beli kat Yala pagi tadi. Cuma biasalah kan, ada nyamuk. 

Saya dgn my doter tidur dalam kereta.  Ada budak kecik sorg ni, kejap die nak tidur dalam masjid, kejap dia nak tidur dalam kereta. Pening. Sebenarnya bukan kami je yang tak dapat hotel di Betong malam ni. Ada lagi beberape keluarga kecil yang juga tidur di masjid. Manalah tau kan, Betong crowded sangat malam ni sampai kami terpaksa tidur masjid.

Isnin 1 Jun 2026


4.38 pagi Azan subuh berkumandang, selepas 20 minit, iqamat pula. Selepas subuh, anak-anak tidur balik. Walaupun tak selesa, kantuk mengatasi segalanya.

6.50 pagi. Kami nak cari breakfast, mulanya. Tapi kedai yang kami nak pergi tu, tak bukak. Baik kami p mandi dulu. 

7.20 pagi Kami tiba di Betong Hot spring. Tak ramai orang lagi pagi² buta ni. Dapatlah anak² merasa mandi kolam air panas. 

 
Tempat khas untuk pengunjung yang nak rendam kaki saje.

Lepas siap mandi, kami nak patah balik ke pekan Betong untuk sarapan. On the way keluar dari jalan Betong Hot spring tu, ternampak ada kedai jual durian. Kami pun p la tengok durian apa ada. Musang king ada. Boleh la makan musang king depa. harga murah je. Ada black torn jugak, harga mahal sikit dari musang king. Tapi tak semahal di Malaysia. 


Lepas makan durian, kami terus ke pekan Betong semula, mencari kedai untuk makan nasi pulak. Kami makan di Kedai Kah sup kaki. 


Ramai riders singgah makan di situ. Tengok sticker riders banyak. Menu utama yang depa jual ialah sup daging dan macam jenis bahagian daging tu. Kami order nasi putih, 2 sup daging, 2 telur dadar, 2 ayam goreng kunyit, 1 kangkung belacan. Portion banyak untuk kami. Selalu kalau di Penang, 1 portion sup daging tak cukup untuk kami 7 kepala. Di sini, 1 portion dah cukup. Harga dalam RM15-16 untuk satu mangkuk sup daging. Berbaloi singgah sini. Kami rasa sedap, Alhamdulillah. Semua makanan habis kecuali 1 mangkuk sup daging, kami minta depa tambah sup dan bungkuskan.


Tapi bila saya tengok meja sebelah, makan nasi goreng tak habis. Meja belakang pula, sup daging tak terusik. Membazir. Kan  boleh bungkus bawa balik. Tak tau la kenapa ada orang suka membazir makanan mcm tu. 

Last stop sebelum keluar border, singgah Watson, shopping. Watson sini sama je ngan Watson kat Penang. Die letak harga salah, die betulkan harga which is lebih mahal, dia tanya kita samada nak ke taknak barang tu. Susah nak claim customer's right.


11.40 pagi. Kami tiba di border Betong. Park kereta, turun, beratur cop Passport. Saya tengok ada yang selitkan RM2 dalam passport, ada yang tak. Pegawai tu tak minta pun. Kalau ada, dia ambil. Jangan lupa serahkan borang tm2 dan tm3. Dia tak minta, tapi kita jangan lupa. Kang nak masuk Thailand next time macam2 problem arise. 

Lepas dah cop passport tu pun, double cek tengok ada tak dia cop Exit kat passport kita tu. Sekadar peringatan je buat diri sendiri. Masa ni, kami tak cek sangat, lepas balik Msia baru terbaca ada Msian yg terkena, keluar dari Thailand, tp dalam passport tiada cop keluar. Kalau duk dekat Perlis, Kedah or Kelantan yang dekat2 ngan border tu, boleh la kita patah balik suruh depa cop semula. Tapi kalau duk jauh, penat la semata-mata nak p minta cop. Next time, masuk balik, kena denda overstay plk katanya. 


Selesai cop passport dalam masa 50 minit lebih kurang. Kami beli coconut aiskrim, ada cek mek jual. Aiskrim dia sedap. Kalau bayar guna TB, harga 30TB ja. Kalau guna RM, harga RM5. Rugi la siapa yang bayar guna RM. Simpan sikit TB, nanti boleh datang lagi. 

Kalau orang tanya, kenapa Msian suka masuk Thailand, pada saya sebab harga murah, makan sedap and vibe dia tak sama macam negara kita. Kita tengok negara orang, kita rasai pengalaman di negara orang. Jangan jadi katak bawah tempurung. Kalau hang tak mau keluar p mana², jangan kecam orang yang suka jalan-jalan tengok tempat orang. Tomyam, kat Msia pun ada, tapi tak sama dengan makan Tomyam kat Thailand. 


1.50 tengah hari waktu Malaysia. Dari border Betong, memasuki Border Msia-Kompleks ICQS Bukit Berapit. Tak jem hangpa. Sat je selesai. Dari sini, ada dua arah, Baling untuk ke Kedah, Penang. Pengkalan Hulu ke Perak. Kami lalu jalan Baling. Seperti yang saya jangka, jalan tu tiada atau jarang2 ada tiang lampu jalan dan pasti gelap gelita sepanjang jalan dari Baling, sehingga jumpa BKE. Alhamdulillah, kami decide tidur masjid, sempat ke Betong Hot Spring bawa anak-anak mandi kolam air panas, sempat makan di Betong sebelum balik Penang. Alhamdulillah tiada aral sepanjang 7 hari kami bermusafir. Kami tiba di Penang dalam jam 4 petang. 

End of  the Hatyai & Selatan Thai trip Mei - Jun 2026

No comments:

Post a Comment