Tuesday 30 August 2022

Beg beranak di Langkawi 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pada hari raya korban yang lepas, kami telah bercuti di Langkawi. Kali ni kami naik flight AirAsia. Beli tiket sebulan sebelum berangkat. Harga RM1.8K termasuk insurans + 40kg luggage pergi balik. Biasanya kalau naik flight AirAsia, kt akan include terus Tunes travel insurans depa. Tak yah pening2 cari travel insurance company lain. Beza pu n xbanyak. 


Nak kate murah harga tiket flight ni sebenarnye lebih kurang harga flight Firefly kami ke Langkawi tahun lepas. Cuma sekarang dah masuk fasa endemik, harga flight memang naik. Lagipun kami tambah seat sebab tahun lepas baby Fahri bawah 2 years old, tahun ni kena beli seat untuk dia. Kami memang kena beli luggage dengan AirAsia sebab sharing luggage isi baju. Kami ada hand carry juga. Flight biasanya ada 7kg hand carry. Kalau backpack tak lebih 7kg and tak lebih allowable size, tak yah beli luggage. Kalau flight Firefly biasanya harga tiket dah termasuk 20kg luggage. 
Macam biasa, kita tak beli seat.