Monday 1 February 2021

Türkçe Öğreniyorum

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Merhaba arkadaşlar. Maksudnya- Hi friends. Hehe.. Cara org Turki menegur sapa..kalau depa cakap Merhaba, kite pun jawap Merhaba jugak.  

Lama saya tak update aktiviti saya kat blog. Ye la, nak update ape sangat kn. Nak g travel pun tak boleh, dah pandemic ni belum habis lagi. Update ni lebih kepada sebagai ingatan, kenang2ngan. Untuk saya sendiri baca nanti. Sebab saya rase, saya dah jadi semakin pelupa sekarang. Benda 4,5 minit sebentar tadi saya buat pun kadang2 saya terlupa dah. Saya rase mungkin saya stress. Stress dengan kerja, I guess. Stress tak boleh g travel. Of course. Hehehe.

Untuk rekod saya, saya work from home dari 6 Nov 2020 sehingga saya menulis ini (24 Dec 2020) kerana kawasan tempat tinggal saya kena arahan PKPB. 

Hari ni 1 February 2021 masih lagi WFH sebab PKP2.0 sehingga 4 February 2021. Aktiviti yang terkini sekarang ni ialah Ben Türkçe Öğreniyorum - I'm learning Turkish language. Saya dah masuk Part 2 Turkce class..Kelas Bahasa Turki. 🥰 Online.. Kelas ni bermula bulan 10, 2020 selepas balik dari bercuti di Kelantan & Terengganu (Kelas Part 1). Setiap hari Sabtu selama 3 jam thru Zoom. (Abg & kakak kelas dynamic kids. Ummi plk kelas Turkce.) Alhamdulillah, belum pernah ponteng kelas.
Last class bg Part 1 12.12.2020

Kuala Terengganu short trip

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada pembaca yang baru menjengah ke blog saye, entry ni adalah sambungan entry sebelum ni. Boleh baca kat sini ye, Kota Bharu short trip

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju destinasi sebenar kami, Madrasatul Quran Kubang Bujuk. Perjalanan mengambil mase lebih kurang 3 jam setgh dr Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Kami singgah solat di stesyen minyak memandangkan susah nak singgah solat di masjid musim covid-19 ni.

Madrasatul Quran Kubang Bujuk

Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 ptg kami tiba di madrasah. Oleh kerana hari Sabtu, pejabat madrasah pun dah tutup, kami hanya meninjau2 sebelum disapa oleh Ustaz Hj Mohd Nor. Lid la yg sembang banyak ngan die. Rupenye ustaz berasal dari Banting, Selangor,  adik ustazah sekolah saya dulu masa saya form 1-3 @ SAMTTAR, Sg Manggis. Tapi saya dah tak ingat ustazah tu. Huhuhu.. 25 years ago in history..
Suasana kat sini tenang je.

Kota Bharu short trip

بسم الله الرحمن الرحيم 
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 25 - 27 September 2020, kami sekeluarga telah bermusafir ke Kelantan dan Terengganu. Tujuan pemusafiran ini adalah untuk melawat Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang terletak di kampung bapa saye di Terengganu. Kami as parent bercadang nak hantar anak sulung ke sini menuntut ilmu selepas die habis darjah 6. Sekadar nak menunjukkan kepada anak ini, suasana di Madrasatul Quran Kubang Bujuk and beri pilihan untuk die sendiri memilih ke mana die hendak bersekolah selepas tahun 6. Kami tak memaksa cuma mengesyorkan mana yang baik untuk die.

This trip was unplanned. Hari Rabu baru terdetik nak ke Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Khamis apply cuti untuk Jumaat, Alhamdulillah cuti lulus. Khamis baru cari2 n booking hotel. Susah juga sebenarnye nak dapat family room dengan harga yang berbaloi saat akhir ni. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 

25 September 2020

Jam 9.45 a.m kami bertolak dari rumah. Hari ini kami akan singgah menginap di Kota Bharu dahulu. 

On the way to Kota Bharu, melalui Jalan Baling - Gerik, kami berhenti untuk ke WC di Banjaran Titiwangsa. Kami makan bekal nasi goreng dan sandwich dalam kereta sahaja. Nak singgah makan di kedai pun takut. Covid-19 satu hal, nak control anak2 kecil ni pun satu hal juga. We take turns driving..lenguh tangan nk pangku baby sepanjang jalan.hehehe.