بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa 26 Mei 2026
Kami bertolak dari rumah 9.37 pagi. Singgah Petronas keluar duit, to standby some cash. 10.45 pagi kami exit Tol Pendang RM7.70.
Next time, kalau nak keluar Border Durian Burung, lebih baik guna exit Alor Star. Saya singgah isi minyak penuh di Petron terakhir sebelum sampai Pekan Padang Terap.
Lepas pemeriksaan polis/PGA, ada kedai jual insurans Thailand, depan sikit ada simpang ke UUM Sintok.
12.20 tghari, kami sampai di Kompleks Imigresen Kota Putra, Durian Burung. Sangat santai ye di sini. Drive sampai tollgate, kena turun kereta kat tollgate utk cop passport, tapi tak perlu park kereta. Beratur dengan kereta je, sama seperti di ICQS Bukit Kayu Hitam. Suprisingly, tak ramai orang. Mungkin sebab esok raya Haji. Orang Malaysia masuk Thailand selepas raya kot. 10minit je kami kat border Msia, dah masuk border Thailand. Huhu..cepat.
Border Thailand kena kereta park dulu, turun cop passport, cop borang TM2, TM3, satu copy depa simpan, satu copy lagi kita simpan. Then, owner kenderaan pergi ke tollgate plk untuk depa cek geran kenderaan and cop insurans. Passengers masuk kereta dulu. Then settle, owner masuk kereta, lalu kat tollgate, depa double cek dokumen, ok, baru boleh jalan terus. Proses 20minit ja..Boleh on simcard yg beli kat shopee.