Privacy Policy

Wednesday 24 April 2024

DIY Turkiye 2024 Day 5 - Konya

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 1 Mac 2024 Day 5 - Konya.

8 a.m. Kami dah ready menunggu cafe buka untuk bersarapan. Sementara itu, sempat juga la kami menyaksikan belon2 panas di langit Kapadokya. Beg2 pun dah siap masuk dalam kereta sewa. Kami return kunci bilik. Semasa baru ja nak masuk cafe untuk sarapan, Lid kata receptionist hotel panggil. Sy pun pergilah ke reception tu. Bila masuk ja, die terus tunjuk cadar putih n towel yang ada oil stain. Kesan minyak sambal bilis tu.. Dia kate kalau minyak ni susah nak hilang la blablabla.. Dia nak cas 1000TL..Cadar tu ada 2 helai, towel kecil sehelai. Bukan sebab anak² lap tangan ke hape, tapi sbb minyak sambal bilis tu terkeluar dari bekas die yg duduk dalam beg. Masa cek in kelmarin, anak bawa beg tu terus letak atas katil. Sy pun malas cakap banyak, bayar je la. Kalau ada banyak masa, sy nak p belikan depa sabun mandi dan klorox je.

Masa sarapan, sy main Duolingo. Ada sorg tourist perempuan, agak berumur, sy rase die dr South Korea. Dia tegur sy, bgtau dia pun learn Turkçe melalui Duolingo. Hehe..jumpa geng. Dia datang bersama anak menantu dan seorg cucu. 

9 a.m. Kami terus meninggalkan hotel dan ronda² sekejap kawasan sekitar, sebelum return kereta sewa. Minyak kereta yang sy isi semalam berbaki separuh lagi. 

Hari ni kami akan menuju ke Konya dengan menaiki Bas Metro Turizm yang telah saya book tiketnya dua minggu lepas. Sy turunkan anak2 bersama beg2 di stesen bus Goreme, sebelum sy dan Lid return kereta sewa and collect my passport. 

9.30 a.m. Sampai depan kedai rental car tu, sy park. Kedai tutup lagi. Kami minta tolong orang kedai sebelah kanan, call owner rental car. Dalam beberapa minit dia datang dari bahagian belakang kedai sebelah kiri. Bila kita ada masa semakin terhad ni, memang boleh buat berpeluh dingin dalam suhu nyaman pagi2 ni. Owner nak cek kereta first. Emmm.. sy risau panjang cerita plk nanti, bila teringatkan pengalaman pengembara lain yang sewa kereta di Turkiye. Tapi Alhamdulillah, kami pulang kereta dalam keadaan baik, owner pun berpuas hati dan pulangkan semula my passport. 

Tuesday 9 April 2024

DIY Turkiye 2024 Day 3&4 - Kapadokya

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 28 February 2024 Day 3 - Kapadokya.

6.30 a.m. Seperti semalam juga, pagi ni kami solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Ahmet. Vibe dlm masjid tu best. 

Hari ke 3, kami akan ke Kapadokya menaiki flight, akan landing di Kayseri airport. Sy tak ambil airport transfer.

Umarım başka bir mevsimde burada olurum.

Selepas bersarapan, kami terus checkout Fehmi Bey Hotel dan menuju ke T1 Çemberlitaş station. Jalanannya agak mendaki dan berliku2 sedikit, dengan segala kudrat nak heret baggage semua tu.