Privacy Policy

Monday, 21 September 2026

Cuti-cuti Maldives Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Maldives.

Trip ke Maldives ni untuk meraikan anak sulung saya, Abg yg ambil SPM 2025. Results Abg dapat, diluar jangkaan saya sebagai ummi. Untuk anak yg lahir 2008 a.k.a batch08, SPM satu-satunya exam besar bg depa. Pada 2020, Covid-19 outbreak, mereka baru berumur 12 tahun, UPSR dan PT3 telah dimansuhkan. 

Untuk batch08, masa persediaan untuk SPM 2025 sangat suntuk kerana SPM berlangsung pada bulan Nov-Dis 2025, berbanding batch² tahun sebelumnya (tahun pasca Covid-19). 

Saya tak meletakkan expectation tinggi  terhadap Abg, knowing that setiap anak berbeza keupayaan, kepandaian, kelebihan. Kalau tengok results trial SPM Abg, ada subjek yang dapat G. Saya hanya mampu bantu dia dengan dorongan dan semangat supaya terus berusaha, jangan mudah putus asa. Saya pernah cakap kat Abg, cuba usaha bagi dapat paling teruk pun gred C je, Abg.. Jangan dapat bawah dari C. Saya pun tak putus berdoa di setiap bisikan. Hanya Allah yang tahu. 

Selasa 31 Mac 2026

Results SPM 2025 diumumkan. Pada mulanya, Abg takut nak pergi ambil results di sekolah. Saya pun takut sebenarnya tapi apapun results yang Abg dapat, saya redha je. Kami dah berusaha, berdoa, sekarang tawakkal je. InsyaAllah, yang itulah terbaik menurut kehendak Allah. 

9.45 pagi. Hati Abg berbolak-balik, sekejap nak pergi sekolah, sekejap taknak pergi. Saya dah apply time off from office ni ha, nak bawa dia ambil result di sekolah. Kena pergi jugak.

Jalan Masjid Negeri.

On the way nak sampai ke sekolah, sementara jalan tengah jem tu, saya cek results online kat fon saya. Bila tengok je results Abg, saya menangis terus. Abg ni, "nape ummi, nape ummi?". Hahhaha.. Biasalah, ummi dia emosional. 

Bila results keluar, Abg tak dapat sebarang gred C pun.. paling teruk pun dapat B. Subjek math yang sebelum ni nak capai C pun tak pernah, Abg dapat A-. Saya rasa sangat bersyukur, lega rasa hati. Saya ws semua guru² yang mengajar Abg masa F5, ucap terima kasih. Ketua warden asrama pun sy ws, bgtau results yang abg dapat, dan ucap terima kasih kerana selalu bagi kerjasama kepada Abg dan memudahlan urusan saya sebagai parents. 

Jadi, untuk meraikan anak SPM 2025 ni, saya kata kat Abg, jom kita g travel berdua ja, Abg. Saya mulanya takda idea nak ke mana. Plan pun last minute. Ternampak ada orang share di medsos, tentang bercuti di Maldives, ambil pakej dengan AirAsia flight sekali dengan hotel. Tapi pakej tu flight dari KL. Saya pun tak buat research habis². 

Flight Booking

18 June 2026. Pada awalnya, target saya, nak ambil flight dari Penang. Saya beli tiket AA, return flight Pen-Kul-Mal untuk 4 hari 3 malam. Tarikh 17-20 Aug. Jadual memang cun elok ni. Lay over pun tak sampai 3 jam. Perlu ambil cuti 4 hari saja. Lid pula kena ambil cuti sehari saje untuk tolong jaga anak² yang lain.

Selepas seminggu dua saya book flight, saya terjumpa iklan TA, pakej Maldives 3 hari 2 malam RM2690. Saya tak pasti apa yang included dalam pakej tu, tapi saya rasa macam ok juga pakej tu. Of course, kalau kita ikut pakej, kita kena stick dengan tarikh depa. 

Cuma saya membandingkan, flight dari Kul, dan kurang 1 malam dari plan saya. Saya book flight sj dah harga RM2300 sorang. Belum hotel dan lain² lagi. Huhu.

4 July 2026. Saya dapat notification dari AA, flight reschedule. Lay over jadi 12 jam. Puas saya fikir macam mana nak decide, samada refund or tukar tarikh. Saya dah cuba cari untuk tukar flight yg tak perlu lay over sampai 12 jam. Memang takde. Kita ni dah la beli tiket connecting flight. Nak cancel salah satu, tak boleh. 

7 July 2026. Saya putuskan untuk mohon refund jelah. Sebab, nak tukar tarikh baru pun, kena tambah duit plk. 

8 July 2026. Saya search pula Trip.com. Saya try cari flight Pen-Kul-Male, dapat flight MAS, jadual cun. Tarikh 24-27 Aug. Injak sikit dari plan asal. Saya dapat sekali flight and hotel 4 hari 3 malam plus insurans RM2700 per pax. Hotel tu kita boleh pilih, kalau nak hotel 5star, mahal lagi la casnya. Pada saya, berbaloi sebab kami travel berdua ja, and saya prefer diy to pakej. Cuma, saya book dengan 3rd party. Risau juga kalau ada apa² masalah nanti. 

Kalau saya plan lebih awal, mungkin boleh dapat harga lebih murah, atau boleh pilih lain² airlines mcm Batik Air atau Srilankan Airline. Saya tak yakin nak cuba Batik Air. Banyak review kata depa selalu delay. Srilankan airlines pula, nanti saya kena transit dua kali. Lambat.

Currency Exchange

Maldives guna USD and local currency, Maldivian Rufiyaa, MVR. Saya tukar USD saja. Rate sama macam dalam online, no extra charge. Kalau online tengah murah, cepat² la pergi tukar kat money changer.

3 hari sebelum perjalanan, saya dah boleh isi IMUGA Traveller Declaration secara online. Kita perlu isikan maklumat penerbangan dan hotel yang kita akan duduk. After submit, about few minutes later, dapat dah email pengesahan, download QR code, simpan kat phone.

Musafir kali ini, sy tak beli simcard kat shopee, sbb tak jumpe. Nak roaming U Mobile, takde plk Maldives dlm senarai negara yg depa cover. Kata orang, kat sana simkad mahal. Guna wifi hotel je la kot nanti.

Isnin 24 Ogos 2026

5.30 a.m. turun dari rumah. Lid hantarkan kami ke airport. 5.45a.m. dah siap check in baggage. Berat 14kg. Kami bawa 1 je luggage. 

Siap dengan pink tag.

6a.m. Kami terus masuk ke bahagian domestic departure, check boarding pass, scan hand carry, then terus menuju ke surau untuk solat subuh. Alhamdulillah. Gate B5 dekat surau je. 

7.20 a.m. boarding, 7.48 take off, flight on time. Alhamdulillah. 

8.40 p.m. Safely touch down KLIA T1. Terus cari pintu ke gate C. Kena carefully baca signboard, sbb pintu nak ke Pengesahan passport tu cam tersorok sikit. Kalau terlepas, masak la. Sebab short transit kan.. Lepas dah scan passport, baru naik escalator utk ke tren to gate C. Kena naik tren plk. 


Manage to arrive gate C35 at 9 a.m. Dalam boarding pass, tertulis masa utk boarding Kul-Male 9.10. Untuk situasi hari ni, bole tenang² sbb saya berdua sj dengan Abg. Kalau 1 family of 7, kena gesa² sikit.

10.10 a.m. Flight take off. On time. Alhamdulillah. Ini adalah pertama kali kami naik flight MAS utk penerbangan antarabangsa. Sejam after take off, a senior flight attendance start to serve meal..die suruh passanger around him, dalam 3 baris, dgr die explain.."Today we have 3 kind of meals. 1. Coconut rice with chicken, 2. Chicken sosej with egg, 3. Chicken with pasta fetucini". Die suruh passenger fikir n decide nk makan ape. 

Bukan cheese tu, telur dadar stim.

Mine n abg, nasi lemak dgn ayam rendang. Ade bilis & kacang in external pack, macam kacang goreng pack. Vibe nasi lemak depa tak sama ngan nasi lemak Pak Naser, yg pada saya, sana lg sedap. Tau² je terbeli sebab bau nasi lemak yang sangat memikat selera. The flight attendance didn't serve hot drink, takut turbulance, kang tumpah, kena air panas pulak. Depa kena ambil contoh AA. Hot drink serve in a cup with lid. Rindu pulak teh tarik AA. 

Lupa nak bagitau, kalau Malaysia pukul 2 p.m., Maldives baru pukul 11 a.m. Maldives lewat 3 jam dari Malaysia. Islam adalah agama rasmi Maldives. Penduduknya adalah Muslim Sunni. Jadi, makanan halal tak susah untuk didapatkan. Di Maldives ni, ada sangat banyak pulau, ada local island and resort island. Jadi kita boleh pilih nak pergi pulau yang mana mengikut bajet masing².


11.10 a.m. Maldives time. Kami selamat mendarat di Velana International Airport, Maldives. Cop passport, collect luggage sangat lancar. Singgah washroom, semua tandas ada handheld bidet (hose panjang dengan kepala penyembur air). Bersih dan wangi. Kalah KLIA. Di KLIA, setiap tandas, ada satu shj tandas cangkung yang ada handheld bidet. Kebanyakannya, tandas duduk dengan integrated bidet. Syukur juga, janji ada air untuk beristinjak.


Saya plan nak pusing2 dulu di Male, the capital of the Maldives. Dari Velana Airport, kita dah boleh nampak Bandar Male dari jauh. 

Male City.

Kami jalan² dulu dalam dan luar airport. Dekat jeti, ada booth public ferry to Male. Saya tanya² orang, cara untuk dapatkan ferry ke Maafushi island, lokasi hotel yang kami tempah. 

Saya tak pre-book dari Malaysia. Saya just nak explore semuanya sendiri. Saya email hotel to notify them on my arrival. Saya kata, saya akan pandai² sendiri je nanti, no need for airport transfer service. Di lobby airport ni ada banyak booth yang menyediakan perkhidmatan speedboat ke pulau² tertentu. Mereka tunjukkan booth di mana saya boleh tanya schedule dan tambang speedboat untuk ke Maafushi. Kata salesperson, "1 o'clock, madam. 25dollars". Ok, later, I'll come back. Saya tak book tiket terus. 

Male City

12.00 p.m. Velana Airport ni terletak di pulau Hulhule. Kalau kita nak ke Male, kita boleh naik public ferry/boat dengan tambang berharga 1dollar, tempoh perjalanan 15minjt je. Selain itu, kita juga boleh menaiki teksi, kerana terdapat jambatan yang menghubungkan pulau Hulhule dan Male. 

Saya pun pergi tanya teksi driver, boleh tak bawa kami pusing2 bandar Male n hantar balik kami ke airport dalam masa 1 jam. Driver tu kata boleh. Tambang 250MVR. Alamak, saya belum tukar Maldivian Rufiyaa lagi. Driver tu kata takpe, nanti kat Male boleh singgah money changer. Dia pun tolong load kan luggage dalam bonet, and memulakan perjalanan membawa kami melawat bandar Male.

Sinamale Bridge

Kami melalui China-Maldives Friendship Bridge atau lebih dikenali sebagai Sinamale Bridge. Jambatan sepanjang 2.1 km ini dibuka pada 2018 dan dibina dengan sokongan kewangan daripada China.

Bila ternampak bank, saya cepat² minta driver berhenti. Mulanya saya nak withdraw duit guna Wise, tapi bila saya cek, bank ada cas 100MVR bersamaan RM26. Mahal dan tak berbaloi. (Sama seperti di Thailand). Tak jadi saya nak withdraw cash. Bila saya keluar pintu bank, sebelah kiri saya ialah pintu money changer. Saya terus masuk tukar duit 50USD. 1USD=15.40MVR. Rate sama macam dalam online. Alhamdulillah, dah ada tunai Rufiyaa. Kami pun meneruskan perjalanan. 


Sepanjang jalan ni, kelihatan banyak bank dan money changer. Mercu tanda yang paling ketara ialah sebuah masjid berwarna biru. 

King Salman Mosque

Menariknya, driver kata ia merupakan sumbangan daripada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi kepada Maldives

(Saya tanya Chatgpt). Projek ini dirancang pada 2016 sebagai sebahagian daripada sambutan 50 tahun kemerdekaan Maldives. Pada majlis permulaan projek, kerajaan Saudi secara rasmi menyerahkan sijil sumbangan kepada kerajaan Maldives. Pembinaannya bermula sekitar 2018, dengan kos projek dilaporkan sekitar US$25 juta. Sumber rasmi Maldives menyifatkannya sebagai hadiah daripada Kerajaan Arab Saudi, manakala laporan ketika itu menyebut sumbangan Raja Salman dan kerajaan Saudi sebagai simbol hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.  

Driver bawa kami pusing 1 pulau. Penuh bangunan dan kenderaan terutama motor² yang parking di tepi jalan. Anggapan saya mungkin pemilik kenderaan tersebut sedang bekerja dalam bangunan atau premis di situ. Driver kata, Male is a very crowded city. Keluasan Male hanya  2 km panjang x 1 km lebar. Bangunannya pun terbina rapat² antara satu dengan yang lain. Jalan raya pun sempit ja. Tak jem, tapi jalan memang sibuk. 

12.55 p.m. Kami kembali semula ke airport. Bila saya tanya salesperson di kaunter tadi, the 1 o'clock speedboard already boarded, madam. Masak la kami kalau nak tunggu next speedboard pukul 2p.m. 

Alhamdulillah, dia bantu kami. Kami boleh tumpang speedboat utk Aseana hotel's visitors. Harga sama, 25usd per pax. Bayar tambang masa nak naik speedboat. They load our luggage on the speedboat storage room. 


1.15 p.m. speedboat pun bergerak meninggalkan jeti Hulhule. Sebenarnya, selain naik speedboat yang mahal ni, ada option yang lebih murah which is public ferry. Tapi depa kata public ferry ni ambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke Maafushi island, n the next available ferry pukul 3p.m. Maybe kalau kita travel on a tight budget, boleh consider naik public ferry tu. Saya rasa, harga speedboat guna USD ni hanya untuk tourist. Saya rasa, local people bayar tambang lebih murah. Adakah pembaca blog saya boleh sahkan perkara ni?

Saya tak beli simcard Maldives. Tadi terdengar salesperson tu promote kat tourist mat salleh, harga simcard ade 40-50dollar. Rasanya saya tak silap dengar. Pastu dia kata kalau nak tukar MVR dgn dia pun boleh. 1USD=17MVR. Lagi murah dari yg saya tukar di money changer tadi.

1.50 p.m. Perjalanan menaiki speedboat menuju Maafushi Island mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kami sampai di jeti Maafushi. Cuaca nyaman dgn angin bertiup lembut. Walaupun tengahari rembang, tak terasa panas sangat. Menunggu mereka unload luggage. 

Putih mulus pasir depa.

Kemudian Abg heret luggage, kami jalan kaki santai² dalam 10 minit untuk sampai ke Maamadi boutique hotel. Saya memang dah study Maafushi map semasa memilih hotel mana yang saya nak book hari tu. Jadi, tak susah pun nak sampai hotel tu sendiri.


Sampai sahaja di hotel, they serve us welcome drink dan bagi cold face towel untuk segarkan muka. Semasa check-in, kami dikenakan bayaran Green Tax sebanyak 6usd per pax, iaitu cukai yang dikenakan oleh kerajaan Maldives kepada pelancong yang menginap di hotel atau guesthouse. Saya bayar in total 36USD for 3 nights, which is saya dah masukkan bajet ni siap² dalam Wise. Cuma, sy simpan RM je, tak simpan USD. Rate Wise mmg berbaloi. 

Tadi saya rasa, saya tukar MVR macam sikit sangat. Saya ingat berbaloi dah tukar, bila rate sama dgn online rate. Bila smpai hotel, nohhh, lagi tinggi boleh dpt smpai 19MVR. Tukar dengan staf hotel ja, hangpa. Rony namanya. Dia kata kalau nak dia bookkan activity air pun boleh. Boleh dapat diskaun. 


Rony pun tolong angkatkan luggage kami ke dalam bilik. Saya request bilik dengan 2 single bed. Alhamdulillah. Bilik yang selesa, tapi tv not working. Saya minta Rony tunjukkan arah kiblat. 


Lepas rehat, solat, makan roti dan minum milo yang saya bawa. 

4.45 p.m. kami keluar pusing² pulau².. briskwalk je. Maafushi Island ni kecil saja. Hotel² ada sediakan buggy untuk ambil visitor di jeti. Korang jangan risau pula, terpaksa jalan kaki dengan heret luggage bagai, untuk sampai di hotel. Hahaha. 


Di sini saya ada nampak juga buggy taxi. Tapi saya tak try naik pun. 


Kalau nak sewa basikal or motorsikal pun boleh. Tapi saya rasa macam mahal. Ada.saya nampak sewa motor sejam 20dollar. Harga macam sewa Myvi kat Langkawi satu malam. Hahaha. 

Saya survey harga parasailing, trip shark, sting ray, snorkeling. Parasailing tu dapat harga 70usd utk 2 orang. Ok.. kita dah ada benchmark. Kami pergi ke bikini beach sekejap je. Haha. Jangan lama². Nak jaga pandangan masing². Kat sini, tourist yg nak berbikini hanya dibenarkan di restricted area je. Kawasan lain tak boleh. Kena berpakaian sopan. Kami masuk kedai souvenir, kedai runcit tengok² barang. 

Atm machine

Padang

Masjid

Sekolah

Kami jalan² sampai lah kami jumpa masjid, padang, mesin atm dan sekolah. Simple je nama sekolah depa, Maafushi School.

Kami rehat kat luar masjid sementara menunggu masuk waktu maghrib jam 6.15p.m. Pastu solat maghrib berjemaah. Di sini, lepas solat, langsung tak dengar alunan zikir mahupun doa. Saya tak pula cuba intai dari tirai ruang solat muslimah tu. Hehe. 

Kami tunggu sampai Isyak..

Lepas Isyak, saya ajak Abg makan mana² restoran, die taknak..jadi kami jalan je la balik hotel.. 

Depan masjid selepas Isyak.

Simple

8.15p.m On the way to hotel, kami lalu depan Ocean Vista Hotel. Saya tengok pakej activity yang ditawarkan. Promoter tu kata kalau full-day pakej 70usd per pax. Saya macam pernah terbaca ada orang dapat offer pakej 60usd, tapi kami tak jumpa masa kami jalan² petang tadi. Sebab Ocean Vista ni yang paling dekat dengan hotel kami, jadi saya signup je la ngan depa. Bayar 140usd. Untuk trip sand bank, snorkeling dengan nurse shark and stingray kat Fulidhoo Island. Pukul 8.30 - 3.30 katanye.. 

Saya tanya dia, kalau hujan esok, macam mana? If bad weather, dan kita belum mula trip, atau kita kena patah balik, die akan pulangkan duit. Kalau dah sampai Fulidhoo, dia tak pulangkan duit. 

8.20p.m Kami dah smpai hotel. The receptionist suruh kami pilih, nk breakfast ape esok. Saya pilih Maldivian breakfast, Abg pilih waffle. 


Malam ni kami makan cup noodle je kat bilik. Pastu rehat. Esok nak g buat aktiviti. Excited.

No comments:

Post a Comment