Privacy Policy

Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Thursday, 25 December 2025

Pengalaman terbang dengan Saudi Airline ll

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 27 September 2025 Day 14

Almost midnight, kami beratur untuk masuk ke departure hall. Kat sini kita kena bersabar ye..sebab jemaah² di airport ni, ada jenis yang tak menyabar, ada yang jenis baru first time ke luar negara..bukan dia kisah potong que orang ke ape.. Orang Malaysia ni baik² belaka InsyaAllah. Boarding pass kita scan sendiri je, pastu palang tu buka, kita boleh lalu.

Kat passport control, my passport di scan aje tapi tak dapat cop..😩 Dia kata tak cop pun takpe..kaunter sebelah dapat cop.. Kite nak lah cop tu sebagai bukti kan..

Lepas tu beratur plk untuk drop baggage. Sama juga, ada je yang tak menyabar²..kita pula kena suruh dia sabar. 

Tuesday, 23 December 2025

Umrah DIY September 2025 Day 12

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 25 September 2025

Alhamdulillah, pagi ni saya rasa lebih baik daripada semalam. Walaupum kami sampai masjid 4.20 a.m., kami tak dapat masuk dalam masjid. Solat subuh di luar. Waktu ni masuk fardhu subuh 4.54 a.m. Lepas solat, kami lepak-lepak jap kat carpet masjid tu menikmati sunrise. Ketenangan yang takkan dapat di tempat lain. Balik hotel 7 a.m. kami sarapan terus.

It took 3 minutes to fully expand.

10.35 a.m. Kami plan nak jalan kaki dari hotel ke Masjid Ghamamah n naik buggy ke Masjid Quba. Bila kami turun dari hotel, ada kereta sapu depan pintu hotel. Uncle tu minta 30 riyal mulanya untuk 2 orang. Last, lepas tawar menawar, kami dapat 10 riyal sorang. Alhamdulillah, 8 minit saja dah sampai. Selamat kami tak penat nak jalan kaki dari hotel ke Masjid Ghamamah. Uncle tu nak tunggu sampai kami habis solat, kami kata tak payah. 

Monday, 15 December 2025

Umrah DIY September 2025 Day 11

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 24 September 2025

Subuh di hotel juga. Turun breakfast 8.20 a.m. Saya demam lagi, tak lalu makan. Lepas sarapan, makan ubat dan sambung tidur balik.

1.30 bangun, mandi, sampai masjid jam 3 petang. 

Lepas Asar, kami ke Taiba Center. Dekat je dengan gate 330. Nak cucuk duit kat atm. Saya guna Wise. Oklah, pada saya tak banyak beza dengan money charger tempat saya tukar duit di Penang. Guna Wise is  cheaper. Dekat Taiba Center Tingkat 1 ada kedai Sharqiaa tau. Haha..

Umrah DIY September 2025 Day 10 - Ke Rawdah dengan instant track

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 23 September 2025

Hari ni saya demam. Solat subuh di hotel sahaja. Kami turun sarapan jam 7.00 pagi.


Waktu Zohor kami ke masjid. Saya dah siap² pakai baju berlapis² dengan telekung untuk bertahan sejuk dalam masjid. 

Umrah DIY September 2025 Day 9 - Ziarah Luar Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 22 September 2025

4.27 a.m. Baru gerak ke masjid untuk solat subuh. Subuh pertama di Madinah. Semalam keletihan kerana banyak sangat berjalan. Kami memasuki gate 320. Nampaknya kami terpaksa solat di luar kerana jalan nak masuk ruang solat muslimah (pintu 13 & 14) semua dah ditutup oleh guard. Kami mencari ruang solat yang lebih selesa. Akhirnya kami solat di luar dekat pintu 10. Pintu 10 ni pintu untuk jemaah lelaki. Sehingga imam dah angkat takbir pun pintu tu tak ditutup pun.

Wednesday, 26 November 2025

Perjalanan dari Mekah ke Madinah - Ziarah dalam Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 21 September 2025 Day 8

Hari ni hari terakhir saya di Mekah untuk umrah kali ini. Plan malam ni nak qiamullail. Jam 1.40 pagi saya keluar dari hotel, tawaf sunat dan iktikaf sampai subuh. Sy cari port solat kat kawasan yang setentang/belakang Hijr Ismail. Hanya nak pesan pada diri sendiri juga, sabarlah banyak² dengan dugaan di Haramain ni..


Selesai solat subuh, saya baca surah Al-waqiah sementara menunggu masa nak keluar dari masjid, agar reda sikit kesesakkan jemaah. Kemudian saya pusing di mataf depan kaabah mencari jalan keluar. Selama 7 hari di Masjidilharam, Alhamdulillah pagi ni saya ternampak tiang pink ni..kalau tak silap saya dekat Umrah Gate. 

Friday, 8 April 2022

Sujud tilawah dalam solat

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saja saya catatkan di sini untuk berkongsi ilmu dan supaya saya sendiri boleh refer next time. 

Surah As-Sajdah yang diturunkan di Mekah merupakan surah ke 32 dalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Sampai ayat ke 15, ada tanda kubah dihujungnya, maka hukumnya adalah sunat untuk sujud tilawah. Biasanya, bila keadaan di luar solat, masa kita baca Al-Quran bila terjumpa ayat sajadah, kita akan angkat takbir, dan terus sujud 1 kali, kemudian duduk dan bagi salam. (Bacaan sujud sajadah/tilawah boleh la lakukan carian di Google). Nak cerita nya di sini, dulu masa kali pertama solat subuh di Madinah(2016), pagi Jumaat. Biasanya imam akan baca Surah As-Sajdah sewaktu solat subuh hari Jumaat. Tapi sepanjang hidup saya, belum pernah lagi merasai pengalaman ni. Ada pengetahuan tetapi tiada amal. Bila pergi umrah baru la merasa.
 

Thursday, 14 March 2019

Hotel yang kami inap di Madinah dan Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.

Untuk makluman korang yang belum pernah sampai ke Madinah, hotel2 kat Madinah ni semua di sekeliling Masjid Nabawi n dekat2 je ngan masjid. But usually, kalau bg jemaah perempuan, biasenye TA akan cari hotel yg berdekatan pintu 15 hingga pintu 25. Dan yang paling dekat ngan tempat solat wanita, n jalan masuk untuk menuju ke Raudhah, ialah pintu 25. Rate hotel yang dekat ngan pintu 25 ni, kite rase agak mahal jugak la jika di bandingkan ngan rate hotel di area pintu 1 ke pintu 8/9.


Wednesday, 13 February 2019

Umrah DIY kami Februari 2019 - Berangkat ke Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.

Jumaat, 8 Februari 2019
Pagi usai sarapan, kami ke masjid lagi. Pagi Jumaat ni Madinah mendung dan hujan renyai2 sampai petang. Pertama kali merasai pengalaman hujan di bumi Madinah. Lantai licin, terkena tempias hujan. Budak kecik ni suka berlari-lari dalam dataran masjid. Jatuh bangun, jatuh bangun.
Baby Abdullah jumpe geng.


Friday, 8 February 2019

17 minit di Masjid Quba'

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.

Khamis, 7 Februari 2019
Pagi usai sarapan, kami ke Masjid semula. Misi Lid pagi ni nak bawa baby Abdullah masuk Raudhah, beri salam kepada Rasulullah S.A.W. dan 2 sahabat baginda. Alhamdulillah, org lelaki kalau bawa anak ke Raudhah bisa tenang2 aje gitu.


Umrah DIY kami Februari 2019 - Ziarah luar Madinah

Bismillahirahmanirrahim

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad. 
 
Rabu, 6 Februari 2019
Hari ini kami pergi ziarah luar Madinah. Waktu sarapan pagi ini, ramai Jemaah dari Malaysia bersarapan bersama kami. Baru sampai semalam agaknya. As usual, org Malaysia kalau ketemu di obersea, mahal sekali senyumannye. Yang duk di Rove Hotel Madinah ni pakej2 Umrah premium tau. Yg sampai RM10k barangkali, sampai betah aje memandang orang lain seperti tidak kecukupan. Ambil makanan pun gaya tamak je, macam dah lama tak makan. Suka membazir. Ambik banyak2. Tolong lah bersyukur sikit. Ambik setakat yg nak makan je bole tak? Kalau tak cukup, bole ambik lg. Ni tidak, ambik sepenuh2 pinggan. Pastu makan xhabis. Ni ke perangai jemaah Umrah?

Wednesday, 6 February 2019

KLIA2 - Jeddah Airport - Madinah Kota Nabi

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h.

Ahad, 3 Februari 2019
Jam 12 tghari, kite ke PIA utk check-in baggage. Kite print bag tag kat kiosk then beratur nak check-in bag kat kaunter AA..CNY lg 2 hari. Alhamdulillah, airport xbusy sgt hari ni. Dlm mase setgh jam dah siap print boarding pass n check-in baggage. Staff AA print semula boarding pass n bag tag kami. Sbb kami naik connecting flight. Baggage claim kat Jeddah Airport. Kite beli luggage 30kg, cukup2 je. Tu pun kurang 24hours tambah 10kg. Hahaha..Apela yg berat sangat beg tu.


Tuesday, 5 February 2019

Persediaan Umrah DIY kami Februari 2019

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.h.

Catatan ini ditulis supaya bila suatu masa nanti kite sendiri bole ingat semula detik2 perjalanan kite. Sebab kite ni pelupe orangnye. ☺️

InsyaAllah bulan February nanti kite nk g Umrah kali kedua kami dgn Lid, kali ni bawa baby Abdullah shj. Anak2 yg lain tinggal sbb depa sekolah. Kite plan nak p Umrah sbb mase ni kite tgh cuti sem. Excited nye nak pegi umrah. Rindunye dgn 2 tanah haram. Kali ni kami g Umrah diy. Booking flight and hotel sendiri. Boleh pilih hotel mane nak duk, nak dekat (of course), nak murah ke mahal ke, ade include breakfast ke tak ke..