اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 1 Julai 2023
Dalam jam 10.30pagi kami check out hostel. Towel yg disewa tu, kami tinggalkan saja di bilik. Receptionist pulangkan balik deposit sewa bilik dan towel. Pagi ni kami berbelah bagi, nak ke Mustafa Centre atau ke Bugis Street.. Kerana jalannya bertentangan, kena pilih salah satu. Kami sarapan di Restoran Al-Bismi, di bawah hostel saja.