Privacy Policy

Tuesday, 16 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 4 Songkhla to Pattani

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 29 Mei 2026

9.15 pagi. Pagi ni kami tak ada proper breakfast, makan roti je untuk alas perut. Masa nak check out, staf hotel masuk check bilik. Lid tanya kat reception, depa check apa sebenarnya. Rupanya depa nak pastikan tuala cukup dan remote control masih ada dalam bilik. Kalau semua lengkap, bolehlah terus check out. 😄

Kami terus keluar dari Phatthalung, menuju ke Songkhla. Saya plan nak solat Jumaat di Central Mosque of Songkhla. 


11.05 pagi. Kami tiba di masjid tersebut agak awal. Masih lama lagi sebelum waktu Solat Jumaat, jadi kami cuba mencari tempat makan berdekatan masjid. Malangnya, kebanyakan kedai masih belum beroperasi. Ada sebuah kedai di belakang masjid, tetapi kelihatan kurang menarik untuk kami singgah. Sementara menunggu waktu berlalu, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan masjid.
Memikirkan masa yang terbuang begitu sahaja, saya membuat keputusan untuk terus bergerak ke Pattani. Nanti, kalau jumpa mana-mana masjid yang sesuai di sepanjang perjalanan, kami singgah sahaja untuk Solat Jumaat. Lid pun mula mencari masjid yang sesuai untuk kami singgah nanti.

Dalam perjalanan ke Pattani, kami juga merancang untuk singgah makan di sebuah restoran tepi laut yang memang sudah lama ada dalam senarai saya. Saya mula mengetahui tentang restoran tersebut melalui perkongsian di Fb Prince of Danok. Tak sangka pula, akhirnya ada rezeki untuk singgah ke sana pada hari ini. 😊

12.20 tengah hari. Kami tiba di Masjid Bandan. Waktu Zohor pun baru nak masuk. Sedang elok lah tu. Sementara menunggu Lid and the boys solat Jumaat, saya n my doter masuk 7E yang terletak betul² di sebelah masjid.

Bila mereka dah selesai Solat Jumaat, saya teman my doter ke tandas masjid. Emm... Tandas perempuan di sini macam kurang maintenance, jadi tak jadi nak guna.

Sementara tunggu Lid di bangku batu depan masjid, saya disapa beberapa orang pakcik jemaah. Depa tegur dalam bahasa Siam. Saya pula blur, jadi jawab "Malaysia... Malaysia..." je. Haha.

Ramah betul depa ni. Bila tahu kami dari Malaysia, depa terus panggil kawan depa yang boleh cakap Melayu. Pakcik tu tanya kami dari mana, nak ke mana dan dah berapa hari berjalan di Thailand. Memang mesra sungguh layanan yang kami terima. 😊

Kami meneruskan perjalanan ke Na Wang Nao Shop, restoran makanan laut yang terletak di Daerah Chana, Songkhla. 


1.45 tengahari. Restoran agak meriah dengan pelanggan, semasa kami sampai. Mujurlah staff boleh berbahasa Melayu. Meja makan di sediakan di tepi pantai. Jadi bolehlah kami makanan sambil menikmati pemandangan laut. Suasana di sini mengingatkan saya trip ke Acheh 2023. Cuma di sana, kita kena pilih ikan atau makanan laut yang ingin ditempah.


Di sini, depa sediakan pakej set yang lebih senang untuk kita pilih. Saya pilih set untuk 6 orang makan. Pakej termasuk sebotol mineral water size besar dan sebekas ais. 




Servis cepat walaupun ramai pelanggan. Makanan sedap dan menepati selera kami. Kami siap tambah nasi lagi 1 bekas. Harga pakej untuk 6 orang 890TB, tambah nasi 60TB.

Tenang.

2.45 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Pattani. Kami singgah di Sakom Beach Market bila ternampak orang jual durian di tepi jalan.
 


Durian Mon Thong


Menggiurkan.

Ada orang bagitahu kami yang orang Thailand lebih gemar makan durian yang isinya agak keras dan rangup. Kalau di Malaysia, mungkin kategori yang orang panggil durian "mangkak" kot.

Masa nak beli, saya siap pesan kat makcik penjual tu yang saya nak durian yang lembut. Makcik tu pun faham. Dia potong sedikit kulit durian dan suruh kami rasa isi durian tersebut guna jari untuk tentukan sama ada teksturnya lembut atau keras. Buah pertama, sy kate tak ok, kemudian buah kedua..sy nak kata tak ok juga..haha. Akhirnya dia kata, "Yang ni kira lembut dah. Durian Siam memang tak lembut macam durian Malaysia yang sampai melekit di jari."

Kami pun okey sj la.. terus tunggu durian itu ditimbang. Harganya lebih kurang RM15 sekilogram. Murah giler!

Mula-mula kami beli sebiji sahaja untuk merasa. Kami makan dalam kereta. Isinya manis dan berlemak, memang sedap walaupun tidak selembut durian yang biasa kami makan di Penang.

Lepas habis sebiji, kami p balik kat makcik tu, minta tambah sebiji lagi. Terkejut makcik. Baru sekejap beli, dah habis sebiji! Haha. Bukanlah banyak sangat ulas dalam sebiji durian tu. Lagipun anak-anak pun suka makan.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami merasa durian Siam. Dan memang betul seperti yang orang selalu cakap, durian Siam ni tak da bau atau lebih tepat, baunya tak sekuat durian Malaysia.


Bermula dari masuk ke Pattani, kami jumpa banyak sekatan macam ni. Baru² ini juga, saya dapat tahu bahawa orang luar tak boleh guna roaming dalam Pattani, Narathiwat dan Yala. Mesti beli simcard Thailand.

4.20 petang. Kami tiba di Pattani Central Mosque. Ziarah masjid tempat orang. Cantik.


Kemudian, kami ke Otteri Wash & Dry. Baju kena basuh, sbb dah 3 hari tak basuh baju. Basuh baju 60TB, dryer 50TB. Sabun sy bawa sdiri. Kami tinggalkan anak² kat dobi sat, sebab nak g survey hotel untuk malam ni. 


Kami pergi 2 hotel, yang pertama tiada family room. Depa ade bilik double shj. 1 bilik harga 500TB. Murah.

5.36 petang. Hotel kedua kami pergi ada family room. Last room yang available. Harga walk in 1700TB. CPB Hotel. Saya minta nk tengok bilik. Staff tunjuk video bilik on her phone. Nampak ok. Ni bilik paling mahal setakat 4 malam ni. Saye bayar terus, sebab malas dah nak cari lain. 

Kemudian, ambil barang dalam kereta, baru tanya bilik kat mana..huhu. Level 3@4 saye dah lupa. Tapi level atas sekali, no lif. Bilik hujung sekali. Seram sikit. Dah nak maghrib.

Bilik besar dan selesa.

Kami kembali semula ke dobi. Baju baru nak masuk dryer. Sekejap je tinggal depa. 

6.34 malam. Lepas siap mendobi, kami menuju ke Masjid Pakistan Pattani untuk solat Maghrib dan Isyak jamak taqdim. Masjid ni terletak di tepi sungai. 


7.48 malam. Lepas solat, kami ke Green market. Saya tak pasti, kalau ikut GoogleMap tempat dah betul. Tapi gambar yang orang share dalam Google Map tu tak sama dengan tempat kami sampai ni. Saya cuma beli bungkus sate ayam. Tambah pulut kosong. Sate depa takda kuah kacang. 

Sedap.

Sebelum balik hotel, singgah dulu beli air di 7E. Harini lagi murah, teh ais big cup 22TB je per cup. Sampai hotel, anak² nak makan megi, buatkan depa megi. (Air panas boleh ambil kat bawah. Dalam bilik tak disediakam kettle). 

Durian Monthong yang beli siang tadi pun ada sebiji lagi. Sate ayam. Makan sama², cukup. Alhamdulillah. Mula² risau juga nak bawa masuk durian, tapi sebenarnya ok je sbb durian tu tak berbau kuat. 

End of Day 4.








No comments:

Post a Comment