اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa 26 Mei 2026
Kami bertolak dari rumah 9.37 pagi. Singgah Petronas keluar duit, to standby some cash. 10.45 pagi kami exit Tol Pendang RM7.70.
Next time, kalau nak keluar Border Durian Burung, lebih baik guna exit Alor Star. Saya singgah isi minyak penuh di Petron terakhir sebelum sampai Pekan Padang Terap.
Lepas pemeriksaan polis/PGA, ada kedai jual insurans Thailand, depan sikit ada simpang ke UUM Sintok.
12.20 tghari, kami sampai di Kompleks Imigresen Kota Putra, Durian Burung. Sangat santai ye di sini. Drive sampai tollgate, kena turun kereta kat tollgate utk cop passport, tapi tak perlu park kereta. Beratur dengan kereta je, sama seperti di ICQS Bukit Kayu Hitam. Suprisingly, tak ramai orang. Mungkin sebab esok raya Haji. Orang Malaysia masuk Thailand selepas raya kot. 10minit je kami kat border Msia, dah masuk border Thailand. Huhu..cepat.
Border Thailand kena kereta park dulu, turun cop passport, cop borang TM2, TM3, satu copy depa simpan, satu copy lagi kita simpan. Then, owner kenderaan pergi ke tollgate plk untuk depa cek geran kenderaan and cop insurans. Passengers masuk kereta dulu. Then settle, owner masuk kereta, lalu kat tollgate, depa double cek dokumen, ok, baru boleh jalan terus. Proses 20minit ja..Boleh on simcard yg beli kat shopee.
12.50/ 11.50 waktu Thailand, bergerak dari border. Sampai Hat Yai nak cari makan, kedai yg dituju tutup plk, tengah renovate, jadi kami ke Masjid Majmuk dulu utk solat Zohor dan Asar, jamak taqdim. Saya beli lokching murah depan masjid. Sebatang sosej tu 10TB je. Ini kalau kat Penang, orang jual RM2 or RM3 secucuk. Order ABC, 30TB je.
Kemudian, kami terus ke Central Festival Hat Yai untuk shopping, makan, jalan²..parking kat sini free je, cuma tunjuk passport and depa minta buka bonet kereta untuk diperiksa.
Di foodcourt tingkat 4, kami makan nasi khaomok 90TB. Mahal sikitlah kalau kat dalam mall kan..kat foodcourt kena bayar guna kupon, atau guna QR, tak boleh bayar guna cash. Saya beli kupon di mesin sbb saya tak allocate duit dlm TnG. Beli kupon di mesin, saya tiada duit kecil, jadi masuk 1000TB. Nanti akan scan QR kupon tu kat stall yg kt beli makanan tu. Duit akan tolak dari situ. Then, lepas dah habis makan, pergi balik kat mesin tu, scan QR td, refund balik baki kupon. Jaga baik² ye kupon tu, dia kertas cm resit biase tu je. Kalau nk dpt refund baki tu, kena scan QR kat kupon tu. Total makan 540TB.
Lepas makan, ronda², shopping kat Moshi Moshi, Lemony, Sweet Strawberry. Sweet Strawberry dah naik harga dah korang. Tahun lepas barang² dia harga 10TB je. sekarang dah 15TB.
Kemudian kami turun ground floor untuk ke Beutrium. Tengah ada sale pulak tu. Saya beli mask murah² je.
Keluar dari Central Festival, kami terus bergerak ke hotel.. 5 minit je jarak hotel dgn Central Festival.
Hotel ni self check in. Kami mengalami kesukaran nak unlock kunci bilik pada mulanya..haha.. Alhamdulillah, boleh wassap host. Dia share video untuk unlock key box. then baru dapat kunci bilik kami.
Family room ade 2 tingkat. Tingkat bawah ade 1 tilam double dan 1 bunk bed, tingkat atas ada 2 katil queen. Berbaloi book hotel ni sbb dapat harga sangat murah. Next time kami boleh repeat hotel ni.
Lepas solat Maghrib n Isyak jamak taqdim, kami keluar dari hotel untuk pergi ke Greenway night market. First time kami datang ke sini. Selalunya kami ke Asean Night Bazaar. Greenway night market ni pun dekat je ngan hotel. Naik kete 3minit je dah sampai.
Best vibes di sini. Tak crowded sangat mcm kat Asean Night Bazar. Banyak jual baju²..tp kat sini takde orang jual jersi. Kalau nak beli jersi, kena g Asean Night Bazar.
Kami makan kat food court, di sini kena beli kupon juga. Makan set nasi putih, telur dadar n tomyam campur 70TB je. Iced green tea sama je harga 25TB, tapi ais je penuh. Total makan 545TB. Pulangkan balik kupon dapat baki n extra 10TB. Tapi kena hati² la di sini..Actually sama je dengan some foodcourt yang kami pergi di Spore. Depa ada non halal stall.
Lepas makan, sambung shopping lagi.
Pastu terus balik hotel.Sampai hotel 10.30 p.m.
End of Day 1.
Rabu 27 Mei 2026
Salam perantauan dari kami sekeluarga yang berada di Hat Yai. Selamat Hari Raya Korban.
Kami keluar dari hotel dalam 9.15 pagi. Misi mencari tempat sarapan halal. Alhamdulillah ada kedai yang buka lagi pagi ni. Kedai sarapan ni berdekatan dengan Stesen bas Hat Yai, tak jauh pun dari hotel kami. Cuma kami gerak naik kereta la, tak menapak.
Servis lambat sikit kat sini. Kalau tiada urusan urgent, boleh la lepak² makan kat sini. Kami order bubur nasi and nasi goreng. Nasi goreng² semua ada dah kat sini pagi2 buta ni korang. Biasa kalau kat Penang, kedai tomyam yang jual goreng² ni buka petang ke malam.
Saya berseloroh je ngan lid, kite order moi, dapat lambat sgt..padahal moi ni kan biasanya bila customer order, tinggal nak cedok buh dalam mangkuk je kan..depa ni dapat order, baru depa nak masak kot moi tu.. seriously betul, order baru depa buat..haha. Tapi sedap moinya. Kopi susu pun sedap. Harga berbaloi, murah. Kalau pandai sembang, boleh dapat diskaun..haha.
![]() |
| Ni nasi paprik depa. Kami order kedai lain pun dapat serupa ni. |
Esok raya, depa cuti..nak balik beraya di Pattani, katanya.
Lepas sarapan, kami ke Kim Yong Market. Nak cari parking dekat² memang susah sikit la. Alhamdulillah, dapat parking tepi jalan, tapi ada orang jaga parking. Cas parking 20TB untuk 1 jam..Ini first time ever, saya parking tepi jalan di Hat Yai, yg kena bayar parking. Ok je..janji tak kena saman.
Kami jalan² cuci mata je..pastu beli buah laici, pink guava, belacan, kacang gajus, kismis jumbo. Beli secukupnya sahaja. Singgah 7E beli teh ais. Dua big cup 49TB. Murah berbaloi.
11.45 pagi. Kami ke Hat Yai Kitchenware. First time datang sini. Saya beli chopping board, sudip², kuali kecik utk goreng telur..haha.. Macam tak cukup kuali kat rumah. Macam² barang ada jual kat sini. Barang² plastik pun ada. Kena sedia duit je.. Staff boleh berbahasa Melayu.
![]() |
12.50 tengahari. Solat di Masjid Ansoruddeen, yang terletak tak jauh dari Hat Yai Kitchenware. Sini kawasan perkampungan Muslim. Lid kata depa tak friendly, tak macam jemaah kat Masjid Majmuk.
1.50 tengahari kami sampai Lee Garden, tempat yang ditujui ialah 1988's Studio Accessories. Kat sini, boleh buat keychain sendiri. Comel². Harga ok. Staff Muslim, boleh berbahasa Melayu.
Kemudian kami ke Lee Garden Plaza. Window shopping lagi. Kemudian masuk 7E kat belakang Lee Garden Plaza, beli roti, telur n butter. Telur depa mahal. Butter comel, size 100g. Tempat kite xde size ni. Biasa butter 200g/250g.
Sebelum balik hotel, kami beli ayam goreng kat stall nasi lemak di Lee Garden Night Market. Depa baru bukak stall. Satu set nasi lemak dengan ayam goreng biasa, kalau tak silap 100TB harganya. (Mahal kan, at least pada saya mahal). Saya tengok portionnya sikit. Kami beli ayam goreng saja. Harga rahsia. haha.. saya gembira dengan harga itu..Balik hotel, saya masak nasi, rebus telur, dan panaskan sambal bilis yang saya bawak. Kami makan nasi dengan ayam goreng. Alhamdulillah.
Lepas solat magrib dan Isyak jamak taqdim, just a brief stop at Central Festival before heading to Asean Night Bazaar. Bazar ni pun tak jauh dari hotel. Alhamdulillah senang dapat parking. Shopping lagi. Memang seronok datang Hat Yai kali ni.
Pusing punya pusing, tak tau la berapa kali dah tawaf sini, kami terjumpa satu kedai jual baju murah giler. Setiap baju/seluar harga 100TB je. Bayangkan seluar jean tu harga 100TB je korang. Kedai ni kat belakang sekali, sederet kedai jersi. Saya beli blouse n jeans for my doter.
Dah habis shopping, kami naik tingkat 1 beli lokching. Ada kedai yang dah cuti raya.
Kami sampai Hat Yai je makan benda² ni. Kat Penang, saya tak bagi anak² makan ni.
Lepas pada tu, kami pun pulang ke hotel.
End of Day 2.
















No comments:
Post a Comment