اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin 22 September 2025
4.27 a.m. Baru gerak ke masjid untuk solat subuh. Subuh pertama di Madinah. Semalam keletihan kerana banyak sangat berjalan. Kami memasuki gate 320. Nampaknya kami terpaksa solat di luar kerana jalan nak masuk ruang solat muslimah (pintu 13 & 14) semua dah ditutup oleh guard. Kami mencari ruang solat yang lebih selesa. Akhirnya kami solat di luar dekat pintu 10. Pintu 10 ni pintu untuk jemaah lelaki. Sehingga imam dah angkat takbir pun pintu tu tak ditutup pun.
Lepas solat subuh, kami segera kembali ke hotel, bersiap-siap kerana hari ni nak join ziarah luar Madinah dengan group Andalusia. Tak sempat kami nak merasa hotel breakfast pagi ni. Tempat pertama nak ziarah ialah Masjid Quba'. Jadi kena pastikan kita dah berwuduk siap-siap dari hotel. Bacalah doa apapun semoga wuduk kita terpelihara sehingga kita sampai di Masjid Quba' dan solat sunat 2 rakaat di dalamnya. Kelebihan solat di Masjid Quba' seperti yang disebut dalam hadith Nabi riwayat Ibnu Majah, barangsiapa yang bersuci(berwuduk) di rumahnya kemudian dia mendatangi Masjid Quba' lalu menunaikan solat di dalamnya, sesungguhnya baginya pahala seperti 1 Umrah.
Boleh baca pengalaman saya Ziarah Luar Madinah sewaktu Umrah DIY 2019. Suasananya dah lain.
6.30 a.m. Kami dah tercongok depan Al-Ansar Golden Tulip hotel. Kami tak nampak jemaah² Andalusia. Kami pusing satu bangunan hotel tu mencari no bas yang dimaklumkan oleh mutawif dalam WA group. Tak jumpa! Bila ada jemaah share gambar hotel depa, baru kami perasan kami salah hotel. Patutlah tak jumpa restoren Sunda yang kami makan bakso malam tadi. Rupa-rupanya ade dua hotel ni nama seakan sama. Al-Ansar Golden Tulip hotel dan Qasr Al-Ansar Golden Tulip Hotel. Qasr Al-Ansar Golden Tulip hotel ni belakang lagi daripada Al-Ansar Golden Tulip hotel. Saya mesej ke mutawif, bgtau kami tersilap hotel. Ingatkan ustaz dah tinggalkan kami..Huhu..
Sewaktu kami nak bergegas ke hotel yang sepatutnya tu, kami terserempak dengan ustaz. Rupanya ustaz baru habis meeting dengan pihak Andalusia. Kami terus naik bas. Bila kami naik, kami tak perasan ada atau tak lagi seat kosong. Jadi kami berdiri saja di tengah-tengah bas. Bahagian depan dah penuh. Tak seorang pun jemaah di bahagian belakang nak panggil kami duduk. Bila ustaz tanya ada kosong tak lagi di belakang, baru lah depa maklum kepada ustaz. Kami pun pergilah duduk di seat yang kosong tu. Saya tak tau nak gambarkan perasaan saya. Jemaah yang pergi dengan pakej ni rasa apa ye. Kami join Ziarah dengan keizinan mutawif. Kami tak ambil pun bahagian depa. Setakat nak bagitau ada seat kosong pun, nak tunggu ustaz tanya.
Dalam perjalanan, ustaz menerangkan serba sedikit kisah penghijrahan nabi. Nabi sampai di perkampungan Quba pada waktu siang hari 8 Rabiulawal 622 Masihi(tahun pertama hijrah). Masjid Quba ialah masjid pertama yang Nabi bina saat pertama hijrah ke Madinah.
![]() |
| Masjid Quba |
7.20 a.m. Kami tiba di parkir bas Masjid Quba. Jauh juga nak menapak.. Kami terus ke ruangan solat muslimah. Alhamdulillah..dapat solat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha.
9.00 a.m. Kami dah tiba di Medan Uhud. Tapak peperangan Uhud 8 Syawal tahun ke3 hijrah. Peperangan Uhud kedua terbesar dalam sejarah Islam selepas Perang Badar pada tahun sebelumnya. Uhud, bukit dari syurga, berwarna kemerah-merahan, ia mencintai Rasulullah dan Rasulullah juga mencintai dia.
![]() |
| Bukit Uhud |
![]() |
| Jabal Ainain/ Jabal Ar-rumah/ Bukit Pemanah |
![]() |
| Maqam syuhada' Uhud |
Lid kata ada doa khusus untuk Syuhada Uhud. Lebih 70 sahabat Rasulullah SAW syahid dalam perang Uhud termasuk bapa saudara nabi, Hamzah bin Abdul Mutolib dan sahabat nabi Hanzalah bin Abu Amir yang dimandikan jenazahnya oleh malaikat.
Di sini ada jual kurma dan kekacang. Murah-murah macam di Arafah. Boleh la shopping kat sini. Keychain pun murah-murah.
9.45 a.m. Kami tiba di ladang kurma Aryaf Taibah. Ustaz kata milik orang Kelantan. Ada pelbagai jenis kurma termasuk kurma ajwa, kurma ambar, kumar ruthob, kurma sukari, kurma lubana. Tapi tak semua ada di sini. Di sini ada kurma muda(warna kuning) dan kurma ruthob(merah) segar. Depa bagi rasa. Yang warna kuning tu sedap. Yang merah tu rasa kelat-kelat sikit. Sekilo 25SAR.
Kami makan bakso 20SAR. Rasanya lagi sedap daripada bakso di Restoran Sunda kelmarin.
11.40 a.m. Kami sudah kembali ke masjid Nabawi. Zohor dan Asar di masjid. Suhu dalam masjid sejuk ye. Tapi nak keluar masuk tu malas plk. Best solat kat dalam sebab ada jemaah tempatan yang guide kita untuk rapatkan saf. Masa duduk memang nampak penuh, bila berdiri sebenarnya banyak lagi ruang boleh penuhkan. Carpet Masjid Nabawi lebih lebar dari carpet Masjidil Haram. Banyak ruang untuk bernafas.
Lepas Asar, kami balik hotel, saya dah start batuk², makan ubat batuk dan panadol.
Waktu Maghrib saya ke masjid seorang diri. Solat di luar dekat dengan pintu 10, gate 320. Saya ada ternampak jemaah pegang pek iftar. Baru teringat hari Isnin, maybe ada jemaah yang berpuasa and masjid ada agihkan pek iftar. Lepas Maghrib, baru dapat masuk ruang solat di pintu 13.
![]() |
| Budak² ngaji ngan Ustazah. |
Lepas solat Isyak, baru jumpa dengan adik saya, kami balik hotel makan nasi. Ada lagi lauk rte.
Malam ni, kami dah book Nusuk untuk masuk Rawdah jam 11.00 malam. Kami book dari Malaysia lagi. Jam 10.15 malam, kami turun dari hotel. Sampai ke gate 318, baru saya perasan phone tertinggal kat hotel. Terpaksa patah balik.
Sampai semula ke gate nusuk jam 10.57. Kena beratur panjang ye. Saya sarankan next time kalau nak masuk Rawdah waktu malam, pilih slot selepas solat Isyak. Guard akan scan barcode kat phone kita tu. Dari luar beratur, dah masuk dalam pun beratur. Sementara menunggu tu, boleh la solat tahiyatul masjid. Saya dah mula rasa tak sedap badan, kesejukan dalam masjid sampai menggigil.
Kami beratur di line kedua, tapi kami tak dapat solat dalam Rawdah, kena halang dengan guard. Ramai jemaah sebaris saya tak dapat solat di Rawdah, yang ada tiang kelopak tu.
Kami ingat lepas orang depan habis solat dalam Rawdah, kami pula yang akan memenuhi ruang tu untuk solat. Tapi tak yah la harap. Kalau mula² tak dapat masuk, memang sampai sudah tak dapat masuk. Kami tunggu juga, minta dengan guard tu bagi kami masuk. Walaupun jemaah yang di dalam kawasan Rawdah tu, dah siap solat, dan dah siap berselfie², buat content bagai dalam tu, kita tetap tak dapat masuk.
Guard tu kata mana² pun Rawdah, boleh solat terus. Manakan sama..masa tu rasa sedih cam apa. Kita doa je la dalam hati. Cuma bagi saya, dulu masuk Rawdah sebelum wujudnya Nusuk ni, lebih baik keadaannya. Berebut juga, tapi InsyaAllah semua dapat peluang untuk solat dalam Rawdah. Ini dengan guard yang duk hadang jemaah tak bagi masuk. Bila sepatutnya kita boleh masuk pun, tak dapat masuk. Mungkin bukan rezeki kami malam ni.
![]() |
| Kami balik ke hotel pukul 1 pagi. |













No comments:
Post a Comment