اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat 26 September 2025
Saya tiba di masjid seawal jam 3 pagi..Kepala ni terasa berat sebab saya tidur-tidur ayam saja tadi, takut terlajak tidur tak pergi masjid pulak. Qiamullail sementara menunggu subuh. Ada something nak cerita. Biasanya di Mekah dan Madinah, kalau subuh hari Jumaat ni imam akan baca surah As-sajadah dalam solat. Even kat masjid di Malaysia pun ada, tapi mungkin jarang la kan. Saya pun tak biasa solat subuh di masjid kalau di Malaysia pun. Orang lelaki lain lah kan, patutnya kena la rajin solat jemaah di masjid. Uolls boleh baca tentang Sujud Tilawah dalam Solat di sini. Saya pun tak lah hafal surah As-sajadah ni. Mungkin kita boleh cuba hafal. Cuma saya baca dan ingat bahagian mana, sampai ayat mana, bila imam baca nanti, lepas tu kita kena ikut imam sujud tilawah.
Jadi masa rakaat pertama solat subuh tadi, imam tak baca pun surah As-sajadah. Lega cheq. At least, kita dah ready dah. Bila imam habis baca surah, takbiratul ihram, dan rukuk je la seperti biasa. Tapi kan masa tadi tu, ada jemaah selang beberapa orang dari saya, depa sujud uolls. Allah. tak pasal jadi kurang khusuk solat kita. Ni mesti mutawif depa ka ustaz depa kata lepas imam baca surah, kena sujud. Tapi tak tau surah apa. Camana tu awk..
![]() |
| Ni dah tutup balik. |
Setelah habis solat, saya pindah tempat lain. Adik saya datang kat saya. Saya tidur dalam masjid sampai 6.20 pagi. Buka-buka mata ja, nampak bumbung masjid ni terbuka. Hahah. Baru tau dia boleh buka tutup. Dia buka tak lama pun maybe dalam setengah jam, tak pasti. Rasa fresh, udara luar masuk. Dalam masjid, aircond sejuk.
Keluar daripada masjid, kami ronda kedai-kedai sekejap. Saya beli garam madinah di kedai runcit dan coklat di kedai souvenir untuk anak-anak. Harga coklat campur-campur tu sama ja harga dengan di ladang kurma. Sekilo 60 riyal. Tapi saya pilih sendiri coklatnya dan minta 40 riyal sahaja. Like setengah kilo lebih sikit la. Ada mesin timbang yang tulis amount tu. Ada ibu sama bapak dari Endonezya, beli coklat juga, kesian tengok, sebab pak Arab tu campurkan coklat depa, coklat-coklat yang tak sedap/ kurang sedap yang saya pun tak ambil. Untung depa jual coklat campur-campur ni. Saya hanya mampu tengok je la.
Kemudian kami balik hotel, saya gosok tudung dan turun sarapan pukul 8.00 pagi.
Lepas sarapan, naik mandi, kemas² bag sebab malam ni nak balik Malaysia dah. Kami terus siap² nk pergi masjid sebab hari ni hari Jumaat. Kena masuk masjid awal.
![]() |
| Jumaat terakhir di bumi Madinah. |
9.45 pagi. Alhamdulillah, dah masuk masjid dan dapat tempat.
11.45 azan pertama. Masa ni belum boleh solat sunat qabliah ye.
12.15 Azan, terus khutbah dan solat. Kali ni, memang saya tak pegang phone. Taknak dah scroll fon, untuk cari maksud khutbah jumaat hari ni. Takut tak dapat fadhilat Jumaat. 🤐
12.45 Habis solat jumaat, kami terus balik hotel, kemas semua barang.
1.45 done check out, simpan beg kat hotel dulu sebab flight kami tengah malam nanti.
12 minit di Masjid Quba'
Oleh kerana kami ada banyak masa lagi, kami ke masjid Quba' naik kereta sapu depan pintu hotel. Ada kereta yang nak cas 70 riyal. Kami naik satu kereta warna merah. Masa ni kami tak deal betul² lagi tau. Tapi dia cheaper la drpd yang 70 riyal tu. Bagusnya dia ni, boleh speak English, on the way ke masjid Quba' tu dia explained la lokasi bersejarah along the road. Walaupun kita angguk² je. Kemudian ade call masuk, dia bercakap kat phone pula. Mula² kami suruh dia hantar je, pastu dia yang nak tunggu sambil masih on the phone. Kami pun xpe la, dah dia nak tunggu.
Kami pun cepat² la solat sunat 4 rakaat. Pastu bergegas la p kat kereta dia. Saya minta dia hantar kami ke hotel semula, dia buat tak dengar. Sampai di masjid Ghamamah, saya tak tanya dia berapa, saya bagi je 40 riyal. Dia nak 70 riyal pula. Kami turun je kereta buat derk. Pastu die tekan² hon jerit minta lg 10 riyal. Adik saya pun bagi la lagi 10 riyal kat dia.
3.28 p.m. kami dapat masuk masjid utk solat Asar. Lepas solat, kami buat ziarah wada'.
![]() |
| Ni ambulans angkat orang sakit kat dalam masjid. |
Lepas tu kami beli nasi biryani Karak, makan, dan ambik wuduk. Kami tak dapat masuk masjid, solat Maghrib kat luar sahaja.
Last Isyak, kami solat kat dalam..Lepas isyak terus balik hotel, ambil beg. Saya agak risau la nak ke airport ni nak naik apa kan..malam plk tu. Lastnya, saya decide cuba naik Careem.
9.15 p.m. kami naik Careem depan hotel. Selamat tinggal Ya Rasulullah. Ya Allah, jemput la kami lagi ke sini. Jangan lah Engkau jadikan ini ziarah ku yang terakhir. Amin.
9.45 p.m Kami sampai di Prince Mohammad bin AbdulAziz Airport. Sebelum tu, semasa dalam perjalanan, driver kate saya salah pin point. Die kate jadid. Tak faham. Dia kata ada 2 airport, baru dan lama. Saya just harap kami tak salah airport la. Tambang 45 riyal je instead of 63 riyal kat apps. Alhamdulilah..
Sampai airport, kami ambil troli free, and terus cari kaunter air zamzam. Harga 12.50 riyal sebotol.
Lepas tu kami masuk international departure cari kaunter check-in, Alhamdulillah kaunter baru buka,masih tak ramai.. Berat beg purple 21.5kg. Beg biru 5.3kg. Kalau kami terlambat sikit ja, jenuh la kami nak beratur dengan jemaah umrah Juara travel.
Kemudian, kami hantar air zamzam kat kaunter yang diberitahu oleh jemaah lain, tak pasti kaunter apa. Yang penting bukan kat tempat kami drop baggage tadi. Saya try je tanya kat bangla tu, ada marker pen tak? Alhamdulillah, dia ada. Saya pun tulis nama kat kotak air zamzam, lekat sticker color pink.
10.30 p.m. Kami settle drop baggage, dan air zamzam. Alhamdulillah.












No comments:
Post a Comment