Privacy Policy

Monday, 15 December 2025

Umrah DIY September 2025 Day 10 - Ke Rawdah dengan instant track

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 23 September 2025

Hari ni saya demam. Solat subuh di hotel sahaja. Kami turun sarapan jam 7.00 pagi.


Waktu Zohor kami ke masjid. Saya dah siap² pakai baju berlapis² dengan telekung untuk bertahan sejuk dalam masjid. 

Selepas Zohor, kami berjalan kaki ke Qasr Al-Ansar Golden Tulip Hotel untuk ambil kurma yang saya pesan daripada ustaz. Ustaz mempelawa kami makan di tengahari di hotel mereka. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolakkan.

Kami makan bersama jemaah Endonezya

Ada ibu dari Endonezya bagi kami rasa ikan bilis garing yang di bawa dari kampung. Ustaz cari kami tak jumpa, rupa² nya kami salah ruang makan. Staf hotel ingat kami jemaah Indonesia yang tersesat. 


Lepas makan dan ambil kurma daripada Ustaz, kami ke masjid semula untuk solat Asar. Usai solat Asar, kami ikut imam solat jenazah 2 kali. Biasanya setiap kali selepas solat fardu, sekali sj solat jenazah. Petang ni ada kematian Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh. Innalillahi wainnailaihirojiun.

Lepas Asar, kami pulang ke hotel. Rupa-rupanya hari ini juga ialah Saudi National Day.  Hotel ade buat some celebration. Potong kek hijau, cup cake pun warna hijau. Muslimah guest siap dpt white rose lagi.


5.50 petang kami ke masjid semula untuk solat Maghrib. 

Pukul 7 mlm ustaz WA ajak dinner kat hotel depa.  Lepas isyak, kami pun p la makan lagi. Siap ada bubur kacang hijau. Makanan oleh Ibtisam Catering, sedap. 


Alhamdulillah. Good  experience walaupun saya tak pergi dengan Andalusia. Semoga Allah murahkan rezeki ustaz.

Lepas makan, kami ronda² kat sekitar kedai di belakang Masjid Nabawi. Bila sampai masjid, saya ajak adik saya masuk Rawdah guna instant track pula. Kita cuba² je, kalau ade slot kosong, kite masuk. Alhamdulillah kami dapat booking slot jam 10.00 malam. Kami pun terus pergi WC ambil wuduk.

Kami berjalan menuju ke gate Rawdah. SubhAllah, MashaAllah, Astaghfirullahalazim. Dari depan pintu Babus Salam tempat jemaah lelaki masuk tu, kami kena keluar gate 301-303 cross lalu jalan² yang depan hotel tu untuk ke gate Rawdah (367-368). Guard susun barrier untuk tutup ruang depan kubah hijau. Jauh tapi tak la sejauh jarak nombor tu. Saya kuatkan hati juga nak masuk Rawdah malam ni. 


10.47 malam. Waiting for Raudah. Ada sorang akak, jemaah Titim Travel. Dia sorang je. Katanya, jemaah pakej dia yang lain tak dapat slot instant track tu. Dia bagitau guard tutup ruang depan kubah hijau tu sebab ada jemaah buat hal, tak pasti jemaah negara mana. Dia solat depan kubah hijau, menghadap kubah hijau, membelakangkan kiblat. Memang punca betul lah kan..

Beratur ikut baris.

Bila sampai ke ruang Rawdah, kami masih tak dapat masuk dalam lingkungan tiang² Rawdah. Since jemaah depan solat, kita pun ikut solat dulu, solat sunat hajat nak masuk Rawdah. Kali ni kami lebih bersedia berbanding semalam, rapat ke arah maqam Rasulullah, sambil selawat dan salam ke atas Rasulullah dan dua org sahabat baginda. Bila dapat je ruang, cepat² selinap masuk kawasan Rawdah, terus je ambil tempat n solat. Jangan teragak²..Haha.

Alhamdulillah, dapat la solat sunat dua rakaat. Sempat la nak minta doa apa yang terlintas di hati. That's it. Lepas solat memang terus bangun, keluar. Puas dapat masuk walaupun sekejap. 

Saya nmpak macam depa bagi lepas jemaah yang datang dengan pakej. Jemaah pakej ni yang pakai tag, sedondon je. Tapi saya juga nampak ada jemaah pakej yang tak dapat masuk solat dalam Raudah. Wallahua'lam. Rezeki masing-masing la kot. 

Kami sampai di hotel 11.28 malam. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment