اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
24 Disember 2025
9.30 a.m. Kami keluar dari rumah. Singgah beli nasi lemak dan roti, untuk bekalan. Kemudian, singgah farmasi pula beli ubat² tan. Drop Lid dan anak² airport, hantar kereta balik rumah, naik Grab ke airport balik.
10.15 a.m. Kami timbang 2 baggage di mesin penimbang. Lebih 3kg daripada yang saya beli 20kg je..Huhu.. Saya rasa tak banyak pun baju yang kami bawa utk trip 5 hari 4 malam ni. Saya check online, kalau nak tambah ke byr Rm 60. Tapi saya tak tambah..try luck je kejap lagi kot depa lepaskan je..
Kami print boarding pass n bag tag kat mesin. Pasang bag tag. Kemudian, terus ke kaunter drop baggage. Bila depa timbang, lebih 4 kg pula. Haha. Satu beg 12 kg dah lepas. Satu lagi dia suruh kita kurangkan.. Terpaksalah keluarkan baju² lebih kurang, masuk dalam beg hand carry yang ada. Timbang balik, lepas 8 kg. Alhamdulillah.
10.40 a.m. Kami terus ke International departure hall. Passport control, scan hand carry. Then sampai gate A3. Penang Airport ni senang ja, tak penat menapak. Cuaca di Penang cerah pagi ni. Alhamdulillah.
12.10 p.m. Flight boarding. Actually kami antara yang terakhir. Malas nak berdiri beratur lama². Kami tak beli seat, juga tak beli meal. Alhamdulillah, anak² remaja duduk bertiga, Lid pun bertiga dengan anak² yg kecik. Saya duduk di aisle seat sebaris dengan Lid.
12.30 p.m. Flight take off. Waktu di Ho Chi Minh lewat 1 jam daripada Malaysia. Masa di Ho Chi Minh sama macam di Hatyai. Flight touch down Tan Son Nath airport pukul 1.10 p.m. bersamaan pukul 2.10 petang waktu Malaysia. Tempoh perjalanan 1 jam 40 minit. Turun flight biasa la, cari tandas dulu.
1.30 p.m. baru masuk line beratur untuk imi cop passport. Kalau tengok keadaannya, memang penuh. Kaunter imi banyak ye. I assume memang ramai orang datang Ho Chi Minh. Depa takde tempat self scanner. Semua manual. Kami beratur separate line. Kami sekali, kita pun tak tau line mana yang cepat kan..
![]() |
| Conveyor tu bergerak ye. Tuan luggage kat atas lagi, belum lepas imi. |
Oh ye..saya tak beli fast track pass. Nak jimat. Selebihnya, berdoa semoga ianya tak seteruk yang digambarkan.
2.30 p.m. Alhamdulillah, settle semua cop passport. Lid dengan anak² kecik 2 org paling lambat. Sementara tu, anak² remaja dah tolong ambik baggage kat conveyor.
2.40 p.m. Kami naik Grab 6 untuk ke hotel penginapan. Driver kat sini drive sebelah kiri. Mula² nampak mendung je. On the way to the hotel, hujan turun.
![]() |
| Kat simi pun ade ojek. Comei helmet. |
3.23 p.m. Kami selamat sampai di hotel. Hujan lebat lagi. Harga di apps 111k dong. Saya nampak dengan jelas, driver tambah 9k lagi di henfonnya, jadi 120k dong. Itu tip ke ape ek? Kalau kat Msia, kite bayar jumlah yang tertera masa kt book mula² je kan..Kalau di Indonesia, ada driver yang genapkan, contoh 19k jadi 20k. tapi itu ok pada saya. Yang di sini saya tak pasti.
Saya check in and pay at hotel. Hotel upgrade connecting room 4 double bed untuk kami. Asalnya 3 double bed je. Sebenarnya masa saya book, takde pun option 4 double bed tu.
Kami berehat sebentar untuk solat.
4.25 p.m. Kami keluar jalan kaki ke Malaysia Street. Hujan masih renyai yang agak lebat.. Kami singgah sat 7 eleven beli disposable rain coat. 15000x 5
Sampai di Malaysia Street, kami makan di Restoran Jamilah. Nasi lemak, nasi goreng, roti canai semua ada di sini. Order juga pho' daging ni..boleh la takat nak rasa. Kalau orang tak suke makan tauge, takyah la makan. Hahah..banyak tauge.
![]() |
| 70k dong. |
Ada orang jual kacang tanah, bagi anak kecik saya kacang. Lid kata dia kata halal. Jadi Lid biar je la. Bila kami keluar kedai, Dia minta 40k plak. Bayar je la.
Lepas makan, kami jalan kaki ke Saigon Square. Depan Saigon Square, Saigon Central. Saigon Central ni jual macam² mostly pakaian. Ada dua tingkat je. Tapi banyak kedai. Saya beli kasut sport NB untuk anak yang no 3 sebab kasut lama dia dah tak muat. Tak pasti harga kat tempat lain macam mana. Tapi kasut yang kami survey situ dalam 850k, 950k and 1m dong sepasang.. Yang kami beli dapat tawar 900k, sebab last pieces katanya.
Lepas tu, kami terus balik hotel..Jalan balik ke hotel dari Saigon Central 3 minit je dah sampai.
![]() |
| Singgah beli air..nape kopi ais die half cup je? |
End of Day 1.








No comments:
Post a Comment