اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 21 September 2025
Hari ni hari terakhir saya di Mekah untuk umrah kali ini. Plan malam ni nak qiamullail. Jam 1.40 pagi saya keluar dari hotel, tawaf sunat dan iktikaf sampai subuh. Sy cari port solat kat kawasan yang setentang/belakang Hijr Ismail. Hanya nak pesan pada diri sendiri juga, sabarlah banyak² dengan dugaan di Haramain ni..
Selesai solat subuh, saya baca surah Al-waqiah sementara menunggu masa nak keluar dari masjid, agar reda sikit kesesakkan jemaah. Kemudian saya pusing di mataf depan kaabah mencari jalan keluar. Selama 7 hari di Masjidilharam, Alhamdulillah pagi ni saya ternampak tiang pink ni..kalau tak silap saya dekat King Abdullah Gate.
Kata mutawif sy, menurut sebahagian ahli sejarah, tiang pink ni tempat Jibril tambat buraq yang ditunggangi oleh nabi S.A.W. semasa malam Isra' dan Mikraj. Malaikat Jibril menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada nabi hanya 2 kali, pertama sewaktu turunnya wahyu pertama di Jabal Nur, dan kedua pada malam Isra' dan Mikraj di Sidratul Muntaha.
Saya keluar melalui pintu 79 King Fahd. Dekat sebelah pintu ni ada kaunter (General Administration of Guidance and Counseling) yang mengagihkan buku panduan haji dan umrah. Boleh ambil, percuma sj.
![]() |
| Gambar terakhir saya ketik sebelum tawaf wada' |
9.30 pagi kami turun dari hotel untuk tawaf wada'. Lepas tawaf, solat sunat tawaf di kawasan belakang maqam Ibrahim. Rasa macam tak cukup nak berdoa depan kaabah ni. Moment paling sedih bila nak gerak tinggalkan mataf, sambil lambai-lambai Kaabah, dalam hati tak putus-putus doa minta Allah jemput lagi datang ke Baitullah.
11.15 pagi. Hotel staff tolong tarikkan luggage kami and tahankan teksi untuk ke Makkah HHR station. Kami naik teksi ujrah depan hotel. Tambang 30SAR. Kena pandai tawar-menawar.
Tak sampai 15 minit, kami dah tibe di train station. Mereput la nak tunggu train.. Saya beli tiket 13:20. Next time, kalau ada rezeki lagi, mungkin boleh turun untuk tawaf wada' jam 10 pagi.
12.30 p.m. Kami masuk ke waiting area. Tiket tu better print out. Senang nak scan masuk.
Tepat 1.20 p.m. train mulai bergerak meninggalkan stesen Makkah. Alhamdulillah. Semoga Allah jemput lagi ke Baitullah di kesempatan lain. Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk datang lagi. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
3.35 p.m. kami selamat menjejakkan kaki di stesen Madinah. Dari train stesen ke hotel, kami ambil Bolt. Tambang 30SAR. Saya tengok dekat apps, dia dah sampai, tapi kami tak nampak pun dia. Jengok2 tengok, cari no plat, tak perasan pulak. Dia tak mai pun kat tempat kita tercongok, berdiri duk menunggu. Rupa2 nya dia park belakang kereta lain. Orang mesej kat apps, driver tu tak jawap pun. Language barrier. Jarak stesen Madinah ke hotel around 13km. 15 minit.
4.30 p.m. kami dah masuk bilik hotel. Letak barang, qada' hajat kemudian turun bawah semula. Petang ni kami nak join Ziarah Dalam di sekitar Masjid Nabawi dengan mutawif group Andalusia kelmarin. Sebenarnya, group mereka dah sampai Madinah semalam(Sabtu). Tapi rezeki kami petang Ahad ni, dapat dengar penerangan dari mutawif tersebut sekali lagi.
Kami bertemu berhampiran kawasan Saqifah Bani Sai'dah. Kawasan ni dah ditutup. Masa saya datang umrah 2019, masih boleh masuk. Umrah DIY kami Februari 2019 Ziarah Luar Madinah
Kemudian, kami meneruskan langkah ke bahagian barat masjid Nabawi di mana terletaknya tiga buah masjid yang penuh sejarah. Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan Masjid Ali ibn Abi Tolib.
![]() |
| Masjid Ali Bin Abi Tolib |
![]() |
| Masjid Abu Bakar As-siddiq |
![]() |
| Masjid Ghamamah |
Dulunya kawasan Masjid Ghamamah adalah sebidang tanah lapang dipanggil Al-Musollah @ Al-Manakakh, terkenal sebagai tempat Nabi SAW memimpin solat sunat hari raya pada tahun ke2 hijrah dan tahun terakhir Baginda iaitu tahun ke9 hijrah. Dinamakan Masjid Ghamamah (yang bermaksud awan), kerana Madinah pernah dilanda kemarau, lalu Rasulullah SAW dan para sahabat mendirikan solat Al istisqo' (solat minta turun hujan). Waktu sedang didirikan solat, Allah SWT hadirkan awan, kemudian hujan turun membasahi mereka yang melaksanakan solat. (Riwayat daripada Imam Abu Daud. Masjid ini dibangunkan pada masa Gabenor Madinah, Umar bin Abdul Aziz, antara tahun 87 hingga 92 Hijrah.
Kalau nak naik buggy ke Masjid Quba', boleh jalan kaki melepasi kawasan Masjid Al-Ghamamah ni ya untuk dapatkan buggy. Tambang 10SAR sehala.
Kemudian kami masuk ke dalam kawasan masjid Nabawi melalui Gate 310, di sini letaknya paip air zamzam. Di masjid Nabawi, jemaah boleh mendapatkan air zamzam di sini ataupun di tong-tong air zamzam di dalam masjid sahaja. Kalau dekat water filter tu, boleh minum, tapi bukan air zamzam.
Kami bergerak ke kawasan hadapan kubah hijau Masjid Nabawi. Sebenarnya di kawasan ni tak boleh berkumpul, kalau askar nampak, depa akan halau kita. Saya pun tak tahu kenapa, tapi sebenarnya ramai jemaah umrah dengan mutawif masing-masing berkumpul di sini.
Mutawif menerangkan tentang tempat ayahanda nabi sakit dipanggil Dar An-nabighah, rumah salah seorang dari suku Bani an-Najjar, dan dimaqamkan di situ, yang terletak antara pintu no 4 ke pintu no 5 masjid Nabawi. Ayahanda Nabi SAW wafat ketika berumur 25 tahun saat nabi SAW dalam kandungan ibundanya 2 bulan. Semasa peluasan masjid Nabawi, jasad ayahanda Nabi SAW telah dipindahkan ke Baqi'.
Musolla Al-janaiz, tempat nabi SAW mengimamkan solat jenazah. Terletak di sebelah Bab Al-baqi', pintu jemaah lelaki keluar selepas ziarah maqam nabi SAW.
Rumah Saidina Harithah bin Nu'man. tempat Saidina Ali dan Fatimah tinggal selepas berhijrah ke Madinah.
Kubah berwarna silver, mihrab Saidina Umar Al-Khatab, kena tikam sebanyak 3 kali dengan Abu Lu'luah sewaktu mengimamkan solat subuh. Beliau digantikan oleh Abdurrahman bin Auf untuk menyempurnakan solat Subuh tersebut. Abu Lu'luah turut menikam dan mencederakan sahabat yang lain. Apabila dia tertangkap, dia terus menikam dirinya menggunakan senjata yang sama.
Saidina Umar tidak meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau menanggung luka selama beberapa hari. Tubuhnya semakin lemah dan setiap nafasnya disertai kesakitan. Dalam keadaan begitu, beliau memanggil anaknya, Abdullah bin Umar, lalu berpesan, “Pergilah kepada Aisyah, isteri Rasulullah. Mohon izin, adakah aku boleh dikebumikan di sisi Nabi dan Abu Bakar.”
Abdullah segera pergi dan kembali membawa berita yang membuat mata Umar berkaca. Kata Aisyah, “Aku telah menempah tempat itu untuk diriku, tetapi demi Umar, aku izinkan ia untuknya.” Mendengar kata-kata itu, air mata khalifah agung itu mengalir. “Tiada nikmat yang lebih besar selepas Islam melainkan keizinan ini,” katanya perlahan. Saidina Umar meninggal dunia pada umur 63 tahun pada tahun ke 23 Hijrah.
Pintu 38 Rumah Saidina Abu Bakar As-siddiq, meninggal pada tahun ke13 hijrah pada umur 63 tahun, selepas sakit selama 15 hari. Saidina Abu Bakar menjadi khalifah selama 2 tahun 3 bulan 10 hari.
Pintu 40 Tempat kewafatan Saidina Uthman Al-affan, Saidina Uthman dikepung dirumahnya selama lebih kurang 40 hari oleh pemberontak pada tahun ke 35 hijrah (656 Masehi). Ketika itu, orang-orang munafik menyebarkan fitnah kononnya Zubair Al-Awwam telah menulis surat yang menggesa supaya Saidina Uthman digulingkan, dengan alasan untuk "meningkatkan lagi Islam".
Perkuburan Baqi' - perkuburan yang pertama yang akan dibangkitkan bersama nabi SAW. Setiap daripada kita perlu berazam untuk meninggal di bumi Madinah.
Ada banyak lagi perkongsian oleh mutawif kami, tapi sebab waktu dah suntuk, dah nak masuk Maghrib, jadi saya dan adik saya minta diri dulu. Kami kemudiannya berjalan dari pintu 38 ke pintu 28, untuk ke ruang solat muslimah.
Selepas Isyak, kami mengisi perut di restoran Sunda yang viral di Madinah. Restoran ni terletak di sebelah Qasr Al-Ansar Golden Tulip hotel, tempat jemaah Andalusia yg saya join ziarah tadi menginap. Saya makan bakso 25SAR sama es teh 7SAR.
![]() |
Berakhirlah satu perjalanan yang panjang hari ini, dari Mekah ke Madinah.
















No comments:
Post a Comment