Privacy Policy

Tuesday, 23 December 2025

Umrah DIY September 2025 Day 12

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 25 September 2025

Alhamdulillah, pagi ni saya rasa lebih baik daripada semalam. Walaupum kami sampai masjid 4.20 a.m., kami tak dapat masuk dalam masjid. Solat subuh di luar. Waktu ni masuk fardhu subuh 4.54 a.m. Lepas solat, kami lepak-lepak jap kat carpet masjid tu menikmati sunrise. Ketenangan yang takkan dapat di tempat lain. Balik hotel 7 a.m. kami sarapan terus.

It took 3 minutes to fully expand.

10.35 a.m. Kami plan nak jalan kaki dari hotel ke Masjid Ghamamah n naik buggy ke Masjid Quba. Bila kami turun dari hotel, ada kereta sapu depan pintu hotel. Uncle tu minta 30 riyal mulanya untuk 2 orang. Last, lepas tawar menawar, kami dapat 10 riyal sorang. Alhamdulillah, 8 minit saja dah sampai. Selamat kami tak penat nak jalan kaki dari hotel ke Masjid Ghamamah. Uncle tu nak tunggu sampai kami habis solat, kami kata tak payah. 

The buggy

Kami masuk solat tahiyatul masjid dan solat dhuha. Alhamdulillah. Balik dari Masjid Quba', 11.30 pagi naik buggy. 10 riyal sorang, kami turun dekat sebelah Masjid Ghamamah. Perjalanan menaiki buggy dari Masjid Quba' ke Masjid Ghamamah memakan masa 20 minit. Kami masuk pintu 310.

Kami solat Zohor di luar. 

Lepas Zohor, kami jalan-jalan. Tawaf kedai. Saya tak membeli sangat pun, saya tengok je gelagat orang melontar di kedai².

1.40 p.m. kami masuk masjid semula. Adik saya terpaksa balik hotel hantar barang belian kerana beg plastik besar tak boleh bawa masuk ke dalam masjid. 

Merpati masuk dalam masjid.

Sementara tu saya check in flight balik Med-Kul. Saudia open online check in 48 hours before flight. Kalau travel diy, kita sendiri kena alert dengan tarikh booking, email and notification.

Asar 3.38 p.m. Lepas Asar, saya balik hotel jap, regang² badan atas katil.

Kat sini, dunia seolah-olah terhenti. Tak pikir pasal kerja, tak pikir pasal anak² kat rumah. Pikir pasal diri sendiri je. Pikir bila nak bersiap pergi masjid. Pikir nak buat apa sementara tunggu masuk waktu solat fardu. Nak baca surah apa, nak solat apa. Lepas solat, nak pergi makan ke nak balik hotel. Ulang balik benda sama untuk seminggu dua je. Bahagia cara kita.

Crowded, tak boleh nak menyelit.

5.40 p.m. Malam ni malam jumaat. Kami sampai masjid lambat untuk maghrib. Haha asyik lambat je. Kat Madinah ni kami santai² je ok. Alhamdulillah walaupun lambat dapat masuk. Tapi tu lah, nak duduk pun tak da tempat. Saya nampak ada orang edarkan pek iftar. Jadi, kalau para jemaah, pembaca blog saya, nak puasa sunat Isnin dan Khamis di Madinah boleh la stay dalam masjid lepas Asar, sambil menunggu waktu berbuka puasa. InsyaAllah akan dapat pek iftar tersebut. Dia bagi kat jemaah yang duduk dalam saf je. Yang baru tercari² tempat duduk macam saya ni, memang tak dapat la. Saya tak kisah sebab saya tak puasa hari ni. Kalau kita puasa, at least, kita standby la kurma dengan air zamzam. Sekitar masjid ni ramai jemaah suka sedekah kurma.


Kami terpaksa keluar balik sebab memang takda ruang dah nak selit² pun. Padat sungguh. Kami solat kat luar.. tapi takda carpet pulak. Biasanya tempat solat kami di luar ada carpet. Tapi sebab malam Jumaat jadi luar biasa ramai jemaah, maka carpet pun dah pergi ke bahagian lain. Jadi, pada pendapat saya, sejadah kecik memang wajib bawa. 

Lepas maghrib baru kami masuk dalam masjid,  itu pun masih susah nak cari ruang, sebab biasanya para jemaah akan stay sampai solat Isyak.

9.20 p.m. Lepas Isyak, kami ke Taiba Center lagi. Selagi riyal masih ada, melontarlah. 😂 Kami ke kedai Sharqia di tingkat 1 beli lagi gelang viral. Cukup viral di kalangan jemaah Endonezya. Sampai berjangkit ngan jemaah Malezya.

Longgok² je haa..senang nak pilih..

Kami jumpa kedai 2 riyal kat luar, tak ingat jalan yang mana satu, antara pintu 327-328. Kedai 3 riyal pun ada, jual barang yang lebih kurang sama dengan kedai 2.riyal. Better beli kat kedai 2 riyal kan..

10.30 p.m. Kami on the way jalan balik ke hotel. Seronok tengok ramai local datang masjid dengan family, anak² depa yang comel. Semoga Allah himpunkan kita bersama² ahli keluarga kita di Mekah dan Madinah suatu hari nanti. Amiinnn.

Meriah kat dataran masjid.


No comments:

Post a Comment