اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 27 September 2025 Day 14
Almost midnight, kami beratur untuk masuk ke departure hall. Kat sini kita kena bersabar ye..sebab jemaah² di airport ni, ada jenis yang tak menyabar, ada yang jenis baru first time ke luar negara..bukan dia kisah potong que orang ke ape.. Orang Malaysia ni baik² belaka InsyaAllah. Boarding pass kita scan sendiri je, pastu palang tu buka, kita boleh lalu.
Kat passport control, my passport di scan aje tapi tak dapat cop..😩 Dia kata tak cop pun takpe..kaunter sebelah dapat cop.. Kite nak lah cop tu sebagai bukti kan..
Lepas tu beratur plk untuk drop baggage. Sama juga, ada je yang tak menyabar²..kita pula kena suruh dia sabar.
12.55 a.m. Kami tiba di gate 115. Kami satu flight dengan jemaah Juara travel tadi. Boarding 1.15 a.m. Seat kami dua row terakhir dari belakang, sebelah kanan pesawat. Saya duduk di aisle seat, adik saya di tengah, window seat pula ada budak lelaki form 2, jemaah Juara travel. Jauh dia terpisah dari ahli keluarga dia. Seat belakang ni dekat ngan toilet. Flight on time. Alhamdulillah.
Dua jam setengah setelah take off, kami dapat first meal.
Kami tak dapat pun nasi arab ke biryani ke.. Saya tak pasti la flight Saudia yang mana dapat makan best sgt yang org review tu..kami dapat beshe² je.
![]() |
| Terkopak la pula. |
5.35 a.m. solat subuh atas flight, di ruang yang orang kata surau tu. Surau tu dekat ruang belakang, tak jauh dari seat kami, dekat dengan toilet, senang nak ambil wuduk. Depa hamparkan selimut warna hijau, dan pasang tirai. Cuma kalau orang lelaki tengah solat, kita kena tunggu la depa habis dulu. Boleh muat 6 org dalam satu masa. Alhamdulillah, boleh solat dengan sempurna. Cuma kadang² masa berdiri tu jadi tak stabil sebab flight ada bergegar² sikit.
Second meal saya rasa pizza ngan jus. Saya dah tak ingat sebab saya tak snap foto.
Flight safely landed at KLIA Terminal 1 jam 15.40 p.m. Perjalanan 8 jam 50 minit. Puas la tidur, bangun makan, tidur, bangun solat, tidur balik, bangun makan, pastu tidur lagi. Bangun, baru sampai.
4.10 p.m. baru turun dari flight. Pastu tunggu baggage claim, dan tunggu kotak air zamzam keluar, 5.30 p.m. baru settle. Kalau connecting flight 2 jam, memang tak sempat la hangpa.
Alhamdulillah air zamzam semua ok..baggage pun ok.
Saya ke kaunter ticketing MAS, sebab nak try tukar flight pukul 7.45 p.m. Tapi hampa sebab flight tu full. Takda pilihan melainkan tunggu flight saya tengah malam nanti. Kawan adik saya pun dah sampai. Kemudian saya terus pergi surau dulu, solat qasar jamak takhir Zohor dan Asar sebelum kami pergi makan di aras 2 KLIA.
![]() |
| Alhamdulillah, sedapnya dapat makan asam pedas macam ni. |
6.15 p.m. Teh O ais RM4 kat food court ni terasa murah. Kat restoran Sunda viral, 7 riyal..huhu..
Lepas makan, dah habis lepak ngan adik saya dan kawannya, kami berpisah. Saya suruh adik saya balik rumah terus.
7.50 p.m. Saya ke surau untuk solat qasar jamak taqdim Maghrib dan Isyak. Saya lepak jap kat surau.
8.40 p.m. Saya terus ke kaunter daftar masuk domestik, line B.
Info penting: Kalau naik MAS /Saudi Airlines pergi umrah, and domestic flight MAS, (ada orang kata mesti hari yang sama), air zamzam free tak kira dalam baggage allowance.
Contoh total beg saya 27kg so next time saya boleh beli baggage allowance 30kg sj.. Tak perlu beli 35kg. Tapi actually MAS memang ade option pakej max 35kg tu.
Tapi kalau saya naik flight MAS-Qatar, yang transit Qatar, pastu domestic flight MAS, saya kena tambah allowance bagasi utk air zamzam.
8.55 p.m. Selesai drop baggage sekali dengan bagpack. Melenggang saya dengan handbag je. Depa bagi tag untuk kotak air zamzam. Kemudian kita sendiri kena drop air zamzam di kaunter overweight baggage.
9.10 p.m. terus masuk departure hall. Lama lagi nak tunggu flight. Haha..sampai dah tak tau nak buat apa.
11.40 p.m. boarding.
12.04 Flight take off.
12.48 Safely landed at Penang International airport.
Alhamdulillah. Berakhir sudah perjalanan Umrah DIY September 2025 saya. Walaupun lambat update dalam blog. Of course, bila saya muhasabah balik, banyak kekurangan dalam perjalanan ibadah umrah saya kali ni. Saya rasa saya kurang optimise kan peluang beribadah dengan sepenuhnya. Namun, saya tetap bersyukur, Allah jemput saya ke Haramain tahun ni. Semoga Allah jemput kita semua ke Haramain untuk haji pula dan umrah lagi. Amiiinn..
Terima kasih kerana sudi baca hingga ke entry terakhir ni. Apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi, catatan yang saya dapat sepanjang perjalanan, ada juga yang saya simpan dalam hati, sukar nak digambarkan dalam penulisan. Semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat dari perkongsian saya ni. Saya menulis supaya saya tak lupa. Kalau terlupa, saya boleh baca balik. Yang terbaik hanya dari Allah.






No comments:
Post a Comment