اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti sekolah akhir tahun 2025, kami akan ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Kenapa Ho Chi Minh City? Selama 3 tahun berturut-turut, pada tarikh yang hampir sama, minggu akhir Disember setiap tahun, kami akan ke Hatyai, Thailand. Cuma pada 2024, kami lajak ke Krabi, Thailand. Jadi tahun 2025 ni, saya plan kami ke tempat lain pula. Sebab saya cari flight direct from Penang, jadi pilihan saya kali ni ialah Ho Chi Minh City, Vietnam. Pertama kali bagi kami sekeluarga. Plan saya nak beli beg sekolah untuk anak-anak dan baju raya 2026.
![]() |
| Chatgpt buatkan utk saya. |
Flight booking
11 Ogos 2025 Selepas confirm tarikh tamat peperiksaan SPM 2025, saya terus booking flight Pen-SGN-Pen di website Airasia. Saya tak survey sangat. Harga RM800 plus, so beli terus. Maybe sebab tarikh kami nak pergi ni ialah waktu cuti sekolah belaka.. Jadi memang susah la nak dapat murah. Saya pun bukan pemburu tiket murah.
Sadly, Hatyai dilanda banjir kilat/besar pada hujung November 2025, yang mengakibatkan beribu rakyat Malaysia yang bercuti di Hatyai pada waktu itu, terperangkap selama beberapa hari di hotel penginapan. Hatyai dikatakan memerlukan masa beberapa bulan untuk bangkit semula seperti sediakala. InsyaAllah, nanti kita akan kembali ke Hatyai lagi.
Kita hanya mampu merancang. Sebaik mana pun perancangan manusia, perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya selalu doa, minta pada Allah, "Ya Allah, berilah aku gerak hati yang baik." Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita..
18 Disember 2025 Saya check-in flight pergi dan balik secara online.
Hotel booking
13 Ogos 2025, saya book hotel di Agoda, ada free cancellation. Senang juga nak dapat hotel yang ada family room. Cuma saya rasa kena booking awal sebab takut sold out pada tarikh yang kita nak tu. Saya book hotel di District 1.
Saya beli simcard Vietnam di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Vietnam. EasyGo Travel Sim Murah plk simcardnya.
Saya book 1-day trip to Sungai Mekong dengan Amin Tour & Travel. Not sure what to expect. Sebab first time nak travel to Vietnam.
Travel Insurans
1 Disember 2025, saya beli Etiqa 360 Tripcare Takaful untuk satu family RM75. Saya biasa beli pakej Gold. So far, Alhamdulillah tak pernah claim. Just in case, kita ada perlindungan takaful.
Penukaran matawang
Saya sangat tak pasti untuk VND ni better tukar kat Malaysia or kat Vietnam. Kalau tengok video kat tt ade yang kate tukar kat Vietnam akan dapat better rate, tapi nak tukar tu kena tukar kat kedai emas. Kat sana takde official money changer. Menerusi video tt juga, saya tengok nak tukar duit tu kena beratur panjang dan sesak. Jadi saya decide, tukar je la kat Penang, and bring some RM, also get ready dengan Wise.
19 Disember 2025, saya tukar duit di money changer. 1juta VND dapat RM155. Sama rate dengan XE currency exchange. Surprisingly, no charge. dan ada money changer yang offer RM154.50. Tapi semua duit besar 500,000 dong. Ada satu money changer yang ada duit kecil 200,000 dong, jual RM156. Ok, settle tukar duit.
Passport semua dah ready. Saya berkira-kira samada perlu ke tidak saya beli fast track pass untuk lepas immigration airport Ho Chi Minh. Kata orang, airport depa crowded, kena tunggu lama. Sampai berjam² nak cop passport.
23 Disember 2025. Saya masih bekerja. Beg pun tak kemas lagi. Haha. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, dan memelihara kami sepanjang permusafiran ini. Amin.

No comments:
Post a Comment