اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Raya Haji tahun 2026 ni saya plan nak beraya di Hatyai. Cuti raya haji kali ni bertembung dengan cuti sekolah pertengahan tahun. Minyak tengah mahal sekarang kesan konflik di Timur Tengah. Nak beli tiket flight pun mahal, jadi kita road trip saja kali ni.
![]() |
| Route kami, created using GMaps ketika di Pattani. |
2022 Kami pernah beraya Haji di Langkawi, kedai makan semua tutup. Semua beraya. Nak cari makan shushah..haha. Beg beranak di Langkawi 2022
Mulanya, sy plan nak lajak ke Koh Samui. Tapi tak jadi. InsyaAllah, next time. Trip kali ni kami explore Selatan Thai.
Hotel booking
12 Mac 2026, saya book family room, non refundable di Hatyai dekat dgn Central Festival Mall. First time nak stay di sini. Hopefully ok lah. Gamble je ambik hotel yg non refundable, sbb murah.. Hanya hotel di Hat Yai saja yang pre-booked, yang lain² semua kami walk-in.
Penukaran matawang
20 April 2026, Saya tukar duit di money changer. Mase ni dapat rate 8.03. Manalah nak tau MYR semakin baik berbanding TB, rugi tukar awal² huhu. Beberapa hari sebelum memulakan trip, saya tukar lagi, dapat rate 8.13. RM agak baik masa ni.
Travel Insurans
Biasanya, saya tak beli travel insurans untuk road trip ke Hatyai. Selalunya memang kita kena beli Insurans kat border untuk masuk Thailand. Tapi kali ni saya terbeli plk.
30 April 2026, Etiqa 360 tripcare travel takaful tu macam dah naik harga la. Last year, trip to Lombok and Ho Chi Minh City, both harga RM75 je.. Kali ni dah naik ke RM 100 lbh. Same gold package.
2 Mei 2026, sy contact SA Perodua sy, bagitau sy nak roadtrip ke Thailand. Saya nak add on coverage car insurans. Extension 101 ni penting sbb sekiranya berlaku accident kat Thailand, towing bawa balik Msia, depa akan cover repair di Msia. Kalau tak ambik extension ni, let say accident happened, kite tak boleh claim insurans kereta kite. Murah je add on ni, dalam RM 20 lbh.
Korang boleh baca tentang Insurans Thailand kat pos ni.
21 Mei 2026, saya contact agen yang jual insurans Thailand. Saya ambik compulsary dan voluntary. Insurans yg compulsary tu dalam RM28-35 je. Taknak ambil voluntary pun takpe. Tapi saya ambil both. Harga RM156.
Sim card
Saya beli simcard Thailand di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Thailand. Untuk 7 hari sy dapat RM22.88. Simcard Thailand
20 Mei 2026, kami dapat tahu Thailand raya haji jatuh pada 28 Mei, sedangkan Malaysia akan sambut pada 27 Mei. Huhu.. Plan sy kali ni nampak cacamarba. Asal nk lajak ke Koh Samui, tapi tak jadi. Susah nak susun bila last minit ni.
Passport semua dah ready. Kali ni sy plan masuk Thailand ikut border Durian Burung. Musim perayaan plus musim cuti sekolah ni jangan diduga crowd nye tu macam mana. Sampai berjam² nanti nak cop passport. Harap² di Durian Burung kurang la jem nye.
25 Mei 2026. Beg pun tak kemas lagi. Haha. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, dan memelihara kami sepanjang permusafiran ini. Amin.

No comments:
Post a Comment