Privacy Policy

Saturday, 27 December 2025

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 25 Disember 2025

Subuh di sini 4.53 a.m.

6.30 a.m. Kami keluar dari hotel untuk bersarapan di Malaysia Street. Hari ni kami join tour ke Bandar My Tho dan Sg Mekong dengan Amin Travel & Tour. Amin yang suggest kami bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan hari ini. Kami tengok ramai orang Malaysia bersarapan di Restoran Osman. Kami pun masuklah kedai tu. Tapi rupa²nya restoran tu dah ditempah lebih awal oleh TA yang bawa depa. Jadi kami pun bersarapan di Halal Amin Pho' Muslim. Cukup sekali makan di sini.


7.50 a.m. Kami dah naik bas. Bas pusing hotel² berdekatan untuk pickup peserta lain yang juga join trip ni. Ada yang dari KL, Sarawak dan Spore. Tour guide kami bernama Aminah.

Dalam perjalanan, hujan turun. Aminah explain some facts about Vietnam. 
  • Vietnam antara top 5 negara pengeksport beras dunia. 
  • Ao Dai (sebut auyai) Vietnamese tradisional dress.   
  • Warga Vietnam menyambut Lunar New Year. It's definitely not Chinese New Year.
  • Color of vehicles plat number: Red - army, blue - police, white - personal, yellow - business.
  • No motorcycle allowed on hiway.
Banyak lagi yang Aminah cerita. Tapi cukuplah sekadar itu. Kita takyah sibuk pasal policy negara orang. Kita bersyukur je jadi rakyat Malaysia bumi bertuah. Kita travel untuk kenal budaya negara lain, supaya pandangan kita lebih terbuka, luas pengalaman InsyaAllah.

Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai di tempat persinggahan pertama, tempat shopping telekung, beg, cenderahati. Harga telekung ade RM25-35. Masa kami datang ni, takda pulak dijual telekung travel kat sini. Boleh bayar in RM or dong.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke My Tho tourist boat jetty untuk menyelusuri Sungai Mekong. Alhamdulillah, bila kami sampai jeti, cuaca baik.


10.50 a.m. Kami naik boat, terus disajikan dengan air kelapa muda. Tapi tak dapat nak makan isinye. 

Kecil saja buahnya..air kelapa sedap manis.

Boat singgah di kilang coconut candy. Kami menyaksikan pembuatan gula² kelapa. Ada macam² perisa, original, koko, kacang, pandan, halia dan durian. Boleh rasa. Harga 120k sepeket, beli 5 percuma 1. 




Kemudian kami naik boat semula, meneruskan perjalanan ke satu lagi tempat tarikan pelancong. Kami akan naik sampan menyelusuri Sungai Mekong. Perjalanan dari mula naik bot ke jeti yang kedua dalam tempoh 12 minit lebih kurang. 


Bila sampai di jeti satu lagi tu, kami kena tunggu semua peserta trip sampai dengan sampan² yang lain. Dekat jeti tu orang jual air kelapa campur buah nipah. Harga 20k dong. Sedap, mesti beli rasa tau.. Setelah semua sampai, kami jalan kaki melalui kawasan kampung sampai ke tempat jualan. 


Mula² depa buat demo bancuh air guna madu, biji bunga mata kucing, perahan limau kasturi dan air suam. Pastu depa promot jualan bahan² tersebut. Katanya air tu baik untuk orang sakit darah tinggi. Ada jual kerepek pisang madu juga. 

Lepas tu, peserta trip boleh masuk kedai barangan kulit. Handbag, purse, wallet semua ada. Ada brand macam² brand. Harga jual dalam RM..Ori katanya. Saya tak belipun sebab harga ratus². Saya pakai handbag beli mur² je beli kat Turkiye..


Kemudian kami dibawa makan buah²han sambil dengar persembahan lagu..kalau nak bagi tips kat depa yang menyanyi tu, terpulang kat kita.


Habis makan buah, kami kena naik buggy pula. Kami di bawa ke restoran yang telah ditempah untuk makan tengahari. Satu sebab saya pilih Amin Travel & Tour kerana include halal meal. Lepas makan, solat qasar jamak taqdim Zohor & Asar.


Alhamdulillah, sedap.

2.35 p.m. Kami menaiki bot semula untuk kembali ke jeti tempat bas kami menunggu. 

Sungai Mekong merentasi 6 negara. 

Maybe next time boleh pergi lawat sungai Mekong kat negara lain pula, InsyaAllah.

Naik sahaja bas, hujan pun turun lagi. 

Vinfast, kereta buatan Vietnam.

Aminah kata kalau beli Vinfast EV, gov bagi free 6 bulan tak perlu bayar. 

On the way balik ke Ho Chi Minh City, kami singgah satu lagi tempat borong pakaian. 

Danny fashion house

Kat sini ada jual telekung travel, kurta, kasut, kain pasang dan macam² lagi. Boleh bayar in RM dan dong. Ada yang murah, ada yang tak murah. Saya beli telekung travel 3 for RM100 dan kasut anak kat sini, murah..Kalau dari Ho Chi Minh city, nak ke sini bole naik Grab. 

Stesen minyak Satra, harga 19k dong.

Terima kasih, Aminah.

Kami sampai di Malaysia Street jam 6 petang. Di Malaysia street ni pun ada jual telekung dan macam² lagi..tapi harga pun tak letak, kita nak tanya pun takut.. Sebab dah beli masa trip Mekong, jadi saya taknak la tanya harga kat situ jual berape. If korang dapat harga telekung/ telekung travel 4 RM100, tu dah kira sangat murah ye..

Kami masuk Restoran Osman, tapi fully booked. Masuk restoran Musa pun fully book. Masuk pula Restoran Basiroh, Alhamdulillah, boleh order. 

First time rasa, 80k dong.

Antara restoran Jamilah, Amin and Basiroh, pada saya, restoran Basiroh lebih murah dan sedap. Tiga² restoran ni serve lambat. 

7.05 p.m. kami sampai di hotel. 

End of Day 2.






No comments:

Post a Comment