Privacy Policy

Tuesday, 6 January 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 26 Disember 2025

Hari ni kami nak city tour. 

9.25 pagi kami keluar dari hotel. Jalan² kami hari ni berpandukan Google map je. Tempat pertama yang kami  tuju ialah Saigon Central post office. Kami jalan kaki sahaja dari hotel. Semasa berjalan tu, kami nampak bahagian belakang Independence Palace. 

Ada pengantin ambil gambar kat dalam.

Kalau nak pusing satu round ke bahagian entrance terasa jauh pula, and tak termasuk dalam list nak pergi, jadi kita teruskan perjalanan saja lah. 

Dari jauh, kami nampak Notre Dame Cathedral dulu, baru nampak Saigon Central post office yang bersebelahan dengan Cathedral. Cathedral ni sedang dalam proses baik pulih. 

Notre Dame Cathedral

Saigon Central Post Office

9.50 pagi kami sampai di depan post office. Post office masih beroperasi seperti biasa walaupun ramai pengunjung sebenarnya nak lihat seni binanya yang uniq. Boleh beli poskad dan pos kepada diri sendiri. Di sini juga ada dijual souvenir.

10.25 pagi kami ke Book street yang terletak di sebelah kanan post office..

Saya suka vibe di sini.

Ada pelancaran buku rasanya.

Dari Book street, kami jalan kaki ke Musulman Mosque. Sampai 11.20 pagi. 

Musulman Mosque

Budak ni nangis takut tak dapat beli baulu.

Sebelah dalam pintu masjid, kami beli jus limau 20k, karipap 30k, bahulu 20k dong. Paling murah la jumpe..

Oleh kerana masuk waktu solat fardu Jumaat 12.30, jadi kami pun nak lunch dulu. Pengawal masjid menunjukkan kedai makanan halal yang terletak di sebelah kanan masjid. (Tadi kami datang dari kiri masjid.)


11.35 pagi kami makan tengahari, nasi 7 pinggan, kari ayam 2 mangkuk, kari kambing semangkuk, bebola ayam 5 ketul, 305k dong saja..Memang murah. Alhamdulillah..dua hari tak dapat nasi camni, memang berselera la kan. Sedap pulak tu.


12.30 p.m. Alhamdulillah di sini saya dapat join Solat jumaat. Walaupun kita tak faham khutbah dalam bahasa Vietnam. Khutbah pendek seperti di Masjidilharam dan Madinah. Ramai juga jemaah Muslimah join solat Jumaat termasuk tourist and local people.


Lepas solat, kami lepak jap, minum jus limau dan kopi susu pula.

Plan seterusnya, kami nak ke Binh Tay market.. Tapi Grab mahal kalau  pickup depan masjid. Jadi kami jalan dulu.. Jalan, jalan dan jalan, pukul 2 p.m. kami sampai depan Saigon Opera House. 

Saigon Opera House

Di sebelahnya, ada booth jualan tiket bas city tour. Kalau naik bas waktu malam lagi murah. Malam nanti la kita datang balik. 


Kemudian, kami jalan lagi, jumpa Statue of Ho Chi Minh. Bangunan yang di belakang tu is Saigon City Hall.

Statue of Ho Chi Minh

Lepas Statue of Ho Chi Minh, Lid kate kena lintas jalan, kami pun lintas la.. Kemudian jalan lagi depan sikit sampai Saigon Center. Dah dekat dengan hotel kami dah ni. Lintas jalan semula, pin point Fahasa book store.. Kami naik grab ke Binh Tay market.. 154k dong. Ok je. Takde extra tip. Bayar harga sama seperti dalam apps.

Binh Tay Market.

3.05 p.m. Masuk je pasar, sebelah kanan nampak kain² pasang, sebelah kiri pasar nampak beg². Saya dgn my doter shopping kain ela + upah jahit 24jam terus siap 130 + 150 = RM280. Upah jahit 75 sepasang.. Biasa saya hantar upah jahit baju kurung, RM100 di kedai. Kalau hantar tukang jahit di rumah RM80.. Itupun siap sebulan lebih. Ni kira ok la, siap 24jam dan dia boleh hanta ke hotel kita..Harga kain pula, ada mahal, ada murah. At least saya dah merasai pengalaman tempah baju di Ho Chi Minh.

Untuk pembayaran, seller prefer RM in cash. Sy transfer ke akaun Vietin Bank guna Wise. Sy transfer extra RM4.50 sebab Wise ada cas fee. Kalau seller convert ke dong lagi mahal. Better bawa RM lebih sikit ye..

Barang paling rare kami beli kat sini ialah helmet (murah giler).. 1m dong dpt 2 biji helmet. Lid siap tanya google sebelum beli, boleh ke nak bawa helmet naik flight..😂

Lepas tu saya shopping bag pulak..shopping sini memang best sebab tenang² je..tak macam market yg satu lagi tu.

5 p.m. kami naik grab balik hotel 102k dong je.. sampai hotel 5.35. Driver bagi diskaun 2k dong sebab dia takde duit kecik. Kami simpan barang, rehat² jap lunjur kaki, sebab banyak betul jalan hari ni.

Statue of Ho Chi Minh 

7 p.m. Kami keluar hotel utk ke tempat naik bas city tour.. Jalan kaki dalam 5 minit je dari hotel, dah sampai ke taman yang terletak opposite to Saigon Opera House. Pukul 7 sini sama dengan pukul 8 malam Malaysia. Saya dah beli tiket bas thru Klook, got cheaper sebab kat Klook dapat diskaun. Sampai kat depa, tunjuk booking kita kat Klook tu. Depa bagi tiket.


Kami kena beratur panjang sebab memang sangat ramai orang yang nak naik bas tu. Staff bagitau, anggaran dalam 1 jam beratur..

8 malam baru dapat naik.

Pusing² bandar Ho Chi Minh.

8.50 turun dari bas.. jalan kaki balik hotel..Manusia memang sangat ramai, sebab cuti Krismas kan.. Kami singgah Alluvia coklat.. free tasting coklat² kat situ and makan gelato. Satu scoop 48k dong.. 


Pastu jalan lagi sampai hotel..Alhamdulillah, hari yang panjang.

End of Day 3.

No comments:

Post a Comment