Privacy Policy

Sunday 4 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Banda Acheh.

1. Tiket flight telah ditempah more than 3 months prior to the departure. Terfikir nak ke Banda Acheh kerana ada flight direct from Png to Banda Acheh. Harga tiket Firefly taklah murah sangat. Affordable trip. Saya beli baggage 20kg*2. 

Ini provinsi ke2 kami ke Indonesia selepas Suarabaya 2017. Agak risau nak ke Indonesia slps Covid. Saya siap beli travel insurans yang ada covid coverage lagi. Booked tiket 5 hari 4 malam, tapi selepas beberapa minggu dapat notification dari Firefly, tiket retimed jadi 3 hari 2 malam. Memang bengang gak lah. Dah lama dah tak experienced tiket retimed ni. Mula2 ingat nak refund, tapi bila fikir balik, tak pelah. Redha je. 

2. Saya beli simcard Indonesia di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Indonesia. EasyGo Travel Sim

3. Sebulan sebelum, saya book hotel di Traveloka for the first time sbb harga di Booking.com dan Agoda terlebih mahal. Saya pilih hotel ini sebab depa ada bilik triple dan lokasinya dekat dengan Masjid Raya Baiturrahman. Selain itu, ia berdekatan dengan Pasar Acheh.

4. 20 Mei 2023, saya tukar duit di money changer. Saya tak tukar banyak sangat cash. Sekadar bajet cukup2 untuk trip 3 hari 2 malam kami. Hopefully MYR akan lebih baik pada masa akan datang. Saya juga activate debit kad sy untuk pengeluaran luar negara. 

5. Lagi 5 hari nak fly, baru terfikir nak cari supir. Mulanya saya ingat nak gamble je ambik grab ke, atau cari je supir kat airport. Tapi tak tau plk nanti nak bajet range harga. So saya google je cari pakej wisata Acheh, dapatlah contact 2 orang, compare harga. Alhamdulillah dapatlah supir yang boleh bawa kami, walaupun agak last minute cari. Bayaran boleh guna duit RM. Alhamdulillah, tak perlu g money changer tukar duit lagi. 
31 May 2023 Day 1

Check-in hanya boleh dibuat di kaunter Firefly seawal 3 jam sebelum boarding. Kaunter buka 4.30 pagi. Jam 5.10 pagi kami tiba di PIA. Lid sempat beli nasi lemak untuk kami breakfast sebelum boarding. 5.40 pagi selesai drop baggage 26kg. Haha.. Ape je la bawak tu. Jam 6 pg melepasi pemeriksaan imigresen. Terus ke surau utk solat subuh. Lepas solat baru kami makan nasi lemak. 7.05 boarding, 7.30 take off. Flight punctual. Cabin crew semua lelaki. Ketua pramugara bagitau kelajuan kapal 850km/h. 

Banda Acheh lewat 1 jam dari Penang. Penerbangan memakan masa 1 jam shj. Alhamdulillah, 7.30 pagi selamat mendarat di Lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.
 

Tiba saja di airport, saya terus activate simcard Indonesia yang saya beli terlebih awal di Shopee. Alhamdulillah, simcard function elok. Pemeriksaan imigresen mengambil sedikit masa. 8.15 supir kami (Abg Jani) dah sedia menunggu. Kami menaiki Toyota Avanza. Alhamdulillah selesa, perjalanan santai, jalan pun tak jem. Tiada kebisingan hon2 kenderaan seperti yang pernah kami lalui semasa bercuti di  Surabaya dulu.

Tempat2 singgahan kami terserah kepada Abg Jani. Dia bawa kami singgah sarapan dulu di Solong Coffee, hanya 15minit daripada bandara. 



Kami mencuba kopi sanger (sangger) dan teh hijau dingin. Ada nasi gurih, kuih muih dan roti kaya. Sedap semua. Kuih muih tu, depa dah siap2 letak dalam piring, pelanggan cuma bayar sebanyak mana yg dimakan sj. Tapi saya pun xtau depa kire camne. Untuk sarapan hari ini saya bayar 126k rupiah.


Opposite to Solong Coffee, tersergam indah masjid Baitussalihin, Ulee Kareng. Menurut abg Jani, di Acheh, gedung2 perniagaan dan rumah2 tidak boleh lebih tinggi daripada binaan masjid. 

Tempat lawatan pertama yang kami pergi ialah Muzium Acheh. Ramai kanak2 tadika datang school trip. Harga tiket dewasa ialah 5k rupiah (pelawat asing). Ada 3 bahagian dlm muzium termasuk rumah Acheh. Setiap bahagian, ada orang cek tiket. Kami luangkan masa selama 1jam di sini. 




Namanya dekat dengan nama saya :) 

Kemudian kami singgah sebentar di Makam Sultan Iskandar Muda yang terletak di sebelah Muzium Acheh.


Seterusnya kami ke Muzium Tsunami Acheh. Abg Jani mengejar waktu kerana muzium ini tutup pada waktu makan siang. Harga tiket 15k rupiah seorang. Spend masa dalam 1jam juga. Ada tayangan video selama 10minit. 


Bersebelahan muzium ini ialah tanah perkuburan Belanda yang terbesar di Acheh. 



Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Lampuuk. Kami tiba di Pantai Lampuuk jam 12.15. Di sini ada banyak gerai2 menjual seafood. Abg Jani membawa kami ke gerai Seafood Awai Adun Crab and Fish. Hujan renyai2 mulai turun. 

Kami order makan. Sotong goreng tepung (50k rupiah), seafood shell out portion 2 org makan (200k rupiah), ikan bakar dan kangkung goreng belacan. Ikan tu boleh pilih.. Fresh2 ikannye. Ade ikan kerapu biasa yg warna kelabu tu, kerapu merah, ikan cermin dan ikan kakak kakap merah. Ikan kakak merah tu rupa macam ikan merah ataupun macam ikan biji nangka. Saya pilih ikan kerapu merah dan ikan cermin. Saya pilih saiz yg paling kecil sebab takut tak habis makan. Ikan tu timbang siap2, sekilo 22k rupiah. Isi ikan cermin tu lagi sedap bg saya. Ikan kerapu tu isinye macam isi ikan kerisi. Total 2 ekor ikan bakar 200k rupiah. Nasi putih 5k rupiah sepinggan. 

Abg Jani order asam pedas telur ikan. Tak pasti ikan apa. Tapi kuah asam pedas tu mmg sedap. Masakan semua sedap. Makan pula semasa hujan, dgn tiupan angin laut. Sedap betullah. 


Lepas makan, anak2 mandi laut Pantai Lampuuk. Pantainya bersih, air nya kebiruan.. Masya Allah. Kemain, sampai di Acheh mandi laut. Haha. Pantai Lampuuk ini menghadap ke Samudera Hindia. 

Selepas itu kami singgah solat di masjid Rahmatullah, masjid yg terkenal semasa tsunami Disember 2004. 


Masjidnya sangat sederhana. Karpet pun tak penuh ruangan masjid. Ada ruangan pameran foto tsunami di bangunan tepi masjid. 


Walaupun dah lebih 19tahun tsunami Acheh berlalu, bila kita berada di tempat yg pernah mencipta sejarah itu, mesti ada rasa sedih kan.. Sebab di tanah ini dulu ramai mangsa korban. Allah pilih mereka, Allah uji mereka, juga kita. 

Selepas siap, kami meneruskan perjalanan. Hujan masih renyai. Kami singgah di rumah Cut Nyak Dhien, pahlawan wanita Acheh yang menentang Belanda. 


Tapak rumah dan periginya sahaja yang asli. Periginya sedalam 10 meter kerana orang dulu2 takut diracun oleh pihak Belanda. 



Menurut jurucakap yg ada disitu, rumah ini dihadiahkan kepada suami keduanya, Teuku Omar oleh Belanda. Teuku Umar telah berpura-pura menyokong Belanda untuk meminta senjata. Bila Belanda tahu sebenarnya Teuku Umar menipu Belanda, rumah ini langsung dibakar oleh Belanda.

Selepas itu, kami ke Banda Acheh untuk check in hotel. Kami melalui jalan di hadapan Masjid Jamek Baiturrahim. Masjid ini terletak di tepi sungai, antara masjid yang terselamat daripada tsunami. Kawasan ini terletaknya Pantai Ulee Leue, jeti ke Pulau Sabang dan Nol Kilometer Banda Acheh. Kami melalui kampung Keudah sebelum sampai di hotel kami. 

4.40 petang semasa check in, receptionist minta ketepe sama saya. Hahaha.. Rupanya die ingat saya ni orang Indonesia. KTP tu ialah ic Indonesia. Abg Jani bgtau kat die, kami dr Malaysia, baru diminta bagi passport. Abg Jani tinggalkan kami di hotel sj. Cukup sudah tugas dia hari ni. 

Bilik kami di tingkat 1. Saya book bilik triple 2 buah utk 2 malam. Bila sampai bilik, haha.. Bilik saya ada 5 katil single, bilik sebelah ada 4 katil single. Untung sewa hotelnya murah.  Tapi harga bilik tak termasuk sarapan n wifi not working. 


Lepas simpan beg dan rehat2 sebentar, kami turun dari hotel, untuk ronda2 sekitar kawasan hotel. Kami jalan menuju Pasar Acheh. Banyak kedai2 jualan baju2 dan barang2 lain di sini. Kami ke Suzuya. Suzuya ni pasaraya gitu. Nak beli diapers anak yg kecik, sbb terlupa bawa. Haha.. Kemas2 beg sampai lupa masukkan diapers anak. 


Selepas beli barang, kami jalan kaki ke Masjid Raya Baiturrahman. Dekat je. Simpan kasut dalam plastik di luar masjid. Diberi nombor. 


Lantai perkarangan masjid basah kerana hujan siang tadi. Masih ramai pengunjung. Masjid nampak meriah. Macam kawasan berkelah, sambil menunggu azan maghrib. Dalam keramaian itu, masih ada tenang. Suara laungan azan pun tak terlalu nyaring sampai membingitkan telinga. Ibu2 yang uzur syar'ie boleh duduk di foyer masjid tanpa rasa kekok kerana ramai orang lepak2 di kawasan masjid. 


Ruang solatnya kedengaran riuh suara anak2. Bergema macam lebah. Masjid di Penang lebih senyap. 

Usai solat, kami jalan kaki ke restoran Bakso Idaman Barata, tak jauh dari masjid. Abg Jani ada sebut kedai bakso sebelah kanan, tp lupa nama. Jadi saya Google sendiri ja. Tak jauh dari masjid, jalan kaki saja. Ramai orang juga. Tapi kedainya besar. 



Cuma di lantai banyak sampah tisu2, plastik2, botol2. Dia tak kemas terus. Saya order mee bakso kecil, bakso kecil dan mee tok . Mee tok itu mee dgn kuah sup saja. Mee dia campuran suun dan mi kuning yg mcm mi megi tu. Sedap2.. Anak2 pun suka. 


Lepas makan, kami balik hotel. Sempat singgah lagi di Suzuya beli biskut. 




4 comments:

  1. Murah bakso mereka disana, tempat lain Special 30k Indonesia

    ReplyDelete
  2. Ikan kakak ka? Ikan kakap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. memang dia sebut kakak. tak tau plk sy kalau sebenarnya kakap.

      Delete