بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.
Khamis, 7 Februari 2019
Pagi usai sarapan, kami ke Masjid semula. Misi Lid pagi ni nak bawa baby Abdullah masuk Raudhah, beri salam kepada Rasulullah S.A.W. dan 2 sahabat baginda. Alhamdulillah, org lelaki kalau bawa anak ke Raudhah bisa tenang2 aje gitu.
Selepas tu kami g beli sejadah Raudhah Inspired sebagai kenang2an. Original Arab Saudi. Korang jangan terbeli yg made in China pulak. Beli di Sook Al-Saha dekat Bahauddin Hotel. Kate orang kat sini murah.
Selepas zohor, kami meneruskan aktiviti kami nak ke Masjid Quba' sekali lagi. Kali ni pergi sendiri. Kalau naik teksi, ade org kate SR15-SR20 sehala. Tapi kami xmau naik teksi, mahal tu. Kami jalan ke bus stop depan Pintu 21, Lid tanye driver bas bole ke nak g Masjid Quba'?
Driver bas suruh kami naik bas kat Pintu 37 kat Baqi' sana nun. Ok..Kami mmg suke explore cmni, maka kami pun berjalan la dr Pintu 21 hingga ke Baqi'. Ade bas tgh menunggu penumpang. Return ticket SR5/pax. Dalam bas banyaknye jemaah Pakistan. Kami sampai Masjid Quba' by 3p.m. Driver bas bg mase 20minit je mase untuk solat.
Masjid dgn 56 kubah dan 4 menara ini adalah masjid pertama dibina dalam sejarah Islam. Suasana dan pemandangan di Masjid Quba' lebih tenang waktu petang. Tiada jemaah Malaysia mahupun Indonesia. Jemaah negara lain pun kurang sgt. Jualan juga hampir tiada.
Jam 3.15p.m bas nak jalan dah. Kalut kami berlari kejar bas, sbb nak jemaah Asar di Masjid Nabawi. Asar jam 3.47p.m. tak nak la tertinggal bas. Driver ni xsabar no. Tu yg dr 20minit jd 17 minit di Masjid Quba'.
Kite n baby Abdullah lepak2 depan tangga escalator berdekatan pintu 25 sementara tunggu lid solat Asar. Budak kecik ni suke kejar merpati. Pastu suke ambik pakai selipar orang lelaki yang tengah solat dekat ngan tempat kami lepak ni. Jenuh nak kepung. Hahaha.
Kemudian kami ronda g makan kebab kat Pistachio cafe sebaris ngan hotel kami duk. Ramai sangat orang order. Harga kebab medium SR10. Sedap beb. Style cam Kyros kebab kat Malaysia. Better korg try. Kite x suggest korang beli kebab tepi jalan yg SR5 tu..kebab sayur. Kat Mekah xde tau Pistachio cafe.
Solat maghrib seawal 6.10 p.m. Syok la ganti puasa or puasa sunat kat sini. Bukak puasa awal dari Malaysia. Hehehe. Tapi kami x puasa pun. Insaf kan tengok depa bukak puasa?
Jemaah ajak lid buka puasa sekali. Dah bgtau x puasa pun, depa suruh duk gak. |
Biasenye lid akan stay masjid sampai abis Isyak. Kul 7.40 p.m dah masuk Isyak. In between, Lid rajin nk tasmik Al-fatihah n Juzuk 'Amma ngan muallim2 yg die berkenan. Kalau bisa, masuk ke Raudhah. Kalau nggak bisa, tasmik.
Malamnye lepas Isyak, kami pekena nasi kambing kat Shareq Qurban Fish Stall. Kami naik teksi ber7 depan Fayroz Shatta SR40. Pastu mai lg dua org group kami. Jadi makan setalam 4org. 1 talam SR80. Makan pelan2 sambil sembang2, abis gak akhirnye. Punye la ramai org makan kat sini. Tapi majoriti lelaki, perempuan xsampai 5org pun termasuk kite.
Kami share 4 orang. |
No comments:
Post a Comment