اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis 28 Disember 2023
Penutup tahun 2023, sy plan ke Hatyai. Tak banyak preparation needed. Book hostel thru Agoda, non refundable. Beli simcard Thailand di Shopee. Tukar duit di money changer. Mase ni dapat rate 7.43.
7.30 pg kami bertolak dari Penang. Jam 8.45 tiba di Changlun, beli insurans Thailand. Banyak kedai yang jual insurans Thailand. Berhenti je mana². Ade 4 jenis insurans,
1. Compulsary
2. Voluntary
3. Car insurans
4. Travel insurans
Compulsary tu wajib beli..sy tambah Voluntary insurans. Voluntary insurans ni cover 3rd party. If kt accident dgn kenderaan Thailand, insurans ni akan cover depa. Car insurans tu sebenarnya kite kena deal dgn car insurans provider kite sendiri..contohnye sy ambik Etiqa car insurans, about 3,4 days before kt nk g drive kat Thailand, kt call je Etiqa, bgtau kata nak tambah insurans cover sbb kt nak drive kenderaan sendiri ke Thailand. Harga katanya dlm rm30-40 je. Sy tak sure harga ni. Insurans ni akan cover kenderaan kt sndiri la. Travel insurans tu macam biase, bole ambil dgn Etiqa or lain² company insurans, mcm yg biase kt ambik bila nk g travel.
🔸Compulsary rm32
🔸2 Printed TM2&TM3 form rm6
🔸Voluntary rm115
◾️Total rm147
Tak perlu isi white card if masuk melalui Bukit Kayu Hitam. Insurans Thailand ni bole je order siap² thru online/wassap. Then, terus keluar Border Bukit Kayu Hitam. Dekat sini, passport stamp drive thru shj.
Kemudian terus masuk border Thailand pula. Welcome to Sadao, Thailand. Owner kereta sepatutnya drive kereta, cop passport kat drive thru shj..penumpang tak turun pun boleh sj. Tapi kami tak de experience, turun p la masuk dalam cop passport. Jadi a little bit chaos juga la. Stamp passport kat kaunter, depa tak minta duit pun. Stamp kat drive thru depa minta 55baht. Tp sebab kt ade duit tukar, die minta rm10. Die ambil 1 copy borang TM2/TM3.
Sy on simcard yg beli di Shopee tu. Mula² tak boleh guna. Kami minta tolong dgn org yg jual simcard kat situ, die just klik² mobile data, on off..2,3 kali, pastu dah ok.
Masa queue utk custom declaration, ada akak blkg kt bgtau kadang² dia minta rm2/3 seorg. Untuk custom declaration ni, owner kenderaan kena buat sendiri. Urusan di border dr beli insurans ke custom declaration ambik masa almost 2 jam. Kalau ramai org kat custom declaration ni, makin lambat la nak settle. Beratur panjang giler. But still bareable.
Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 1 jam sahaja. Kami sampai di Hatyai jam 12p.m. waktu hatyai/ jam 1 tghari Msia. Kami terus singgah makan nasi kuning ayam di Kaitod Decha. Harga naik sikit drpd last year. Nasi kuning 65tb, teh ais 35tb.
Lepas makan, kami singgah di Bee Garden..takde ape² sgt kat sini. Die jual barang² berasaskan madu lebah.. Ada sabun, krim dll. Ada small garden untuk yg suka bergambar..Sini mcm Nora Plaza, byk bas persiaran singgah sini..masuk free shj.
Kemudian kami ke Central Carnival Mall. CCM ni macam QBM. Parking percuma, kena scan 1 passport, n dapat parking pass. Masa keluar nanti pulangkan pass semula. Datang sini sebab nak pergi kedai Moshi Moshi.
Kat Hatyai ni, motor rider tak wajib pakai hetmet. Bila nak ke wilayah lain, wajib pakai.
Kami check in hostel, betul² depan Lee Garden night market. Sy book dua bilik, double & quadruple. Bilik die memang best la walaupun nama die hostel..Ada peti ais, kettle n mineral water.
Lepas dah rehat dan solat, malamnya kami ke Asean Night Bazaar. Makan²..kat sini memang happening, ramai orang la. Boleh shopping² lg. Wajib singgah bila dah datang Hatyai. Kat sini kami beli jersi untuk anak².
Then balik hostel. Sy park kat tepi jalan je, tak jauh dari hostel. Berdasarkan pengalaman dtg Hatyai sebelum ni. Parking free je..Antara dapat ngan tak dapat parking sj..Alhamdulillah, malam ni dapat parking dekat sj.
Korang ikut je panduan signage ni..On even days, we can park on the right side, else park on the left side. Ni berdasarkan pemahaman sy la. Kalau salah, boleh tolong betulkn.
End of Day 1.
No comments:
Post a Comment