Privacy Policy

Thursday 4 January 2024

Hatyai Day 3 - Zoo Songkhla

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 30 Disember 2023.

Bila kat sini kan, subuh masuk jam 5.12pg @ 6.12 waktu Msia. Tapikan, lepas subuh tu rase panjang je. Boleh rehat lama. Jadi walaupun kite nak jalan ke hulu ke hilir, still ada time untuk rehatkan badan n minda. 

Pagi ni kami turun drpd hostel jam 10 pagi. Kami bersarapan di restoran halal depan Hospital Hatyai. 
https://maps.app.goo.gl/U6hdrgzmNYXwQCB9A

Kat sini ada macam² juga. Nasi campur, nasi goreng, roti canai, dimsum dll. Sy ambik nasi campur kuah kemsom ikan + suun goreng. Lid ambil nasi putih sup ekor, anak² makan roti telur n nasi goreng. Makanan sedap, harga agak murah juga la..berbaloi. Untuk makanan sj, total 360TB.


Kemudian kami ke Zoo Songkhla. Kire² setgh jam perjalanan dari Hospital Hatyai. Tiket masuk utk 3 dewasa, 3 kanak² berkereta, 1460TB. Boleh drive dalam kawasan zoo. Tram ada, kalau tak silap free of charge. Budak² memang enjoy la tengok haiwan² ni. Kami spend time dalam 3 jam kalau tak silap sy. Haiwannya banyak jenis, tapi tak ramai. Contoh yg kami nampak, penguin ada la seekor, zirafah seekor, ostrich seekor, gajah seekor, singa laut 2 ekor, bear 2 ekor..n byk lagi binatang2 lain.


Menuju pulang ke pekan Hatyai, ternampak pasar di tepi jalan, kami singgah kejap. Best pasar ni, seafood fresh2, sayur2 dan pelbagai jenis la makanan ada dijual. 

Lepas beli apa yang patut, sy singgah ambil gambar statue, opposite kawasan pasar ni. 

https://maps.app.goo.gl/xT6Fi3C7FrQE2d318

Kami sampai ke Masjid Al-Majmuk jam 5 ptg. Solat kemudian singgah dobi baju kejap. Depan simpang masjid ada pump minyak satu je situ. 


Kedai dobi ni kat tepi jalan masuk simpang ke Masjid Al-Majmuk. Cuci 40TB, dryer pun 40TB, kena masuk sabun sendiri. If tak bawa sabun, boleh beli ngan dia. Ada staff kat kedai dobi ni so korang boleh bayar dia untuk pindahkan baju ke dalam dryer and lipat baju selepas kering. Dia cas 30TB sj. Kami tunggu je n tak byr pun upah kat dia. 

Selesai dobi, kami pergi makan di Harun Rotded hot pan clams. 
https://maps.app.goo.gl/72ZYeuFhgyH4C6Fs9

Anak² kami makan simple² je.

Actually kat stall sebelah Harun ni. Makan nasi putih, sup daging n telur dadar. 330TB untuk 9 pinggan nasi putih, 3 mangkuk sup daging n 3 pinggan telur dadar. Murah, sedap n kenyang. Kena minta pedas sikit shj. (Kurang pedas). Kalau tak cakap pedas sikit, merah la muka korang hirup sup pedas giler. 

Masa balik, kami lalu depan Florida night market lagi. Malam ni lagi happening, malam minggu kan..

Parking area hotel susah sikit nak dapat malam ni, yang dekat takde, jadi kena menapak la sikit. Sy with my girl sempat lg pusing 7e dkt Lee Garden..crowded malam ni.


End of Day 3.

 

No comments:

Post a Comment