اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat 29 Disember 2023.
Kami keluar hostel 9.45 pagi, jalan kaki ke Kim Yong Market. Sampai sana, hujan mula renyai². Plan pagi ni, nak beli nasi kuning ayam di Kaitod Meena. Stall Kaitod Meena buka jam 10pg, baru nk setup, n goreng ayam..tapi ada org bgtau pukul 7 pagi lagi orang dah beratur. Nanti seller akan bg nombor ikut giliran, jangan beratur menonong sj. Sebab penjual lain yg sebelah² Kaitod Meena tu bising, pelanggan menghalang gerai depa. Jadi, sebelum beratur, ambil nombor dulu. Kami menunggu sejam lebih juga la baru dapat order kami. Ayam goreng boleh pilih..Nasi memang sedap.
Sementara tunggu order, kt masuk Kim Yong market untuk beli kacang gajus. Banyak ye orang yang menjual nye..ada yg jual 280-300 baht sekilo, ikut gred. Rambang mata nak pilih penjual juga sebenarnya. Sy beli la sikit², setakat nak makan sendiri je. Ada la beli kerepek nangka n satu lagi kerepek yg biase je makan kat Penang. Masa tu mmg tak perasan dia jual mahal kerepek tu. Sy bayar je sbb ramai pelanggan masa tu.
Then, sy sempat beli teh ais kat 7e..Murah, 29baht je..sedap kaw plk tu. Lepas dapat order nasi kami, terus balik hostel, makan. Lepas makan, kami keluar balik sebab nak hantar org lelaki pergi solat Jumaat.. Kami ke Masjid Al-majmuk (boleh google Majmoh Mosque).
Sementara tunggu depa solat jumaat, sy n my girl meronda cari 7e yg terdekat. Beli la ape² yg patut. Kemudian patah balik ke masjid, solat.
Seterusnya kami ke Khlong Hae floating market about 4km dr masjid. Jalan², tengok² .. makan aiskrim kelapa sj. Bergambar lebih kurang, kemudian kami ke Diana Shopping Center. Parking free.
Kat sini kami shopping kasut sukan.. affordable, byk pilihan.. tak la mahal sgt cm kat Penang.
Lepas shopping, nak cari tempat makan, terjumpe pasar malam, kami pun singgah. Makanan kat sini murah sikit compared to Asean Night Bazaar. Kat situ, ade juga disediakan tempat untuk makan. Kami balik makan di hostel.
Jiranakhon night matket |
Kerepek² ni semua overpriced. Kerepek nangka tu die jual 100g 100tb. Kat luar Kim Yong market, ade yg jual harga 100tb tapi lebih byk kerepeknye drpd yg depa jual. Kerepek kentang tu 100g 80tb, which is kalau beli kat pasar malam Penang boleh dpt rm5 je.
End of Day 2.
No comments:
Post a Comment