Privacy Policy

Wednesday 27 December 2023

Cairo trip Day 3 - Ke Alexandria

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 29 Ogos 2023 
Alhamdulillah. Hari ketiga di Cairo. Pagi ni kami bersarapan di restoran Thai. Sy order nasi lemak ayam goreng. Nasi kerabu dan roti canai pun ada. Sedap juga, mungkin kerana sy lapar juga sebab dari semalam dah tak lalu nak makan.. 

Lepas sarapan, kami terus menuju ke Ancient Egyptian museum kerana semalam tak dapat masuk ke sini. Awal benar sampai di sini. Kalau tak silap saya, dalam pukul 10 pagi. Parking pun banyak kosong lagi. Museum ni museum baru. Sy tak rasa nk masuk sebab harga tiketnya 1000genih per pax. Jadi sy tunggu depa kat luar sj. Di sini pun kena guna card utk beli tiket masuk. Sendu gak la melangut tunggu orang kn..Almost 1 hour juga menunggu.

Bila depa keluar, Lid bgtau diorang kena tunggu tour guide yg nak explain tentang 4 ketul je patung besar yang ada dalam tu, and ada visitor yang nak minta refund duit tiket sebab tak berbaloi bayar mahal2. Alhamdulillah sy tak masuk. Tak buang duit. 


Seterusnya ustaz bawa kami ke National Museum of Egyptian Civilization. Harga tiket 240genih sj. Museum ni berbaloi gak la nak masuk. Ramai pelawat di sini. Anyway, this museum pun saya tak masuk..Hahaha. Sy tunggu di ruang tempat duduk di hadapan ticket counter jer.

Seterusnya kami nak bergerak menuju ke Alexandria. Perjalanan ke Alexandria mengambil masa selama 2 jam setengah. Pemandu2 di Mesir ni memandu laju giler macam tak sayang nyawa. Rasanya kan inilah trip yang sy rasa banyaknya sy beristighfar sejak mula jejak kaki di Cairo. Trip2 lain tu biasanya kite banyak menikmati pemandangan kanan dan kiri jalan. Paling-paling pun bertasbih Subhanallah. Untuk pemandu yang civic macam sy, rasanya tak boleh kot nak drive sendiri di Mesir. Tak habis² kena hon je nanti.

Highway Cairo to Alexandria ni lurus ja. Kalau sy drive jalan lurus cmni, sy yakin sy akan mengantuk. Ada 4 lane sehala. Alexandria ni ialah bandar yang saya request dgn tour guide kami untuk bawa kami ke sini.. 

Tol Alexandria

Sampai Alex, kami terus pergi makan di Fish Market Marina restoran. Alex ni bandar pesisir pantai Mediterranian. Jadi, datang sini wajib makan seafood. Sedap tau makanan kat sini. View pun cantik. Dari jauh boleh nampak kubu Qaitbay. 

View Qaitbay dari restoran.

Hidupan Laut Mediterranian

Lepas makan, kami singgah solat di Masjid Imam Al-Busiri, yg terletak bersebelahan dengan Masjid Abu Abbas Al-Mursi. Imam Al-Busiri ni ialah pengarang Qasidah Burdah, an Arabic poem honouring the Prophet Muhammad S.A.W. Qasidah Burdah

Masjid Al-Buşiri

Masjid Abu Abbas Al-mursi

Di sini, sy perasan bahawa ada masjid yang sy lihat, terletak betul-betul bersebelahan seperti dua masjid ini. Begitu juga dengan Masjid Sultan Hassan yang bersebelah Masjid Rifaei di Cairo, dan masjid Muhammad Ali Pasha yang bersebelahan Masjid Al-Nasir yang terletak dalam Salahuddin Ayyub Citadle, Cairo. 

Lepas solat, kami jalan2 di kawasan sekitar. Mula2 kami beli icecream, then hop on Alexandaria red bus. Tambang murah je, kalau tak silap 25genih sj per pax. Tak lama sgt atas bas, kami turun, jalan untuk ke tren stop, naik tren pula, Tren ada 2 color, biru dan kuning. Dua2 kami naik. 

Atas Red bus

Teksi kuning hitam trademark Alexandria


Dalam tren biru

Mula2 kami naik tren biru, very old condition. Ustaz kata orang Melayu panggil tren ayam. Penuh. Tambang murah. 

Masa kami turun tren biru untuk tunggu tren kuning pula, azan maghrib berkumandang. Ternampak orang2 Alex ni buat solat berjemaah di kawasan lapang dekat tren station tu. 


Masa kami naik tren kuning, konduktor tren tak nak ambik duit tambang sebab kami takde duit kecil..Barakallahufih, baiknya hati dia. Tapi sy tolong byr juga sbb sy ada duit kecil. Tambang murah sgt..

Dalam tren kuning

تلت ونص (talata wa nus), ustaz kata.
Macam 35 cents.

Lepas naik kereta semula, kami terus menuju ke homestay kami.. Malam ni no dinner.. masing2 tak lapar kot.. Saya memang dah tak mampu nak menahan mengantuk saya ni..kesian la..ada orang yg lapar tu..

Homestay ni rumah apartment, 3 bilik. Bersih, tapi pintu bilik tak boleh kunci sebab tombol rosak. Kt sendal ngan kerusi je.

End of day 3.



No comments:

Post a Comment