Privacy Policy

Tuesday 9 January 2024

Hatyai Trip 2023 - Last Day

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 31 Disember 2023. 

Hari ni hari balik sahaja. Kami tak de specific plan. Check out pukul 10 pagi. Depa cek kondisi bilik and pulangkan balik deposit kami. Boleh repeat stay kat hostel ni, sebab lokasi sangat strategik, harga berbaloi, dan bilik pun selesa. Cuma kena booking awal sebab cepat penuh. Level bilik kami duduk, paling atas, level 6, ada 2 bilik kami sj. Lif pun selalunya tak bertembung pun dengan orang lain. 

Kami terus ambik kereta, drive ke 7E yang terdekat, sebab nak beli susu Meiji coklat untuk budak kecik sorang tu. On the way to border, banyak lagi kita akan jumpa 7E. So tak perlu risau, cumanya stok susu meiji coklat size besar je antara ada dgn takde. 

Kami berhenti makan kat astaka yang tepi-tepi jalan tu je. Tengok bas persiaran pun berhenti situ bagi penumpang makan. Ok la, ada juga nasi daging bakar, mee celop, nasi ayam, nasi goreng2, tomyam semua. Sedap. Harga pun reasonable. Kat Asean Night Market lebih pricey. 

Dah kenyang, kami terus ke border. Turun kereta, cop passport kat Imigresen Thailand complex, kemudian naik balik kereta, nak lepas drive thru border Thailand ni jem pulak. Kereta sy dah la minyak tinggal 1 bar je ni. Dengan panas tengahari lagi. Terpaksa on off engine, bukak tingkap. Hahaha. Mana nak tau boleh jem kat situ. Pengalaman pertama bawa kereta ke Thailand.

Tak tau la nak kate ape yang melambatkan proses di sini. Maybe sebab ada yang tak turun cop passport dulu kot. Kat drive thru ni, boleh juga cop passport, cumanya melambatkan orang lain, sebab 1 kereta kena turun. Kalau dah turun cop passport dalam  complex, owner kereta saja yang perlu turun. Di sini, diorang collect borang TM2/TM3 tu. Kena bayar RM10. Die panggil overtime fee. Kena bayar sebab bawa kenderaan masuk ke Thailand. Masa masuk hari tu bayar, masa keluar pun bayar. Sebenarnya ada masa2 tertentu sj yang perlu bayar overtime fee ni, tapi sy rase depa tak ikut pun time tu.


Kemudian drive ke depan sikit, ada kaunter no 8. Make sure korang pulangkan custom declaration form di situ, and tengok die scan borang tu. Kat sini diorang tak bagi ambil gambar. Mungkin sebab ada kisahnya. Abam Insurans Thailand kata kalau tak pulangkan form tu, or kite dah pulangkan tapi depa tak scan, next time bila masuk semula ke Thailand dengan kenderaan yang sama, akan dikenakan denda. Kawan kata kena 300. Abam insurans Thailand kate 1000. tapi tak pasti RM ke TB. 


Then masuk Imigresen Malaysia, drive thru sj. Hulur je passport kat tingkap. Cepat. Masuk je Bukit Kayu Hitam, terus cari stesen minyak. Baru boleh bernafas dalam aircon. Hahaha. Since hari masih muda, sy ajak Lid singgah Padang Besar. Stereng kat tangan sy. Pergi mana2 pun memang saya je yang drive. Lid jaga anak je kat sebelah.


Sebenarnya boleh je nak keluar terus kat border Padang Besar. Jarak masa dari Hatyai ke Padang Besar, and Hatyai ke Bukit Kayu Hitam sama ja. Tapi sebab boleh kan, ikut suke la preference masing-masing. Dari Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar mengambil masa 40minit. Ramai orang di Arked Padang Besar. Susu meiji kat arked ni memang auto mahal la kan. Saya shopping apa yang patut pastu gerak la balik. 

Kesimpulan daripada trip Hatyai kali ni, sy rasa sangat gembira bawa kereta sendiri ke Hatyai. Drive kat sana pun best, especially masa keluar dari pekan Hatyai menuju ke Zoo Songkhla. Next time, sy plan nak drive jauh sikit. InsyaAllah.

End of Hatyai Trip 2023. Welcome 2024.


No comments:

Post a Comment