Privacy Policy

Tuesday 23 January 2024

Cairo trip Day 4 - Alexandria Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 30 Ogos 2023

Hari kedua di Alexandaria. Pagi ni, baru nampak Stanley bridge kat luar tingkap bilik belakang homestay kami.. Malam semalam gelap, so tak nampak ape2, boleh dengar bunyi ombak sj. Rugi plk bila mengenangkan, Stanley Bridge ni trademark Alexanderia. Tapi kami lalu sj atas bridge ni.  Should be kita jalan2 la kat bawah bridge tu, lepak2 ke.. InsyaAllah ada rezeki, kt repeat balik tempat ni.
View dari tingkap bilik belakang
                                         

View from our homestay balcony

Masa nak turun dr homestay, baru perasan lif homestay ni kecik je. Mcm mana la diorg angkat barang² rumah yang besar² tu. Sy g melawat kedai runcit kat bawah jap, sambil tunggu depa turun. Sj nak cari coklat mesir. Tq ustaz sbb blanje coklat.

Kedai runcit ni mcm kat Istanbul.

Kami tiba di Qaitbay Citadle jam 9.20 pagi. Tiket harga 100genih, bayar guna kad. Kubu ni 3 tingkat. Luas juga kawasan kubu ni. Kami luangkan masa selama 1 jam di sini.





Kemudian kami naik sampan plk, kat tepi kubu ni. Tak ingat bayar berapa, tapi murah je rasenya. Sampan die guna tenaga manusia, dayung pakai tangan. Bukan kami dayung sendiri, tuan dia la yang dayung.




Lepas tu baru nak g  brunch. Kami makan di Restoran Malaysia cwgn Alexandria. Ada students Malaysia juga kat situ. Sy ingat students Malaysia yg mai study kat Mesir ni semua pakai tutup litup, pakai jubah. Kat Alex ni tak pun, maybe sebab diorg bukan study agama kot.   


Lepas makan, kami ke Library of Alexandria. Tiket masuk 70genih sj. Mulanya sy fikir library je pun..  Ustaz kata kena tengok.


Best and besar giler library ni. Ada 11 tingkat semuanya. Pintu masuk library ni yang berada di ground floor, sebenarnya adalah di tingkat 5 library ni. There are 2.5 millions materials including books and 88 different languages of materials. Dalam library ada meja yang boleh menempatkan 2000 readers at a certain time. Bumbung library ni in shaped of eyes and eyelashes. 

Masa kami datang ni ada dipamerkan kiswah kaabah tahun 1928. Maybe dah lama simpan di sini kot.


Kemudian, kami ke Montaza Palace plk. Entrance fee 25genih ja. Panas lit-lit la nak habaq. Dah la besar, org ajak jalan kaki plk.. Kawasan istana ni ada huge garden. Alhamdulillah ada buggy yg boleh sewa. Tak ingat dah cas berapa..tapi believe me, murah je. Kami pusing-pusing naik buggy, ada pantai boleh piknik kat dalam ni. Istana ni boleh lihat dari luar shj. 

Montaza Palace

Menara merpati Raja Farouk

Kami ke town semula, ustaz singgah beli seafood n nasi. Die teringin sgt kot nak makan since semalam tu. 

Kemudian, kami ke Masjid Nabi Daniel. Oleh kerana sesat barat, sempat sy singgah beli purse kulit kat lorong² tu. Seller can't speak English. Boleh la paham sikit2 die cakap arab tu. Kalau tak silap harga purse tu 200genih. Murah giler..dalam RM23 je, yang  penting made in Egypt. Reward diri sdiri. Purse sebelum ni beli kat Istanbul. Lima tahun pakai, dah tak ok. Ngam pulak smpai Eqypt, boleh la sauk satu.  


Sampai kat Masjid Nabi Daniel, kat sini kan, kami simpan selipar kat rak dalam kawasan solat muslimah. Masa kami sampai ada sorang perempuan kat tandas, tgh wuduk rasanya. Kami masuk tandas. Masa kami wuduk, mai la sorang perempuan, dia bercakap tak berenti kat kami yang tengah ambik wuduk ni. siap keluarkan something like IC, tunjuk kat kami.. Taktau la IC anak lelaki dia ke siapa, kami xfaham dia cakap ape, maybe dia nak bgtau anak dia sakit kot. Nak duit ke apa tak tau la. Bila kami tak layan, die pun masuk tandas. Pastu kami solat. Ada la beberape jemaah lain. Kak Aina habis solat dulu. Perempuan yg tadi tu sambung bercakap lagi. Cakap-cakap lagi. 

Bila sy dah selesai solat, nak siap pakai tudung, kak Aina bagitahu kasut dia hilang. So die pun keluar dulu, dr ruang solat tu. Sy biase akan take time sikit. Bukan selalu nak smpai masjid tu kan. Lid pulak duk masuk situ suruh sy cepat. 

Ada sorang makcik tua. Die tengok kt, senyum je. Td die ada lah marah kat perempuan yang cakap tak berenti tu kan, duk kacau orang. Masa nak keluar sy peluk la dia, nape ntah..jarang nak buat cmtu kat orang yg kenal, ape lagi yg tak kenal. 

Kemudian , kami g melawat makam nabi Daniel, di underground masjid tu. Sebelah makam nabi Daniel ni, ada makam Luqman Al-Hakim.

 
Makam Nabi Daniel

Makam Luqman Al-Hakim


Lepas tu kan keluar dr masjid, kami lepak dekat kedai jus buah depan masjid.. bersebelahan pintu masjid ni ade kedai buku² terpakai, macam kat Penang Chowrasta. 



Kami makan seafood yg ustaz beli tadi tu.. Ada udang, sotong n ikan juga..semuanye digoreng je..n ada nasi and roti juga..tp sy boleh ratah seafood nye aje..yg lain dah tak lalu. Ni kan, kat Penang pun boleh buat sendiri kat rumah. 

Lepas makan, kami gerak pulang ke Cairo. Selamat tinggal Alex. InsyaAllah, one find day nak datang sini lagi.


Sampai di Cairo, ustaz bawa kami singgah solat di Masjid Arrahman Arrahim. Masjid pun dah nak tutup dah..punya la kalut nak solat tak senang, kena solat cepat² sebab kat bhgn muslimah tu ada sorg penjaga kat pintu. Masa tu kalau tak silap, baru nk masuk jam 9 malam. Die nk tutup ruang solat muslimah tu, sbb dia nak balik dah. Hmmmm..pengalaman la kan, bila melawat tempat orang. Nak solat pun tak senang dibuatnya.

Kemudian, ustaz bawa kami ke kedai barangan kulit kat town. Kedai dia cm tersorok. Kat sini, kasut kulit memang murah. Beli sandal kulit untuk Lid, harga dlm 40 lbh je duit Malaysia. Tapi harga purse kulit mahal sikit drpd yg sy beli di Alex. Sy tempah empat pasang khuf sebab takde yg ready stok. Khuf tu nak bawa ke Turkiye nanti. Huhu..sy tak sure nak kata mahal ke murah, sebab masa di Alex, tak teringat nak cari khuf. Di kedai ni, harga khuf tu dalam rm40.  Nanti ustaz akan poskan bila dah siap..


Sebelum balik ke hotel, ustaz bawa kami singgah kedai buah, sebab kak Aina nak bawa balik buah²han Cairo..Kedai buah kat sini buka 24jam. Orang Mesir suka makan buah agaknya. Jus buah pun jual murah² je. Sy pun beli la juga apple n buah tin. Sy tak pernah rasa buah tin. Rupa buah tin pun saya tak kenal. Bila tanya kat ustaz, ustaz kata dia pun tak pasti..ustaz pun tak makan buah. Comel la ustaz ni. Bakal doktor tapi kalau doktor pun tak makan buah, macam mana nak advise patient makan buah, ada serat dalam buah²han, good for health..hahaha.

Harga buah tu pada sy biase² je..tak murah sgt. 

End of Day 4.









No comments:

Post a Comment