Privacy Policy

Saturday 16 February 2019

Ziarah Taif

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Selasa, 12 Februari 2019
Hari ni ikut perancangan kami ziarah ke Muzium Haramain, ladang Unta dan Miqat Hudaibiyah. Tapi kami tak larat nak join, so kami hanya beriktikaf di Masjidil haram sepanjang hari.

Kami ke masjid seawal 4a.m. Baby Abdullah pun tidur lg. Kami cari port kat bawah sekali, yang dekat ngan tempat wuduk. Mase kami buat umrah tahun 2016, tiada satu pun tempat wuduk dalam Masjidil Haram. Biasenye jemaah Malaysia mahupun Indonesia akan bawak botol spray untuk wuduk. Kalau xpun, ambik wuduk guna air zamzam kat area tong air zamzam. Janitor Masjidil Haram cuma mampu mop lantai  yang basah je la. Nak bergaduh ngan jemaah pun buang masa je.


Alhamdulillah, sekarang dah ade tempat wuduk kat level bawah sekali (aras Kaabah). Cuma di bawah shj tau. Ada la juga daripada dulu takde langsung. Aras lain belum ada, hopefully suatu masa nanti bila dah siap expansion Masjidil Haram, akan ade tempat wuduk setiap level. Tapi kite  still bawak botol spray in case kita tak bole nak turun untuk solat kat bawah, bila laluan ke bawah ditutup time2 genting terutama kurang sejam nak masuk waktu solat. Penting tau bawak botol spray ni. Boleh tengok video dlm YouTube cara2 berwuduk menggunakan spray. Tapikan, toilet memang tiada dalam Masjidil Haram. Kalau dah tak tahan sangat, memang kena keluar la jawabnya. Kat luar ada banyak toilet, tapi jauh la nak jalan. Sebaik2nye sebelum masuk masjid, qada' la segala hajat dulu..

Azan pertama waktu Subuh mengejutkan baby  Abdullah. Menangis xmau berenti. Budak2 dalam Masjidil Haram memang murah rezeki. Jemaah lain bagi biskut la, roti la, gula2, air kotak n macam2 lg nak bg diamkan Abdullah. Die diam ngan roti empat segi. Haaaiihh.. Bila dah tak nangis, die start bjalan2. Port die ialah kat tong air zamzam, main cup. Bila start solat subuh, die jalan2 n main cup kat tong zamzam..Solat pun tak khusyuk. Abis salam je, jemaah sebelah bagi hint suruh p tgk anak cepat. Hahahaha. Makcik yg duk solat sebelah tong kate, die solat ngan nenek ye..😄

Mata yang memandang pun tak kurang jugak. Tapi lid kate biase la bila budak menangis. Ramai yang bawa budak. Kalau time solat tu, budak2 menangis sahut-sahutan k. Kat sini, solat ngan anak duk sebelah, jemaah tak kate pe pun. Kalau masjid kat Malaysia, budak2 nak solat sof depan pun xboleh. Pelik!

Zohor dan Asar, lid jaga baby Abdullah. Lepas zohor, kami ke food court Safwa Tower untuk lunch. Kali ni kami cuba biryani kambing. SR15. Harga yg depa display SR20/25/30. Sedap. Alhamdulillah.

Berdoa di Hijr Ismail
Usai solat Asar, kami nak tawaf sunat. Waktu ni kurang padat di dataran Kaabah, matahari pun redup. Kalau tawaf lepas Zohor, terik. Baru 2 pusingan tawaf, Lid yang mengendong baby Abdullah, heret kite ke Hijr Ismail. Dalam hati kite, betul ke Lid nak masuk Hijr Ismail ni? Kite paut lengan Lid. (Of course, berlapik ye. Tawaf perlu sah wuduk). Bertolak dengan jemaah , dalam perkataan yang lebih sesuai, ditolak masuk ke dalam Hijr Ismail, dapatlah kami masuk berdoa dalam Hijr Ismail. Nak solat memang x dapatlah. Karang penyek kena himpit. Nak masuk senang, nak keluar punye la susah. Tersepit tangan baby Abdullah celah2 orang. Dapat keluar je, terus kami x jadi dah nak sambung tawaf sunat. Baby Abdullah menangis..Kalau korang tengok kat tv Al-hijrah suasana dataran Kaabah ketika umat Islam bertawaf tu nampak padatkan? Tapi bila kami sedang tawaf, doalah
رب يسرولاتعسر banyak2, Insha'Allah mudah je nak sempurnakan tawaf.

Janitor Masjidil Haram.
Semasa solat Maghrib, seorang janitor Indonesia solat sebelah kite, masbukh. Usai solat, asbab nak tolong buangkan cup zamzam yg kite guna, die pun sembang ngan kite. Kite interview die hehe. Umur 20tahun, baru 4 bulan kerja di sini, gaji SR800. Baru or senior gaji sama je. Kontrak kerja 2tahun. Selama 2 tahun tak boleh balik kampung. Ade senior yang dah kerja 6-8 tahun. Katanye, tiada pekerja janitor warga Malaysia. Die datang menerusi agen. Bekerja sendiri, tidak seperti pengurus rumah tangga (maid) yang terikat dengan majikan. Jika majikan membutuhkan sesuatu, perlu segera buat, tak kira waktu. Di sini, kerjanya shift. 3 shift, ini sekarang shift petang, nanti jam 10:30p.m pulang. Shift tukar sebulan sekali.

Die dulu belajar di pesantren. Udah biase berjauhan daripada ibu ayah. Saat mengutarakan kepada parent untuk bekerja di sini, parent nggak bagi. Banyak kali mujuk, lalu parent benarkan. Di pesantren juga jauh dari ibu ayah. Katanya, ya di sini, lagi kita org yang tidak punya biaya untuk buat haji, bisa langsung buat haji bila khidmat di sini. (Bagus sekali kan gaya pemikiran anak pesantren ini. Kite dulu umur 20 banyak lagha je 😓)

Tidak ramai mau kerja seperti ini, gajinye sedikit. Kalau kerja pengurus rumah tangga bisa gaji 1800(SR or RM?🤔) Lagi semuanye dapat, makan dan tempat tinggal. Di sini, tempat tinggal disediakan, 15minit berjalan kaki ke Masjidil Haram. Tapi makan sendiri. Memang xcukup kan SR800.. (Ustaz Hassan Latif, yg bagi kursus umrah haji yang kami duk join, kate, kalau nak sedekah di Masjidil Haram or Masjid Nabawi, sedekah la kat tukang2 sapu or janitor kat sini. Depa layak menerima sedekah. Kesian depa ni, gaji sikit. Lagipun kite rase kalau kite g umrah shj pun mesti tak cukup SR800 tu kan buat belanje. Mesti bawa lebih kan..)

Kite tanye die, ape beza uniform biru muda n maroon? (Die pakai biru muda.) Katanye, yang maroon tu senang, kerjanya satu tempat je. Yang biru ke sana ke mari, kena buat semua, lagi diarah2, dimarahi.

Dah udah ya, saya lagi sambung kerja.

Ya Allah, kite rase beruntung nye die, solat setiap waktu digandai 100000 kali. Tinggal di bumi penuh barokah. Kite lagi mikir pula, bagai mana Ya Allah bisa kite juga dapat tinggal di sini lama2..

Baby Abdullah nak main belalang usai solat Isyak.

Rabu, 13 Februari 2019 
Rancangan hari ini, kami akan Ziarah Taif. Untuk ke Taif, jemaah perlu mendapatkan permit daripada muassasah. Ziarah taif perlu ade tasreh/permit ye. Tapi ramai pergi illegal. tak kena tahan, dan tak berlaku kemalangan, Alhamdulillah. tapi ade yg kena tahan masuk lokap dua malam ye..

Taif terletak lebih 2 marhalah dari Mekah. Jadi jemaah yang nak ke Taif, wajib tawaf widak/wadak/selamat tinggal.  Tapi ada pendapat yang paling ringan kate xperlu tawaf widak.  Korang kalau nak lebih kepastian, please refer ngan ustaz2 yang lebih arif. Kite bila nak tinggalkan Kota Mekah lebih dari 2 marhalah jaraknye, wajib buat tawaf widak. Kami sampai lewat subuh hari ni kul 4:40a.m. Laluan ke depan kaabah dah tutup. Tak dapat  nak start tawaf widak, kena tunggu selepas solat subuh baru mula buat tawaf widak. Habis tawaf widak jam 7.15a.m, cepat2 kami balik hotel n breakfast. Berkumpul di KFC MM Tower jam 7:30a.m. Makan sarapan macam orang kebulur, sebab nak cepat.😂

8.15 a.m kami naik bas kat laluan bawah dataran masjid untuk ke Taif. Bas melalui kawasan Ja'ranah, lalu bawah bukit. Mutawif bagitau ada jalan satu lagi, lalu atas bukit.

Singgahan pertama ialah masjid Abdullah ibn Abbas. Seorang ulamak tafsir, sepupu Nabi Muhammad S.A.W. Kami sampai dalam kul 9:50. Kami tahiyatul masjid dan dhuha di sini. Mase kami sampai sini, suhu Taif lebih kurang dekat Madinah. Tak sejuk sgt. Ustaz Alif bagitau hari tu, masa die bawa jemaah dalam 3,4 hari lepas, jam 11 a.m masih berkabus di Taif.

Selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Addas. Tapi mutawif kami sembang atas bas je, pasal bas tak boleh berhenti untuk singgah di situ. Polis duk tunggu tepi jalan. Addas ni seorang hamba yang memberi perlindungan sementara kepada baginda Rasullullah ketika dibaling batu oleh penduduk Taif. Korang Google sendiri ye kisah Addas ni. Addas antara manusia terawal yang beriman dengan Nabi di Taif.

Kami meneruskan perjalanan ke Museum Al-shariff. Masuk percuma. Kecil saje museumnye. nak masuk museum ni pun kena ade permit. Sekejap shj kami di sini. Tengok barang2 antik, cara hidup masyarakat Arab dulu2, gambar Mekah lama.

 
Lepas tu, kami dibawa ke satu restoren untuk makan. Ramai jemaah yg ziarah Taif makan kat sini. Ustaz mutawif kami dah order siap2 sebelum kami sampai. Pakej ziarah kami ni termasuk lunch. First time kami try kunafa. SR5 je. Sedap juge. Kat Malaysia ade orang jual kunafa mahaii namate.. Kami makan nasi ayam yang xde sup pun. Tapi ade sambal belacan. Makan setalam 4org. Nampak banyak, ingatkan x habis. Tapi habis. Mungkin semua lapar kot, sbb pagi tadi tak sempat breakfast dengan tenang. Lada hijau tu pedas tau. Tak macam lada hijau kat Msia.

Kemudian kami di bawa ke kilang minyak wangi. Kilang ni produce minyak wangi guna bunga ros. Kite ade beli minyak wangi kat sini tapi tak pasti yg kilang ni produce ke bukan..kalau korang nak beli minyak wangi, kat sini memang recommended sebab murah giler compared to tempat lain. Kena tawar menawar k. Tapi lid kate ade pakej ziarah Taif yang xcover kilang minyak wangi ni.

Seterusnye kami ke kedai buah, kat tepi jalan je. Delima sekotak SR20 je. Buah2 lain xpasti. Limau memang manis. First time tengok buah cactus. Baru tau cactus ade buah.

Kemudian kami solat jamak qasar Zohor Dan Asar di Musolla Teleferik Taif. Kami xnaik cable car. Mahai. Dewasa SR84. Group of 20 people dapat SR50 seorang. 
Lepas tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Mekah dan singgah di Miqat Qarnul Manazil yang terletak 75km dari Mekah. Kalau korang umrah masuk ke Mekah dulu, korang akan niat di Miqat Qarnul Manazil ni atas flight. Dalam masa lebih kurang sejam sebelum landing Jeddah, flight attendant akan buat announcement, so jemaah yang dah siap berihram, kena niat ihram. Kalau jemaah yg masuk Madinah dulu, xperlu niat atas flight. Lid n beberape jemaah kami turun bas untuk salin kain ihram n solat sunat ihram. Kite niat ihram atas bas je. Tapi ade je jemaah yang xniat ihram umrah. Yang ni kite xpasti la.


Kami sampai ke Mekah waktu Maghrib. Kami menyempurnakan tawaf, saie umrah dan bergunting selepas Isyak. Kami tawaf di dataran Kaabah dan saie di level bawah sekali. Lepas tawaf, solat sunat tawaf belakang maqam Ibrahim  sementara Lid pegang baby Abdullah, pastu lid  pulak solat sunat tawaf. Baby Abdullah tidur dalam pelukan. Menatap Kaabah, yang bakal dirindui nanti. Tenangnye rase tengah2 malam ni. Kami selesai saie jam 1 pagi.





No comments:

Post a Comment