Privacy Policy

Thursday 14 February 2019

Ziarah Mekah - Jabal Thur - Arafah - Muzdalifah - Mina - Ja' ranah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.

Isnin, 11 Februari 2019
Kami menaiki bas yang sedia menunggu di belakang Mekah Millennium tower. 8.15a.m. bas mula bergerak untuk Ziarah Mekah yang pertama. 
Mutawif kami hari ni, ustaz Alif pelajar Jamiah Umul Qura', orang Pattani. Seronok dengar beliau bagi tazkirah. Antara points yang sempat di jot down, Allah mengasihi bumi Mekah. Dalam dunia ni, bumi Mekah yg paling dikasihi Allah. Kenapa? Sebabnye:


  1. Tanah haram
  2. Qiblat umat Islam
  3. Kaabah
  4. Air zamzam
  5. Ganjaran solat di Masjidil haram 100,000 kali ganda berbanding masjid lain, 1000 kali ganda di Masjid Nabawi n 500 kali ganda di Masjidil Aqsa.
  6. Tidak dimasuki dajjal
Selepas 15 minit perjalanan, sebelah kanan kami ialah Jabal Thur. Tempat Saidina Abu Bakar dan Rasullullah bersembunyi 3 hari 3 malam daripada kaum musyrikin. Kisah ketaatan sahabat Nabi yang paling cintakan Nabi, sanggup menahan kesakitan disengat binatang berbisa demi melindungi Nabi.

Arafah, wukuf di kaki Jabal Rahmah.
Jam 9 pagi kami tiba di Arafah. Mekah  dan Arafah ni dekat je sebenarnya. Tapi kalau musim Haji tu berjuta jemaah, jadi jalan akan sesak dengan bas2 dan kenderaan lain. Di Jabal Rahmah ni, orang minta doa tentang jodoh biasenye. Tapi doanye mengadap qiblat ye, jangan mengadap batu putih kat atas tu. Kami x panjat Jabal Rahmah kali ni, sbb masa kami umrah 2016, kami dah panjat dah. Kalau mase musim haji, ustaz kate, toksah la panjat, pasal ramai orang. Kalau nak panjat gak, panjat mase datang umrah.
Jabal Rahmah di Arafah
Cara Nabi mengerjakan haji.
Nabi mengerjakan Haji sekali sahaja seumur hidup baginda, iaitu pada tahun ke 10 hijrah. Nabi wafat pada Bulan Rabiulawal tahun ke 11 hijrah. Ulamak sepakat bahawa bulan kewafatan Nabi ialah bulan Rabiulawal tetapi ulamak khilaf tentang bulan kelahiran Nabi, ade yang kate Nabi lahir bulan Rejab.

Nabi bergerak ke Arafah, menuju ke suatu tempat namanye An Namirah, masjid yg dibina separuh atas tanah Mekah, separuh atas tanah Arafah. Jadi, bagi jemaah haji yang nak niat wukuf di Arafah, pastikan kite betul2 dah masuk tanah Arafah.

Setelah masuk waktu maghrib, Nabi bergerak keluar dari bumi Arafah bersama unta kesayangan Nabi, Qiswa', dengan tenang. Nabi menuju ke Muzdalifah ke satu tempat yg disebut dlm Al-quran, Masy'aril Haram, untuk mengutip anak batu. Nabi sampai di Masy'aril Haram, Nabi berdoa sampai ke waktu subuh, baru Nabi keluar ke Mina. Menurut Ustaz Hj Hassan Latif, sewaktu saye mendengar ceramah beliau dalam Kursus Asas Haji dan Umrah pada 2014, Masjid Masy'aril Haram adalah tapak tempat Nabi Ibrahim alaihissalam bermimpi tentang perintah Allah untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail. Sunat hukumnya melawat masjid ini.

Antara bumi Muzdalifah dan Mina, ade Wadi Muhassir. Sunat jalan laju2 bila melalui Wadi Muhassir.

Nabi sampai Mina dan solat di Masjidil Khair.
Semasa musim haji, Mina adalah tempat mabit (transit), tempat melontar Jamroh dan tempat menyembelih korban dan dam.

Dari Arafah, kami terus bergerak ke Muzdalifah 9.50a.m. Bas tak berhenti, just ustaz explain tempat2 penting pada musim haji.
Anak panah menunjukkan kubah kecil yang dikatakan tempat Nabi Ibrahim nak sembelih anak nye Nabi Ismail di atas bukit di Mina.

Tempat melontar Jamrah n khemah2 jemaah haji di Mina
Seterusnye kami bergerak ke masjid Ja'ranah. Dikatakan Nabi telah pergi ke Taif, dan on the way back to Mekah, Nabi singgah bermiqat di Ja'ranah. Jemaah yang nak salin pakaian ihram atau nak ke tandas, diminta supaya sentiasa mengawasi barang2 berharga anda di sini ye. Kami melafazkan niat umrah di miqat Ja'ranah dan kembali semula ke Masjidil haram sebelum masuk waktu Zohor.
Masjid Ja'ranah.
Selepas zohor, kami buat tawaf umrah, n selepas Asar, kami saie dan bergunting.

Wakaf Al-quran di Masjidil haram.
Kepada yg nak wakafkan Al-quran dalam Masjidil haram, please refer ngan mutawif. Pihak Masjidil haram cuma terima Al-quran yg dikeluarkan oleh Kilang Al-quran Malik Fahd. Mujammak Malik Fahd. Korang bole je beli Al-quran yg di jual kat kedai2 tepi tepi tu, ade SR15-SR20, tapi pihak Masjidil haram akan sort dan keluarkan, if bukan Mujammak Malik Fahd.

Hajarul Aswad.
'Aswad' maksudnye hitam. Hajarul Aswad = Batu yang berwarna hitam. Asalnya hajarul aswad itu berwarna putih bersinar, lebih putih daripada susu. Batu yang berasal dari Syurga, tetapi oleh kerana dosa manusia, die menjadi hitam. Sunat hukumnya mengucup hajarul aswad, tetapi haram menyakiti org lain untuk mengucup hajarul aswad. Sesiapa yg cium hajarul aswad, pada hari akhirat kelak, hajarul aswad akan jadi saksi mereka. Menurut Ustaz Hj Hassan Latif, sewaktu saye mendengar ceramah beliau dalam Kursus Asas Haji dan Umrah pada 2014, cara kucup hajarul aswad ialah kucup dan letakkan pipi kanan dan kiri menyentuh hajarul Aswad.

No comments:

Post a Comment