Privacy Policy

Friday 9 February 2024

Cairo trip Day 5 - Ke Kota Fayyoum

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 31 Ogos 2023

Hari ni ustaz terlambat sikit datang. Lepas ambil kami, ustaz ambil kawan die, Ustaz Arif untuk join kami ke Kota Fayyoum hari ni. Pagi ni sebenarnya rase nak pergi breakfast kat kedai Thai, tapi sebab ustaz Arif kata breakfast kat GH corner lagi sedap, emmmm..pergi la ke sana. Taktau la kat mana silapnye, kedai bukan ramai customer pun, tapi my breakfast je yang sampai, yg lain order tak dapat. Depan GH corner ni ada Malay stall jual nasi lemak, so yg tak dapat their ordered food tu, terpaksa ambik dr stall tu selepas menunggu lama sgt. 

Nasi lemak ayam GH corner

Untuk ke Kota Fayyoum ni mengambil masa 1jam setgh perjalanan dari Cairo. Bila sampai sj di pintu masuk ke Bandar Fayyoum ni, ada pemeriksaan kenderaan. Ustaz Arif kata, untuk kenderaan persendirian, tak perlukan permit untuk masuk, kalau van atau bas baru perlukan permit, still sembang2 dengan polis kejap, not sure utk ape.. Next, the rest of our journey in Fayyoum was escorted by the police. Depa jadi penunjuk jalan. Orang Mesir ni memang bawa kereta laju2 belaka. 

Tempat pertama yang dituju ialah kincir air Nabi Yusuf. Kincir air Nabi Yusuf ni mengairi kawasan tanaman dari Sg Nil ke Tasik Fayyoum. Asal drpd perkataan Alfu Youm - Seribu hari. Adalah kisah tentang Nabi Yusuf dicabar oleh Firaun pada waktu tu untuk bina kincir air. 


Kemudian ke tengah² bandar Fayyoum, untuk lihat yg lagi besar. tapi tak de lah besar sgt pun. Saya rasa, besar yang dimaksudkan tu beberapa lapis kot..


Kemudian kami ke Tasik Qarun. Tasik Qarun ni panjang. Baunya hanyir. Ada hidupan dalam tasik. 



Hujung tasik tu ada Istana Qarun. Nak masuk, ada entry ticket. Tp murah je. Ada seorang pakcik Mesir duk explain kat kami tentang istana ni. Istana Qarun ni macam bongkah batu sj. ada 3 tgkt klu xsilap. tgh2 padang pasir. panas tapi berangin. 




Selepas itu, kami bergerak meninggalkan Istana Qarun menuju ke Wadi El-rayyan pula. Dalam perjalanan, kami singgah lunch. Sebelum tu sempat berhenti beli air tebu kat tepi jalan. Air tebu yg kami minum ni lain sikit drp yg minum di Cairo sebab die perah limau nipis..Ya Allah..nikmat. Bole la try kat Malaysia nanti. Bulan puasa kan, beli air tebu kat bazar, perah limau nipis, cuba rasa sedap tak. 

Kami singgah lunch di Arkan Tunis restoren. Restoran ni kecil saja. Masa kami sampai pun takda pelanggan lain. Sy order ikan je sebab sy lalu nak makan ikan sj..nasi semua sy dah tak lalu dah masa ni. Sementara tunggu makanan dihidangkan, kami solat qasar jamak Zohor & Asar. Lambat juga la depa nak siapkan tu. Ikan sy order tu kan, ikan talapia. Agak² ikan tu mai dari tasik Qarun ke? Erkkk..


Kemudian kami ke Wadi El-rayyan pula. Di tengah2 padang pasir. Polis yg escort kami tu tinggalkan kami di sini sebab ni tempat last lawatan kami. Depa pun nak balik dah.. Dah habis kerja. Sebenarnya ada Wadi yg lain juga kat sini.


Tempat ni kan memang feeling la..sebab tak ramai orang sangat. Saya tak naik jip, sebab sy rase tak berbaloi, jip tu kena byr dalam rm35 satu kepala. Lid, Ustaz Arif, K Aina and her husband naik jip nak ronda² padang pasir. Kalau semua org nak naik, kena ambil 2 jip. Never mind. So sy jalan² je kat Wadi El-rayyan tu, ade org jual souvenir.  


Tarikan sebenar Wadi El-rayyan ni ialah air terjun buatan kat tengah² padang pasir ni, yang merupakan satu-satunya air terjun di Mesir ni. Ada ramai juga orang Mesir datang berkelah kat sini. 

Hari ni tempat berjalannya tak banyak, tapi dari satu ke tempat ke satu tempat tu macam jauh. Kami gerak dari Wadi El-rayyan tu dalam pukul 7 malam. Perjalanan pulang lancar, cuma hiwaynya gelap, lampu jalan sangat terhad. 

Sampai Cairo jam 8 lebih, berhenti solat di masjid lain pulak. Bukan masjid semalam yg nak tutup sangat tu. 


Kemudian, kami ke El-Khalili Souk one last time, sebab nak beli barang2 menghabiskan genih yang ade. Hahahaha. Tq Ustaz Arif sebab bawa kami ke kedai yang best untuk shopping.


Kemudian, pulang ke homestay, ambil beg, terus ke airport. On the way to the airport tu, jalan jem sikit plk. Memang mengundang resah je la. Kalut tau. Ramainya orang nak check baggage. Alhamdulillah, all went smooth. Flight kami jam 1 a.m., belum take off lagi sy dah pejam mata.. serius penat. Selamat tinggal Cairo..Till next time. Kt nk diy pulak.


Jumaat 1 September 2023

Transit Dubai sekejap saja. Baru saya bersihkan badan, tukar baju. Bagi fresh sikit. Sampai KL jam 10mlm lebih kurang. 

Kesimpulan untuk trip ni, kos paling mahal was the flight tickets. Kalau booking lebih awal, InsyaAllah boleh dapat harga tiket yg lebih berbaloi. Belanja makan bagi saya murah. Makanan sana tak rasa sgt.. tapi paling suke makan kat food marina Alexanderia. Belanja shopping pun murah, boleh repeat lagi ke Mesir untuk ke negeri lain pula, InsyaAllah.  Entry tickets ada tempat yg mahal, ada yang murah. 

Nak selitkan sikit, pertanyaan sy pada ustaz Arif tentang jalan² di Mesir ni. Ini jawapan ustaz Arif. Ada 3 jenis jalan di Mesir ni, jalan padang pasir (desert road, الطريق الصحراوي),  jalan pertanian(agriculture road, الطريق الزراعي)  & jalan pelancongan(touristic road, الطريق السياحي). Desert road ni highway yang merentasi padang pasir, contoh highway ke Alexandria, Sinai Dahab, Luxor Aswan. Agriculture road lalu ikut kawasan pertanian, jalan tak berapa cantik, macam jalan kampung. Nk ke Alex ade jgk jalan ni. Touristic road pula di tempat² pelancongan utama macam highway tourist t epi piramid Giza. Selain drpd tu ialah jalan bandar dan jalan persekutuan. 

Terima kasih baca blog saya.

No comments:

Post a Comment