Privacy Policy

Tuesday 25 June 2019

Singapore Day 3-Sentosa Island Resort & Chinatown Singapore

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu, 8 June 2019
Kami bersiap2 nak ke Sentosa Island. Cara  nak pergi pun tanye kat Victor je. Victor sgt friendly. Pagi ni kami bayar duit sewa hostel kat Victor sebab esok die cuti. Dari mrt Lavender kami ke Outram park, tukar tren ke Harbourfront. Di Harbourfront terletak Vivo City, shopping mall sebelum masuk ke Pulau Sentosa.




Dari Vivo City, ade 3 mode utk ke Pulau Sentosa. Paling jimat, tp meletihkan Sentosa Broadwalk. Jalan kaki, which is xsesuai utk kami. Next, by bus. Ade bas tambang 1SD sekali naik shj. Xpasti stops kat mane. The very convenient way is Sentosa Express monorail. Tambang 4SD bole naik banyak kali. Age limit 8 ke atas. 7 ke bawah xperlu bayar tambang. Ade 3 stops dlm Pulau Sentosa. Naik monorel la senang. 4SD je. Tiket tu cek mase mula2 nak naik tren kat Vivo City je..Lepas tu, kat station lain, xyah scan tiket ke hape..diorg xminta pun tunjuk tiket tu.

The first stop n paling ramai orang kat Resort World yg ade Universal studios, ade S.E.A aquarium, Adventure Cove waterpark and casino ..hujan renyai2. Kami cm xsure nak masuk yg mana satu. Lid kate ade sorg akak tu bgtau, die datang kul 10lbh, beli fun pass + universal studio 120SD, duk dlm Universal Studio je dah 4 jam. Kami tak pasti fun pass tu untuk ape, tapi kalau Universal Studio shj 79SD/adult. Kami nak beratur beli tiket nak masuk S.E.A aquarium ramai sangat orang plk. Tak sanggup ler nak queue pepanjang tu. Kite memang tak rase cm nak berhabis duit kat sini. Sebab tu x book tiket online. If korang memang plan nk masuk tgk semua attractions kat sini, better book online sebab bole dapat diskaun sikit and skip the queue. Kami pusing2 je kat situ, kemudian kami naik tren ke Imbiah Station.

Di Imbiah station, ade merlion statue yg lagi besar daripada yg di Merlion Park. Kami posing2 ambik gambar. Kat sini pun ade kaunter tiket tau, kalau korg nak beli tiket untuk masuk ke Universal Studio, S.E.A aquarium etc. Tak ramai orang pun. Kat Resolt World queue endlessly. Pastu kami naik tangga ke atas, sbb escalator not working, tgh repair. Sampai kat atas jumpe Madame Tussauds (museum lilin), nak masuk kena bayar, emmm tak minat.. next jalan2 kat atas, ade Imbiah lookout, butterfly farm and cabel car.. Ade Subway n restoren kat atas ni. tapi nape ramai sangat Indian kat atas ni ye..😕😕

Kami turun semula, tp tak pergi belakang merlion statue tu. Belakang merlion tu ade taman. Nmpk dari atas tren. Kami terus naik tren ke Beach station. Sampai di sini, kami naik tram percuma yg di sediakan. Ade 2 pantai. Palawan beach and Siloso beach. Kami naik tram(small bus) untuk ke Palawan Beach dulu. On the way tu Palawan Beach ade Kidzania, kami lihat atas bas je. Dari luar nampak lengang je, maybe tak ramai yg masuk. Of course with a fee, kalau free mesti penuh kan. Kami turun di Palawan Beach, ade orang mandi manda, ade jambatan gantung. Anak2 xsabar dah nak melompat dalam air, tapi sebab tak bawa baju spare, jadi basah2 kan kaki je la nak.. Kami spend mase sekejap kat sini sebab anak2 seronok sgt jumpe pantai. InsyaAllah, next time kami akan datang lagi. Orang Penang nak mandi air laut Spore..hahaha.

Pastu kami naik tram semula di tempat kami turun tadi, kalau nak naik at opposite bus stop, ramai tengah tunggu tramnye. Tram bergerak sampai hujung, hujung tu ialah pantai Tanjung, ohh sini ade org bawa kereta, tu nampak tu ade kereta plat J. Sini bole parking, mandi laut n segala aktiviti pantai, cuma kereta xbole masuk laluan tram. Kalau wiken tu nak masuk Singapore by car, free je. Ade mase2 tertentu.

Tram pusing balik ke Beach station, tempat mula2 kami naik tadi, tapi kami stay in the tram, nak menuju ke Siloso Beach pula. Actually jaraknye dekat je k, bole jalan kaki je. Kami xturun di Siloso Beach, sebab anak2 ade yg dah tertidur atas tram. Tengok dari atas tram je. Dekat Siloso beach ade bungy jumping, iFLY Spore, Skyline Luge Sentosa dll.

Kemudian, kami sampai semula ke Beach Station, naik monorel untuk kembali ke Vivo City. Cukup lah untuk kali ni lawatan kami ke Sentosa Island resort. Next time kami datang lagi InsyaAllah. Kena kumpul duit banyak sikit.

Chinatown Singapore
Kat Vivo City kami jalan2 sat pastu terus naik tren dari Harbourfront(NE1) untuk ke Chinatown(NE4). Dekat je. First nak cari masjid untuk solat. Kat Beach Station tadi ade prayer room tapi kami tak singgah. Kami salah exit dari mrt Chinatown but nak cari Masjid ni senang je. Follow je Google map, sat je sampai.

Lepas solat, kite n my girl, Azalea, keluar sat jalan2 sekitar masjid, n discover Chinatown. Lid n the boys stay dlm masjid. Sebelah Chinatown ni kuil Hindu. Kami menyaksikan persembahan tarian singa. Kakak kagum sebab xpernah tengok. Kami xsempat nak explore Chinatown sbb dah nak masuk Maghrib, jadi kami patah balik ke Masjid. Sempat juga Azalea berposing kat sini.

Ade majlis buka puasa di masjid. Puasa 6 pun, depa jamu jemaah buka puasa. Lid bgtau setiap Isnin & Khamis pun depa ade majlis buka puasa. Bagus kan..Rezeki kami hari ni, jimat duit untuk dinner. Kami makan bubur lambuk and nasi beriyani kambing dalam talam. Segan juga, kite bukan puasa hari ni, tapi layanan depa sangat baik. Lepas makan, kami jemaah maghrib. Jemaah perempuan kat sini solat tak tutup kaki / tak pakai stokin. Depa ikut mazhab Hanafi kalau tak silap. Depa bole cakap tamil. Ni kalau jumpe kat Mekah/Madinah ni, mesti kite duk ingat depa Sri Lankan. hahaha

Dah siap2, kami keluar dari masjid, masuk Chinatown. Jalan2 tengok souvenir, beli la fridge magnet n learning chopstick untuk bebudak ni. Kemudian sampai hujung jalan tu ade mrt plk. Tu la kite kate awal td kami exit pintu yang salah. kalau x, boleh terus sampai Chinatown ni. Dari mrt Chinatown(NE4), kami naik tren ke Outram Park(NE3), n tukar tren (kena menapak siket) untuk ke Lavender.

Sampai Lavender, kami singgah beli mineral water kat Fair Price mart, pusing-pusing dalam tu terjumpe kat rak "Pork Ball". Atas pork ball ade plak Chicken  sausage Hmmmm..

Sampai hostel dalm kul 9 lebih, kami buat jamuan megi plk. Hahaha..Aritu saje bawa megi kot2 lapo tengah malam..Dah biase kalau travel, megi tak tinggal. Ni dah kenyang kena briyani td, tp sebab dah bawakan.. Makan je la..Rendam air panas je pun. 

No comments:

Post a Comment