اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis, 6 June 2019
Jam 5 pagi kami bertolak dari Jalan Balam untuk ke KLIA2. Sampai KLIA2 dekat kul 6 dah. Segera kami menuju ke ruang pelepasan antarabangsa, print bag tag, n check in baggage. Boarding pass dah print siap2, cuma infant perlu kan pengesahan dokumen.
Selepas tu kami terus jalan menuju ke gate Q19. Sebelum sampai ke gate, kami singgah solat subuh di surau jam 6.30a.m. Selepas tu berlari berkejaran kami ke gate Q19 sbb jam dah 6.50, patutnya dah boarding. Alhamdulillah, sempat sampai. Jam 7.40 pg flight to Singapore, on time n Alhamdulillah, perjalanan smooth, dengan cuaca hujan..
Selepas tu kami terus jalan menuju ke gate Q19. Sebelum sampai ke gate, kami singgah solat subuh di surau jam 6.30a.m. Selepas tu berlari berkejaran kami ke gate Q19 sbb jam dah 6.50, patutnya dah boarding. Alhamdulillah, sempat sampai. Jam 7.40 pg flight to Singapore, on time n Alhamdulillah, perjalanan smooth, dengan cuaca hujan..
Jam 8.20 kami selamat mendarat di Terminal 4 Changi airport. Pagi kan masih awal, di airport pun tak ramai orang. Kami melepasi kaunter imegresen dengan white card sorang 1 ye.. Mase atas flight tadi kite dah tanye flight attendant tu, perlu isi white card sorg 1 ke cmne..die kate isi satu je.. Jadi lid pun isi 1 je. Sampai kat pengesahan passport, tak pasal-pasal kena marah, staf tu kate kena isi sorg satu. And diorg tolong isikan 4 white card utk anak2 kami. Kami tangan penuh.
Kemudian kami ambik our luggage then kite cari atm machine untuk cucuk Singapore dollars. Sebelah mesin atm tu, ade kaunter jual simcard. Mulanye kite plan nak guna 3 days roaming pakej Digi sebab lid guna Digi. Mase kat KLIA2 sebelum departure, kite dah screen shot cara nak set roaming tu. Tapi, upon arrival, dial *800# tak dapat2 nak setkan roaming. Last2 kite beli simcard StarHub, SD32.
Kemudian kami menaiki shuttle bas dr terminal 4 untuk ke terminal 2 dan mrt. Percuma saje.
Hujan renyai2 menyambut kedatangan kami. Tiba di terminal 2, sekali terjumpe Maybank atm daa...
Singapore Tourist Pass
Kemudian kami menaiki shuttle bas dr terminal 4 untuk ke terminal 2 dan mrt. Percuma saje.
Kami turun ke bawah untuk ke mrt station di Terminal 2. Kite beratur beli Singapore Tourist Pass utk 3 hari. SD30/pass. Kena beli 5 pass. No kids' pass. Semua kire as adult. Baby Abdullah je free. Actually, kids with height 0.9m n above will be charged a card even though he's aged less than 7. Wajib beli pass kalau korg nak naik public transport. Tiket biase from 1 mrt/lrt station to other station pun ade jual kat mesin. Cume ticket bas xjual kat bas stop ye. Xtau la macam mane nk naik bas kalau xde pass.
After 3 days, return balik pass dpt blk deposit SD10. Untung beli pass ni. Boleh guna 3 hari bermula hari beli. So utk kami, kami bole guna on 6, 7 n 8 Jun 2019. So the forth day nanti kena beli lain. A bit confusing bila nak naik mrt sbb x sempat nak study map mrt/lrt Singapore. Kami banyak tanye org je.
Kami naik mrt to Lavender. Nak hantar luggage kami ke hostel dulu. Sampai di mrt Lavender, masuk toilet free, tapi kalau nk guna tisu, kena masukkan 10cents dlm mesin tisu. Hahaha.
Dalam toilet xde paip air langsung k..Bidet pun xde tau. Gayung? Ape tu..hahaha. xde k. Kesukaran kami nak beristinjak. Nasib baik ade bawa botol air.
Dari mrt, kami perlu berjalan kaki sikit untuk sampai ke hostel. Kami tiba di hostel jam 12. Bilik kami xsiap kemas lg. A very friendly staff menyambut kedatangan kami. Die suruh kami g lunch dulu, sementara tunggu bilik kami siap. No extra cas walaupun kami sampai awal. Die tunjukkan cara nak pergi. Just a few steps away from the hostel. Redah hujan renyai2.
Kami sampai kedai mamak. Kami order mee goreng, nasi goreng ikan bilis, tosai n roti canai plus drinks. Harga cm kat Msia je. Cume dlm SD. Jangan convert to RM k. Ok gak la rase. Pekerja kedai mamak pun speak English. Ramai orang. Sebab pekerja keluar lunch, n kawasan kediaman juga. Siap makan, kami kembali semula ke hostel. That staff bg kami kunci bilik n tanye kite nak byr by cash or credit/debit card. Kalau byr guna kad, diorg cas 3%.. die suruh kite pikir dulu, byr kemudian pun xpe. Bagus kan..the only rule is tak bole makan dlm bilik, no stain please..if not, mungkin kena extra charge. Kalau nak makan, makan kat meja yg depa sediakan kat area bawah. Bilik kami aras 2, bilik berenam ade 3 katil double decker. Xde TV. Shared bathroom. Anak2 ler paling excited. Xpenah tido katil double decker..Selepas berehat, baring2, tidur2 ayam sat, kami keluar jalan2.
No comments:
Post a Comment