Privacy Policy

Saturday 8 June 2019

Singapore Day 1-Merlion park

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله

Khamis, 6 June 2019
Destinasi pertama kami, Marina bay sand hotel. Actually nak g Gardens by the bay belakang Marina bay sand hotel. Tapi xpula sampai ke situ. Staf hostel tunjukkan cara nak ke situ. Kami naik bas double decker bernombor 133 at the bus stop opposite to the hostel. Selepas melepasi Singapore Flyer, bunyikan loceng n sampai di Marina bay sand hotel. Naik tingkat 6 ade link nak ke Bayfont  Avenue10 yang terletak di seberang jalan.


Kami pusing satu round atas tu, Kemudian kami masuk dalam mall, turun bawah, terjumpe Artscience museum. Tak masuk pun. Kami nampak merlion statue di seberang sana, juga bangunan Esplanade yg rupe durian tu. Nak jalan kaki bole je, tapi bawa anak2 ni kesian kat diorg. Jadi kami masuk dlm mall semula, cari jalan menuju mrt station. Station dlm mall ni ialah Bayfont station. Kami ambik North South line no 10 Marina bay untuk ke Raffles Place station. Sampai situ, perlu ikut arah H-Battery rd untuk keluar dr station utk sampai ke street level. Keluar2 je sampai kat tepi sungai. Menapak jauh juga la nak ke Merlion park tu.. akhirnye sampai juga.

Tip penting  untuk ke Merlion park, better naik bas turun kat Fullerton sq. Tak yah menapak jauh2.

Kami ambik2 gambar, cuci mata sekejap, lepak2, nk makan pun xde ape yg sesuai, anak2 pun dah letih, kami pun bgerak ke Geylang serai. Guna Google map, tanye cashier kat 7e, cmne nk g Fullerton rd, pastu ambik bas ke Geylang. Menapak jugakla dr bus stop utk g mkn kat Mr Teh Tarik kat Geylang serai. Tengok2 sampai situ kedai tutup. Google tengok buka 24jam. Cuti Raye kot. Sempat beli towel 2 lai SD11 sbb kami  tak bawa towel, n hostel provide towel but with additional charge. Jadinye kami ke Geylang serai utk beli towel sj. Hahaha.. kemudian kami decide utk pulang je ke hostel.

On the way, dari dalam bas, kami nampak ade kedai makan, kebetulan bas berhenti the next stop. Kami pun terus turun utk makan di situ. Nama restoren Al-bidayah yg terletak di Lrg 20 Geylang. Nasi beriani kambing kat sini sedapnya.. Rase cm nasi beriani yg kami makan kat food court Safwa tower di Mekah. Harga nasi beriani murah tau kat Singapore ni. Kat restoren ni mutton beriani SD6 je. Kalau order nasi goreng biase SD4.50. Harga makanan kat restoren ni lebih  kurang je ngan restoren yg kami makan tengahari tadi. Sj nk compare, kalau di Penang, nasi goreng dlm RM4.50-RM5, tapi beriani kambing sampai RM18. Jauh tu bezanye..hmmm.

Abis makan kite g beli sabun  naik basuh baju kat kedai  sebelah.  Sabun serbuk 400g SD1.65 je. Hostel sediakan washing machine free, tapi sabun basuh beli sendiri. Kemudian kami naik bas semula untuk balik ke hostel. Kami sampai hostel dekat kul9 mlm.

Update: Sabun kena minta kat staff hostel.. huhu..last day dah nak check out baru kami tau. Gigih cheq beli sabun.

Malam, hostel kami meriah, or in other more suitable word - bising. Haha. Dorm sebelah di sewa oleh budak2 sekolah from Vietnam. Depa mai school trip to Singapore. Kalau xkisah bising2 ni, bole la duk hostel. Kalau xbole, cari la hotel..

No comments:

Post a Comment