Privacy Policy

Saturday, 30 March 2019

Ya Allah, jemput lah kami datang lagi..

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Isnin, 18 Februari 2019
Hari terakhir kami di bumi Umul Qura'. Lepas sarapan, kami ke kaunter receiptionist nak minta check out lepas Zohor. Alhamdulillah, boleh check out kul 2. Kemudian, kami ke Safwa tower nak shopping2 yang terakhir sebelum tawaf widak. Kite nak beli abaya untuk my girl sbb xbeli lagi. Kite dah survey2 hari2 sebelum ni. Kalau kat level ground floor tu, depa letak harga abaya budak SR35. Kite try tengok tingkat 1, oklah minta kurang dapat SR25. Dah beli, Lid pegang plastik abaya ni.


Thursday, 14 March 2019

Hotel yang kami inap di Madinah dan Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.

Untuk makluman korang yang belum pernah sampai ke Madinah, hotel2 kat Madinah ni semua di sekeliling Masjid Nabawi n dekat2 je ngan masjid. But usually, kalau bg jemaah perempuan, biasenye TA akan cari hotel yg berdekatan pintu 15 hingga pintu 25. Dan yang paling dekat ngan tempat solat wanita, n jalan masuk untuk menuju ke Raudhah, ialah pintu 25. Rate hotel yang dekat ngan pintu 25 ni, kite rase agak mahal jugak la jika di bandingkan ngan rate hotel di area pintu 1 ke pintu 8/9.


Sunday, 3 March 2019

Hari-hari terakhir kami Di Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Sabtu, 16 Februari 2019
Hari ni kite dah start demam. Subuh di hotel je. Lid je g subuh di masjid. Lepas lid balik masjid, kul 8 lebih baru kami turun breakfast. Makan pun xlalu dah. Baby Abdullah pun tido xmau bangun. Kami bawa die g breakfast pun die tido je. Sebelum g masjid, lid siap2kan die. Kul 11 kami dah keluar ke masjid untuk iktikaf sambil tunggu waktu Zohor.  Lepas Zohor, kami g makan kat atas bangunan yang ade McDonald tu. Xtau ape namanye. Nak ke situ, kena naik escalator. Kami makan biryani ayam kat restoren Hiraa ( حراء) SR18. Xsedap langsung uolls. Tapi punye la ramai orang beratur beli kat situ.

Saturday, 16 February 2019

Solat Jumaat di Masjidil Haram 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Khamis, 14 Februari 2019
Hari ini kami tidak berziarah ke mana2. Penuhi masa di Masjidil Haram sahaja. Tengahari lepas zohor, kami naik escalator ke roof top. Tengok umat manusia yang sedang bertawaf keliling Kaabah. Dengan gelagat orang yang berebut2 nak kucup hajarul Aswad. MasyaAllah berhimpit-himpit. Ade jemaah yang sampai naik atas kepala orang. Semoga suatu mase kami pun dapat kucup hajarul Aswad. Amiiinn..


Ziarah Taif

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Selasa, 12 Februari 2019
Hari ni ikut perancangan kami ziarah ke Muzium Haramain, ladang Unta dan Miqat Hudaibiyah. Tapi kami tak larat nak join, so kami hanya beriktikaf di Masjidil haram sepanjang hari.

Kami ke masjid seawal 4a.m. Baby Abdullah pun tidur lg. Kami cari port kat bawah sekali, yang dekat dengan tempat wuduk. Mase kami buat umrah tahun 2016, tiada satu pun tempat wuduk dalam Masjidil Haram. Biasenye jemaah Malaysia mahupun Indonesia akan bawak botol spray untuk wuduk. Kalau xpun, ambik wuduk guna air zamzam kat area tong air zamzam. Janitor Masjidil Haram cuma mampu mop lantai  yang basah je la. Nak bergaduh ngan jemaah pun buang masa je.