اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah pada hari raya korban yang lepas, kami telah bercuti di Langkawi. Kali ni kami naik flight AirAsia. Beli tiket sebulan sebelum berangkat. Harga RM1.8K termasuk insurans + 40kg luggage pergi balik. Biasanya kalau naik flight AirAsia, kt akan include terus Tunes travel insurans depa. Tak yah pening2 cari travel insurance company lain. Beza pu n xbanyak.
Nak kate murah harga tiket flight ni sebenarnye lebih kurang harga flight Firefly kami ke Langkawi tahun lepas. Cuma sekarang dah masuk fasa endemik, harga flight memang naik. Lagipun kami tambah seat sebab tahun lepas baby Fahri bawah 2 years old, tahun ni kena beli seat untuk dia. Kami memang kena beli luggage dengan AirAsia sebab sharing luggage isi baju. Kami ada hand carry juga. Flight biasanya ada 7kg hand carry. Kalau backpack tak lebih 7kg and tak lebih allowable size, tak yah beli luggage. Kalau flight Firefly biasanya harga tiket dah termasuk 20kg luggage.
Macam biasa, kita tak beli seat.
Sebenarnya, kite tak sure berapa kg luggage yg sepatutnya kita beli untuk flight ni, sebab dah lama tak beli tiket AirAsia. Minimum 15kg, 20kg, 25kg, maksimum 40kg. Harga lebih kurang RM2.5/kilo. Contoh, kite beli 20kg untuk kite, 20kg untuk lid pergi balik. So kita tambah lebih kurg RM 190 untuk luggage. Anak2 kita tak beli luggage. Kalau dapat tiket murah, memang untung.
AirAsia retimed flight kami pergi dan balik. Asalnya flight to Langkawi petang kul6, tiba2 jadi kul2. Terpaksa pontengkan anak2 sekolah. Flight balik asalnya kul5 jadi kul3. Web check-in dibuka 2 minggu sebelum fly. Kita old school, print boarding pass. Every time. Sebenarnya, boleh je print kat kiosk AirAsia kat airport tu ataupun scan qr code kat fon masa boarding.
6 Julai 2022
Kami sampai airport kul 1 gitu. Lewat dah sebenarnya tu. Dalam boarding pass yang kite print tu ada maklumat untuk checked luggage before 1.40pm. Kami bawa 2 luggage. Sempat timbang. First, 10.3kg. Second dalam 11kg. Jadi nye ape? Rugi la beli sampai 40kg mase pergi. Kot mana boleh jimat, kita jimat. Hehe. So next time kena ingat, kalau bawa beg yang sama, kite sepatutnya beli luggage maksimum 25kg sahaja. 25kg ni bukan berat satu beg tau. Campur 2 beg pun boleh. Ada penumpang sebelum kami tu, dia beli luggage allowance sampai 25kg sorang. Terus die check-in sekali ngan backpack semua. Masuk kapal, lenggang je. Kami punya hand carry pun tak sampai 7kg. Dalam 3kg je maksimum masa kami timbang hari tu.
Walaupun kami ada about 40minutes lagi utk checked luggage, tapi kaunter AirAsia ni panjang nak queue. Sebab sesape je penumpang AirAsia masa tu ada flight ke KL juga, pun queue 1 line. Sambil beratur tu, terdengar staff AirAsia jerit2 panggil penumpang ke Langkawi. Mase tu kami terus, heret luggage, potong queue, p depan kaunter terus. Sorry orang belakang. Dah depa panggil.. Lepas dah selamat checked baggage, kami terus ke Domestic departure hall. Paling tak suka, macam ni la, berlari-lari. Hahaha. Lepas pemeriksaan kastam, berlari ke gate plk. Sib baik PIA ni tak besar sangat. Pendek kata, datang la awal ke airport. Boleh lepak2 dulu and tak kalut. Flight on time kali ni. Jam 3 ptg kami selamat menjejaki Langkawi.
Kereta sewa
Kali ni kite tak book kereta sewa siap2 sebelum tiba di Langkawi. Just gamble je. Kat airport ni banyak kaunter kereta sewa. Masing-masing terjerit2 "kereta sewa, kereta sewa", panggil bakal penyewa kereta mai kaunter depa. Biasa foreigner akan ambil kereta ngan depa. Kita pun approach first counter, counter depa ni rapat2 je. tak tau nak pilih yang mana, tak tau yang mana ok. Akak kat kaunter tu pun tanya nak sewa kereta ape, kite bgtau nak sedan. Die suggest Bezza baru, harga RM100. Kita bagitau, kt bajet RM70 je, sewa 5 hari. Die pun cari2, die kate wira auto boleh dapat RM70 sehari. Abang kaunter sebelah sempat pula mencelah, kaunter ni mana2 pun sama je harga lebih kurang. Hmmm. Kite pun tanya lid, ok tak wira? Lid kate ok. Sewa RM70x5 plus deposit kunci RM50. Ok settle bayar online transfer. Kereta ambik kat pintu keluar nombor 2. Orang depa dah tunggu dah dengan kereta. Senang.
Start kereta, on the way to hotel kami kat Chenang, kami singgah makan Laksa ikan sekoq yang terdekat sekali ngan airport Langkawi. First time kami berenti makan kat sini, takat dah beberapa kali kami ke Langkawi ni. Konsep layan diri. Tempat makan betul2 tepi laut. Harga ok. Rasa kuah laksa nya so so je. Boleh la makan. Laksa kat Penang lagi power. Tu je. Hahaha. Laichikang RM8. sj habaq. haha. Takoyaki RM10 mix, tak boleh pilih 1 flavour sj. Ade isi tapi kosong. Acane tu? haha. Actually ada beberapa food truck lain yang jual laksa berdekatan situ.
Lepas makan terus menuju ke Shellout Chenang. Kite book 3 malam. Ini kali kedua kami stay kat sini. Suka suasana dia tak crowded. Lepas rehat n solat, siap2 terus g Pekan Kuah melalui Jalan Bukit Malut. Jalan ni melingkar-lingkar sikit n tak banyak kereta lalu. Kami singgah Rams Homedecor. Survey2 barang haha. Pastu singgah bazar belakang Geo Park hotel. Beli selipar anak.
Kemudian g jalan-jalan kat pasar malam Pekan Kuah. Pasar malam pekan Kuah ni 2 kali seminggu, Rabu n Sabtu. Ada org jual muratabak and apam balik sedap. Sempat shopping seluar anak. Kami makan kat astaka belakang pasar malam. Nasi goreng2. Total RM55. Better beli air soya ke air apa2 la kat pasar malam. Order nasi je kat situ. Abis makan, kami balik ke Chenang, tapi tak lalu Jalan Bukit Malut, kami lalu jalan satu lagi, yang ramai orang lalu. Hahaha. Jalan Bukit Malut tu scary sikit.
7 Julai 2022(Penang Heritage Day)
Hari kedua, bagi can kat anak2 mandi kolam dulu. Siap2, tengah hari baru keluar. Kami ke Padang Mat Sirat. Nak makan kat Pak Long Sup Kedah.
Sampai2 tengok astaka tu tutup sebab tengah renovate. Tak tau nak makan kat mana. Sib baik terperasan, depa buka area tu juga, sebelah sekolah. Jadi kami pun masuk kat parking. Kami makan nasi ayam, bihun sup, minum cendol, oren jus. Semua sedap. Sup sedap. Total RM47.50.
Lepas makan kami ke Oriental Village. Parking tak banyak. Kami xmasuk mana2 pun situ. Ingatkan nak bagi anak2 main arnab. Tapi dah takde dah tempat tu. Depa combine dengan other attraction, masukkan dalam pakej. Jadi harga mahal. Dulu sebelum Covid, ada taman arnab, masuk free, boleh beli makanan arnab yang depa jual, bagi makan n main ngan arnab. Jadinya p situ kami pusing2 saja. Takde plan nak naik sky cab sebab dah pernah naik 2 kali.
Keluar dari situ, kite search near attraction, ada crocodile farm 7 km je. Jadi kami pun menuju ke sana. Parking banyak kosong. tak ramai orang datang sini. Jeng-jeng-jeng. Sampai situ baru tersedar, botol air tertinggal kat kedai Pak Long. Kami masuk sampai ke kaunter tiket. Mak aiihhh, terkejut tengok harga walk-in. Sampai RM70-90. Mahal namate. Nak patah balik, tapi dah sampai. Kesian kat anak2.
Ada sorang staf Chinese tu, die tanya, dah beli tiket ke? Kita kata takde. Dia kate kalau beli online lagi murah. Boleh beli tiket online pastu tunjuk kat diorang. Kite pun search la tiket online. Kalau korang tengok suggestion dalam Google map, ada yang kata tiket dewasa RM18, kanak2 RM12. Actually tak, ok. Bukan harga tu. Harga tiket ikut kombo. Kita cari kat klook, kat shopee. Chinese tu kata ada yang jual tiket family, beli dewasa+ free kanak2. tapi kita tak jumpa plk yang tu. Last sekali, kt chat seller kat shopee..Kite tanye, if beli skrg, boleh dapat terus tak? Seller ni based kat Langkawi. Ada je tiketing yg based KL dlm Shopee tu. Tapi kite rase seller ni offer paling murah. Then seller jawap, boleh. Kita pun pilih combo explore. Dewasa RM36, Kanak Rm28. Buat payment total RM192, dalam 5 minit, terus seller bagi QR code. Terus kt tunjuk kat staff counter, terus die proses, bagi tag, lekat kat baju and boleh masuk.
Korang jangan risau, kalau beli entrance tiket kat shopee, sama je cam kt beli barang lain. Kite kena klik order received dulu, baru seller dapat duit diorang. Jadi pengguna Shopee yang bijak k. Kalau dapat barang yang korang beli tu, jangan terus klik order received, cek dulu quantity, quality, try guna dulu. Kalau tak puas hati, boleh lagi nak chat ngan seller, nak return barang ke hapa. Kalau dapat seller yang baik, amanah, Alhamdulillah. Ada seller, yang tak berapa jujur, kadang kita chat pun tak layan. Lagi2 kalau dah klik order received.
Crocodile Adventureland Combo
Combo explore yang kite beli ni termasuk tour guide and baby croc feeding. Kalau korang nak paling murah, ambik combo adventure. Masuk dalam tu tengok je buaya tanpa tour guide. Feeding ade dua, pallet n isi ayam. Kalau beli combo adventure dapat pallet sj. Pallet ni serupa cam dedak la. Kami beli combo explore, boleh la bagi anak buaya tu makan isi ayam guna batang buluh.
Ada show kat dalam tu, tapi kena ikut masa depa la. Boleh juga bergambar dengan anak buaya jinak, guna fon sendiri tapi depa cas RM20. Klik la banyak mana pun. Dapat tengok buaya kurang upaya. Itu la kan, bukan manusia je ada kekurangan fizikal. Anak2 memang enjoy masuk sini. Bagi kite berbaloi la datang sini.
Kul 5 lebih, kami keluar dari situ, singgah beli cucuk kat tepi jalan Kuala Teriang, gerai yang setentang dengan kedai basikal, dekat ngan Nasir Kandar SPM. Kat situ ada cucuk udang sedap n pisang goreng. Cucuk udang habis. Dapat pisang goreng ja. Air bungkus ikat tepi semua harga RM2. Teh O ais ke milo ais ke.. Lepas tu kami terus ke padang Maksirat singgah kedai pak long ambik botol ayaq yg tertinggal tengahari tadi.
Kul 6.30, anak2 nak mandi laut plak. Malam tu kami makan di Restoren Selera Lubuk Buaya. Alhamdulillah. Makan kat sini memang sedap. Hahahaha..Total RM 79. Anak ramai kan.
8 Julai 2022
Hari ketiga, kami p cari breakfast. Jumpe kedai roti canai pertama, penuh. Kedai kedua, ok ade roti canai, nasi lemak, nasi berlauk. Kami beli roti canai n roti telur, nasi lemak biasa tanpa telur. Telur mata kerbau/telur dadar depa tak jual. Telur mahal masa ni. Total RM18.50. Anak2 mandi kolam sj. Bagi can la..Tengah hari, staff hotel nak bersihkan bilik, kami pun keluar. Plan hari ni nak ke Makam Mahsuri. This is first time kami singgah sini. Ohhhoo..rupenya kedai Nasi Dagang Pak Malau dekat je ngan Makam Mahsuri ni. Ada banyak kedai untuk sarapan kat area ni.
Makam Mahsuri
Kami tibe ni Makam Mahsuri kul 2 petang. Tiket masuk beli di kaunter shj. Cash. RM12 dewasa, Kanak2 6 tahun ke atas Rm6. Total RM48. Masa kami sampai, ada 1 bas persiaran pun sampai sama kami. Jadinya boleh la masuk beramai-ramai gitu. Masuk2 je ada kumpulan musik tradisional tu, depa pun buat la persembahan depa. Kami follow tour guide bas persiaran tu, dapat la dengar info sikit2.
Pastu kami terus p tengok makam Mahsuri. Baca doa2 sikit. Awat rasa sedih tak tau. Kisahnya Mahsuri ni kena fitnah dengan ipar die. Dulu2 pun ipar duai duk ada yang jahat kan.. Ape lagi org zaman laa. Dengki kat orang tak kire..
Lepas p makam, p telaga Mahsuri plk. Sebelah telaga ni ada kaunter jual ayaq telaga yang dah ditapis. Tapi kalau korang ada botol ayaq mineral kosong, korang boleh je cedok ayaq telaga tu. Kami p plk tengah2 panas ni. uiiiisshh.. rasa cam nak mandi ayaq telaga. Pastu kami naik rumah Mahsuri. Rumah ni berada pada tapak asal. Tapi depa dah repair. Yang belen2 kayu rumah asal tinggal kat pelantar dapur bahagian luar sj. Yang tu depa tak bagi pijak. Dalam rumah dia, ada kumpulan berzanji 3 orang makcik, n buai berendoi. Bila ada orang melawat, depa pun start la berzanji.
Best kedudukan rumah dia dengan telaga dia. Dekat je, tapi kalau zaman dulu2 kot ada banyak pokok ke semak ke, mungkin kawasan telaga tu terlindung sikit. Tapi kedudukan tapak rumah die tinggi. Wallahu a'lam. Macam2 ada jual dalam ni kawasan makam ni. Ada kuih-muih tradisional like kuih peneram, kuih karas n kuih loyang. Ada kedai aiskrim, n kedai sourvenir. Ada congkak gergasi.
Lepas beli aiskrim kat budak2 ni, kami pun masuk dalam balik tengok video kisah Mahsuri. Hebat ilmu orang dulu2. Kalau korang belum sampai lagi sini, it a must visit place la. Berbaloi untuk tau sejarah Mahsuri n Langkawi.
Kami solat di surau yang terdapat di situ. Lepas solat, terus ke kedai cucuk kelmarin, nak beli cucuk udang n pisang goreng. Alhamdulillah, mai awal, ada cucuk udang. Lepas tu, kami patah balik ke Kompleks HIG di pekan Kuah. Nak shoping. Abang je ikut masuk. Adik2 die n Lid semua duk dalam kereta. Menghabiskan cucuk. Lepas shoping, kami g kedai dobi basuh baju. Sambil tunggu baju siap cuci, kite sambung shoping kat kedai yg opposite laundry. Terbeli plk periuk vantage. Haha.
Malam tu kite n anak2 ronda jalan Pantai Chenang. Cari makan kat situ2 je. Shoping lagi. Lid jg anak 2 org yg kecik. Kite plk lupa bawa fon. Kat sebelah Shellout Chenang ni ada satu kedai jual macam2. Kedai ni jual coklat Daim 460g RM 19.90, paling murah daripada kedai lain. Kita duk usha luggage, hahaha. Nak beli baru. Dah shoping banyak2 ni. Kalau datang Langkawi takyah bawa luggage banyak2. Boleh beli kat sini, harga lagi murah. Hahaha.. promote. Jalan2 beli nasi goreng2. Pastu beli shawarma. Ada 2 kedai yg jual shawarma. Dua2 kedai pun kami try. Harga sama. Rm10 sebiji. Boleh la, semua ayam. Depa tak buh fries dalam shawarma tu macam kat kedai Arab depan USM. Ayam secebis. Haha.
9 Julai 2022
Hari ni nak checkout Chenang. Sebab nak stay kat Kuah pula. Jadi pagi ni suruh budak2 ni p mandi laut puas. Mula2 kita ronda nak cari breakfast situ2 je, sebab pagi semalam ada nampak makcik jual nasi lemak bungkus. Tapi pagi ni depa tak jual pulak. Ade stall jual nasi lemak + telur rebus RM5.50. Tak berbaloi. Jadi nya hari ni kami terus brunch je la. Staff hotel ada suggest 1 kedai makan kat Padang Mat Sirat. Kedai Selera Kampung. Tapi bila kami sampai sana, kedai tutup plk. Jadi kite pun search je lah nearest kedai makan, membawa kami ke Restoren Siti Fatimah. Masa kami sampai baru kul 12. Orang tak ramai lagi. Ok jugak la makan kat sini. Sedap..Cume bagi kite agak pricey la. Sebab budak2 tak ambik ayam pun, kalau nak kata ayam mahal kan. Total RM50. Kami tak ambik yg bakar2. Tapi kite perasan, kami kena bajet kurang2 RM50 untuk setiap kali makan sekeluarga. Sekurang2 nya la.
Lepas makan, kami patah balik ke Shellout Chenang sebab kite nak p beli barang kat kedai sebelah tu. Kedai tu buka pukul 1. Kite beli 1 luggage size 24inci. Murah RM139 je. Kemudian terus ke Pekan Kuah, g solat dulu di masjid. Lid tanya seorang jemaah lelaki pasal solat raya esok pagi. Dia kata orang lelaki saja. Orang perempuan tak mai. Laaa.. Awat gotu?
Kemudian kami nak ke Idaman Suri. Idaman Suri ni tutup hari Jumaat. Ini first time kami datang sini. Depa tak jual coklat. Depa jual pinggan2 set2 melamin. Cantik2. Hahaha. Shoping lagi. Tapi beli senduk2 je. Beli towel n selimut juga untuk abg nak masuk asrama tahun depan. Harga memang ok sgt.
Keluar dari Idaman Suri, kami terus ke Greenish hotel untuk check-in. Bilik family depa bagi 2 connecting room. Hotel ada kolam juga, best kolam depa. Ade free breakfast plk tu. Yang ni memang tak jangka langsung. Rate die biasa je. Biasanye harga ni tempat lain, tak dapat free breakfast. Alhamdulillah, tak risau sangat dah breakfast pagi raya.
Anak2 terus siap2 nak p mandi kolam. Kite minta izin ngan Lid, nak p shoping lagi. Hahahahah..Lid pun ok, die jaga anak2. Kita sambung ronda pekan Kuah. Pastu kul 6.30 lid call kate depa semua dah habis mandi. Kita pun ambik anak2 & Lid, nak bawa pi makan kat Asam Pedas Calypot Tok Lek tak jauh dari hotel.
Kami ambik 1 claypot asam pedas ikan pari (ikan dpt 3 ketul) + nasi putih + ulam+ telur masin. Kemudian tambah 3ekor ikan kembung goreng + telur dadar 2 + nasi putih. Total RM53. Air kedai sebelah.
Kemudian kami singgah masjid solat. Lepas solat, kami mencicip gulai kambing dan kuih-muih yg masjid hidangkan untuk jemaah yg berbuka puasa tadi. Kalau tau kat masjid ada jamuan, kami mai makan di masjid sudah. Lepas makan kami jalan2 pasar malam Kuah sekali lagi. Saje2 buat penat kaki berjalan. Beli apam balik lagi.
Selepas itu, kami ke Dataran Lang. Sini susah parking sebab limited. Bukan crowded sangat pun orangnya. Kalau datang siang hari, panas. Datang malam ok lah. Kami lepak di Dataran Lang, bagi anak naik kereta bateri tu. Budak kecik berdua ni naik kereta yg kite control guna remote. Lid n kakak yang kontrol. Kereta + remote control RM15 sorg, main lebih setengah jam. Nafees bawa sendiri. RM20 11minit. Ok la kan..lama kot masa depa bagi, dibandingkan kat tempat lain yang budak2 ni penah naik.
Kami ambik gambar kat burung helang tu. Walaupun tak berapa clear. Kemudian balik hotel.
10 Julai 2022(Hari Raya Aidiladha)
Lid dengan abg shj yg ke masjid. Solat raya jam 8.30. Masjid tak sembelih korban hari ni. Kami yang lain2 siap2 turun breakfast kul 9. Dalam 9.30, lid mai sarapan sekali ngan kami. Sarapan menu hari raya. Ada nasi hujan panas, nasi impit+kuah kacang, pulut kuning +rendang dll. Kami takde plan apa2 hari ni. Jadi rehat2 di hotel saja. Anak2 turun mandi kolam selepas breakfast. Raya di Langkawi majoriti kedai makan tutup. Yang buka hanya fast food. Kalau di Kuah ada KFC n Oldtown White Coffee. Kul 3 lebih kite keluar sat ngan Lid, nak cari makanan apa2 yang buka. Tengok dari luar, orang beratur panjang dalam KFC. Kami pusing2 singgah beli hasil laut langkawi like ikan bilis n ikan masin kat sebelah Mega Cineplex Langkawi. Ikan bilis mata biru gred AAA RM75 sekilo. Tak beli apa2 untuk makan, bagi anak2 makan roti n apam balik yang beli kat pasar malam tadi.
Petang kami keluar bawa baju untuk cuci. Kemudian sambil tunggu baju untuk cuci kami ke astaka sebelah tapak Pasar Malam Kuah. Ada kedai tomyam bukak. Meja memang penuh la nak kata. Nasi goreng2 depa xdan nak buat. Depa jual nasi set+ikan+sup. Harga ok. Kami pilih set C, nasi putih+ ikan siakap 3 rasa+tomyam campur+telur dadar+kailan ikan masin+ sotong celup tepung . Total RM70. This same kind of set kami makan di JB RM99.
Lepas makan, kami ambik baju yg dah siap cuci dan balik ke hotel. Malam tu kite mengemas semua hasil shopping. Packing semua beg.
11 Julai 2022
Hari balik. Kami turun sarapan kul 9. Check-out kul 10, sempat singgah Idaman Suri beli beg sekolah kakak. Kemudian terus ke Chenang. Sampai Chenang, beli Nutella Jumbo 900g made in Turkey RM 29.90 je. Lepas tu kami terus ke airport. Sampai airport je, terus call orang sewa kereta. Dalam 5 minit, depa dah mai, pulangkan deposit kunci RM50 n ambik kereta. Senang berurusan ngan depa. Tak yah nak tunggu lama. Hujan lebat di Langkawi. Kami sampai airport kul 11 lbh. Memang bersidai la nak tunggu flight kul 2.
Masa drop baggage, total berat 3 luggage termasuk yg baru beli semlm is 38.3kg. Alhamdulillah tak over 40kg. Kami timbang siap2 masa sampai kat airport. Kami masuk departure hall kul 1. Masuk waktu zohor sempat solat qasar jamak Zohor dan Asar dekat surau dulu sebelum fly to Penang. Alhamdulillah flight on time. Cumanya seat bersepah sikit la. Takde sape nak tukar suka sama suka. Air turbulance a few minutes kat atas tu, sebab flight langgar awan, sampai penumpang menjerit2. Ada yang termuntah kata Lid. Lid sampai tengah malam jet lag. Kami yang lain pening2 je. Budak kecik tu tido jadi tak de la drama menangis2. Nafees siap recite Asma ul Husna n genggam tangan umi die kuat2. Allah. Tak tau la kite nak rase ape. Doa panjang umur je kot. Flight 30 minit. Alhamdulillah selamat landing Penang jam 3.45ptg.
No comments:
Post a Comment