اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 27 Disember 2025
Hari ni kami nak city tour lagi, cuma takda spesifik nak singgah mana. Sebelum keluar tu, saya search location Pho' Muslim yang kami jumpa kat video youtube @arinabhr. Dalam video, dia tak mention lokasi Pho' Muslim tersebut, so kami guna bantuan google lens untuk search lokasi.
Kami keluar dari hotel dlm pukul 10 pagi. Pho' muslim yang kami nak pergi tu terletak lebih kurang 2.3 km dari hotel. Kami berjalan kaki menyusuri Ben Thanh Market. Pagi ni sangat cerah. Ramai orang bergambar di dataran depan Ben Thanh Market. Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan. Menurut google map, kami perlu berjalan lebih kurang setengah jam.
Semasa melalui deretan kedai-kedai, dalam perjalanan kami terjumpa kedai Miniso. Sambil jalan, sempat la jugak shopping di Miniso. Lid dah bising² sebab takut kedai Pho' Muslim yang kami nak pergi tu tutup. Info dari google map kata kedai tutup kul 12 tengahari.
11.10 Kami sampai di Pho' Muslim. Kami order kueteow sup dan roti daging. Lid dapat kueteow sup special kat sini. Depa ajar makan roti cicah sos dan sup. Roti tu cepat larut dalam sup. Makan kat sini murah dan sangat sedap. Berbaloi kami jalan jauh pagi ni.
Lepas makan kami singgah masjid dekat dengan kedai Pho' Muslim ni. Siak masjid sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Dia tunjukkan di mana tempat solat muslimah, siap tukar gantikan telekung yang bersih. Tunjukkan tempat wuduk dan tandas. Ruang solat muslimah terletak di Tingkat 2. Ruang solat muslimin dan tempat wuduk di tingkat 1. Tandas bawah sekali. Ruang bawah lebih kepada ruang berkumpul untuk majlis.
12.30 p.m. Azan zohor berkumandang. Tauke kedai Pho' Muslim pun datang berjemaah zohor di masjid. Selepas solat zohor, ada majlis cucur jambul bayi kembar di ruang Solat muslimin. Baby boy named Sanur while baby girl named Sanuri. Comel.
![]() |
| Budak ni tak lalu dah nak makan pho' |
Ahli keluarga bayi berkumpul di tingkat bawah selepas majlis cukur jambul untuk makan roti cicah kuah kari. Anak sy yang keempat, dengan lid je yang join makan sbb nak meraikan pihak yang buat majlis..kami yang lain dah full..tak boleh masuk dah..
Selepas itu, kami jalan-jalan patah balik saja menuju ke hotel. Tiba² ada foreigner tegur abang. Team Liverpool jugak. Cepat² kite snap gambar. Seronok sangat la abg.
Kemudian, kami nak ke cafe Little Hanoi egg coffee.. Sampai di Little Hanoi, lid tanya, halal ke tidak kopi telur depa, depa kate halal.
Sekali bila kami masuk duduk, tengok dalam menu, ada grill pork..terus kami bangun, keluar dari cafe. Kopi telur tu mungkin la tak campur bahan yang haram. Tak dapat la kami nak rasa egg coffee di Ho Chi Minh.
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara syubhah yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Maka sesiapa yang menjauhi syubhah, dia telah membersihkan agama dan maruahnya.”
(HR Bukhari & Muslim)
![]() |
| Jumpa McD, pun takut nak try. |
Kami jalan² lagi sampai Malaysian street..beli kopi Haliem RM4. Lid beli sampai 4 cup. Haus berjalan. Rasa cam kopi ais kat pasar malam je korang. Kemudian, kami masuk Ben Tanh market, beli keychain, daripada 650k tawar jadi 200k dong. Kat luar Ben Tanh market pun boleh dpt 200k dong.
![]() |
| Kedai² depan hotel pun meriah |
Lid dan anak² lelaki dah jalan dulu. Saya with my girl ronda kedai sebaris dengan hotel, jumpa orang Malaysia. Katanye baru sampai HCM. Mencari kedai tudung viral katanya, sampai tersesat². Kami masuk la tengok, tapi tak beli pape di kedai tu sebab fesyen tudungnye yang kami tak pakai. Kemudian, balik hotel, rehat kejap.
![]() |
| Nak maghrib dah. |
4.45 p.m. Kami keluar balik, menuju ke Masjid Al-Rahim pula. Nampak orang Msia yang dinner kat depan masjid ni juga. Nak bagitau, menu kat sini simple je. Ok la, dapat makan nasi lauk ayam..budak² suka. Harga murah.
Lepas makan, kami naik solat di Masjid. Jumpe orang tabligh. Ada yang boleh cakap melayu.
![]() |
| Ruang solat muslimah. |
Lepas solat, kami singgah Saigon Square. Nak shopping t-shirt n jaket anak bujang. Tak pasti diorang ni accept card ke tidak, so saya pun pergi cucuk duit kat atm HSBC dalam Saigon Centre.. cas pengeluaran 50k dong.
Lepas shopping, kami pun jalan kaki balik hotel. Singgah pula kedai kasut dekat hotel, beli kasut lid. Seharian ni kami jalan kaki sahaja, dari pagi sampai malam. Smpai hotel 8.30mlm. Rasanya, malam masih muda, tapi sebab nak kemas bag, esok nak balik dah..huhu..
Almost tengah malam, teringat pula baju yang kita tempah kelmarin, terus wasap seller..Dia tak reply, kot la dah tidur. Kite pun turun la lobi tanye kat receptionis, ada tak barang kita, dia pun tanya, no bilik n pergi cek. Alhamdulillah, dapat la baju 2 pasang tempah semalam. Cuma saya rasa ada 2 tailor yang jahit baju tu, bukan sorang, sebab jahitan macam ada beza sikit. Jahitan elok, kemas..
End of Day 4.











No comments:
Post a Comment