اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 28 Disember 2025
Hari ni hari terakhir kami di Ho Chi Minh. Flight kami hari ni jam 1.35 p.m. Jadi kami perlu bersiap awal, cari sarapan dulu supaya tak lapar sangat dalam flight nanti.
7.45 a.m. Kami keluar dari hotel, berjalan kaki lagi untuk bersarapan di Pho' Muslim di hadapan Masjid Al-Rahim. Pagi2 ni tak ramai orang lagi, jalan pun lengang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 20 minit.
Pho' kat sini rasanya biasa² je tapi yang specialnye kat sini ada gulai daging, boleh cicah dengan roti. Pastu dia ada air soya pandan. Sedap.
8.35 a.m. Selesai makan..Kami balik hotel. Ambil barang, then terus turun ke lobi, bagitau receptionist, kami nak check out. Depa nak check bilik dulu.
![]() |
| Total VND 113,000. |
9.00 a.m. Saya terus order Grab ke airport. Cas grab 113k dong.. ngam² saja dengan jumlah dong yang berbaki. Tak sampai berape minit Grab dah sampai depan pintu hotel. Elok kami nak tutup pintu Grab, staff hotel mai, bagitau bilik ok. Alhamdulillah.
Driver bawa 40-45km/h je.. kalau korang nak cepat, memang kena awal la hampa..
9.30 a.m. Kami tiba di airport. Driver tambah 9k dong utk tips.. sama seperti masa kami tiba hari pertama hari tu. Tapi saya takde duit dong dah, sy bagi je RM3.. tu pun dia dah happy sangat dah.. Lid bagi dia RM1. Kesimpulan yang boleh saya buat, Grab from and to the airport ada cas extra tip.
Kami terus masuk ke ruang legar airport. Kat sini tiada mesin timbang luggage yang free. Depa ada penimbang kilo macam kat pasar tu, untuk timbang handcarry je boleh la.. Ada service luggage wrapping. Kalau nak wrap luggage, boleh la timbang sekali dekat situ..
Kami ke kaunter drop baggage Airasia.. depa bagitau, kaunter buka 10.25 a.m. Kami jadi orang pertama yang beratur di barisan. Saya timbang bag di kaunter drop baggage. Bag kami lebih 1 kg cmtu la. Kita adjust la sikit, masuk dalam handcarry.
Sementara menunggu, kami jalan² di departure area. Banyak kedai souvenir. Tapi hati-hatilah kalau nak beli barang kat airport ni.
10.15 kembali ke barisan. Airport staff mai, bila dah ready depa beratur depan kaunter, tunduk hormat kepada passengers, then mula buka kaunter. Staff depa sangat sopan.. print boarding pass n bag tag.. siap letakkan elok².
Lepas tu kami terus beratur di imi. Line agak panjang juga, tapi bagi saya, tak seteruk masa kami tiba di sini tempoh hari. Depa cop kemas je.
Lepas imi, kaunter scan bag.. pun kena beratur panjang. Kat sini, all passenger kena bukak kasut, kasut pun perlu melalui scanner. (Our first experience kena buka kasut kat airport).
Kemudian kami ke gate 16, menunggu masa untuk boarding. Pukul 12.30 camtu, saya nk solat zohor.. tapi tiada prayer room. Jadi saya ambik wuduk di tandas. Solat je dekat area menunggu. Selepas solat, baru dapat tahu flight delay sampai 16.05. ETA asal pukul 17.30.
Maka beramai² la Muslim passenger yg lain pun g ambil wuduk di tandas, ngan solat jamak qasar kat waiting area tu. Bising janitor sorang kat situ, sebab lantai tandas basah.. Bersama² kami masa tu ada rombongan guru pencen dari Kedah.
2 p.m. Kami ambil free meal kat Fresh2Go.. Beratur, ambil 1 drink, 1 meal. Kami antara yg terawal beratur. Saya tergerak hati nak tanya halal ke tak. Staff situ bagitau, ade chicken pie and pork pie. Ade roti vegan tapi ada 6 ketul je..saya ambik semua 6 ketul roti vegan tu. pie tu mmg byk. kalau chicken pie sekalipun, kite tak sure kan ayamnya halal ke tidak.. Then, ade passenger yg dapat pho' juga.. tp tak pasti status halalnya juga. Muslim passenger yang ambik pho' pun, bagi je kepada non-muslim passenger flight lain kat waiting area tu.
Kami makan roti tu je.. itu pun tak habis.. pastu duduk menunggu sampai tertidur. Airport ni ada water dispenser, boleh la ambil air kosong kalau ada botol air. Kedai serbaneka pun ada.
4.05 p.m. depa bagitau kena tukar ke gate 22. Jauh sebenarnya nak berjalan from gate 16 to 22. Sampai di gate 22 kami scan boarding pass dan terus naik shuttle bas ke aircraft..
5.00 p.m. (waktu HCM) flight take off. Alhamdulillah.
5.45 p.m. Kami beli nasi lemak Pak Nasser combo teh tarik RM19. Dah lama tak makan. Anak kecik dua orang lapar. Anak yang besar lena keletihan. Teh tarik memang sedap bagai dikata.
7.15 p.m. (waktu Penang) touch down Penang. Alhamdulillah.
7.46 p.m. settle imi dan scan bag. Mulanya saya nak book Grab, tengok harga kat apps RM16. Mahal la. Ngam2 kami keluar daripada arrival hall tu, ada bas Rapid Penang lalu.
Terus abang tahan bas, tanya boleh tak kami nak tumpang. Bukan la tumpang free babe. Kena bayar tambang gak. Total RM8.40, untuk 7 beranak. Ada rate kanak2. Kami tak sempat nak duduk pun dalam bas sebab 3 minit je dah sampai bas stop depan rumah.
8.10 p.m. Selamat sampai rumah. Berakhirlah sudah trip Ho Chi Minh 2025 kami.
Kesimpulan untuk trip ni, saya enjoy sebab boleh shopping sakan. Belanja makan local murah, jangan p makan kat tempat biasa Msian makan tu, situ mahal. Makanan sana tak rasa sgt.. Sedap lagi kueteow sup kat Penang.
Tip: Pergi Vietnam kena bawa dong. Takyah bawa matawang lain. Cucuk duit di atm ada cas, tapi berbaloi kalau guna Wise. Casnya tak mahal, 50k dong je. dalam RM7lebih. If korang berminat nak buka akaun Wise dan dapatkan kad Wise percuma boleh klik kat link ni ye. https://wise.com/invite/miw/farahhayatim
Selamat Tahun Baru 2026. Terima kasih baca sampai habis.










No comments:
Post a Comment