اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa 16 September 2025
Pagi ni Alhamdulillah dapat subuh di masjid. Lepas subuh, terus balik hotel, masak nasi dan makan dengan kuah masak lomak daging salai Omak Jenny. Sedap.
Harini kami nak join Ziarah luar Mekah dengan seorang mutawif group Andalusia. Harini kami akan ziarah manasik haji, maknanya ziarah tempat² yang dilewati oleh jemaah² haji. Kami ke lobi Hotel Safwa Royale Orchid untuk berkumpul bersama jemaah Andalusia yang lain.
6.50 a.m. bas bergerak ke tempat lawatan pertama iaitu Jabal Thur. Thawrun bermaksud lembu jantan. Tempat Saidina Abu Bakar dan Rasullullah bersembunyi selama 3 hari 3 malam daripada kaum musyrikin Mekah. Baginda bermalam di Jabal Thur pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada hari Isnim nabi berhijrah ke Madinah. Kisah ketaatan sahabat Nabi yang paling cintakan Nabi, sanggup menahan kesakitan disengat binatang berbisa demi melindungi Nabi. Kisah Asma' binti Abu Bakar, yang digelar oleh nabi sebagai Dzatun Nithoqatain - wanita pemilik dua tali pinggang.
Arafah, wukuf di kaki Jabal Rahmah.
8.00 a.m. kami tiba di Arafah, tempat jemaah haji akan betwukuf 9 Zulhijjah setiap tahun apabila tiba musim haji. Arafah ni berada di luar tanah haram. Mekah dan Arafah ni dekat je sebenarnya. Tapi kalau musim Haji tu berjuta jemaah, jadi jalan akan sesak dengan bas² dan kenderaan lain. Di Jabal Rahmah ni, orang selalunya minta doa tentang jodoh. Kerana merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas diturunkan ke bumi. Tapi tiada spesifik tempat di mana mereka bertemu, hanya disebut Arafah.
![]() |
Tempat khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W |
![]() |
Kawasan ni ada Telaga Ain Zubaidah, telaga ini dulunya memberi minum kepada jemaah haji yang berwukuf di Arafah
.
![]() |
Tempat nabi berwukuf, atas unta betina nabi bernama Qoswa'. |
![]() |
Jabal Rahmah |
Cara Nabi mengerjakan haji.
Nabi mengerjakan Haji sekali sahaja seumur hidup baginda, iaitu pada tahun ke 10 hijrah. Nabi wafat pada Bulan Rabiulawal tahun ke 11 hijrah. Ulamak sepakat bahawa bulan kewafatan Nabi ialah bulan Rabiulawal tetapi ulamak khilaf tentang bulan kelahiran Nabi, ade yang kate Nabi lahir bulan Rejab.
Nabi bergerak ke Arafah, menuju ke suatu tempat namanya An-Namirah, masjid yg dibina separuh atas tanah Mekah, separuh atas tanah Arafah. Jadi, bagi jemaah haji yang nak niat wukuf di Arafah, pastikan kite betul² dah masuk tanah Arafah.
Setelah masuk waktu maghrib, Nabi bergerak keluar dari bumi Arafah bersama unta kesayangan Nabi, Qoswa', dengan tenang. Nabi menuju ke Muzdalifah ke satu tempat yg disebut dlm Al-quran, Masy'aril Haram, untuk mengutip anak batu. Nabi sampai di Masjid Masy'aril Haram, Nabi berdoa sampai ke waktu subuh, baru Nabi keluar ke Mina.
Setelah masuk waktu maghrib, Nabi bergerak keluar dari bumi Arafah bersama unta kesayangan Nabi, Qoswa', dengan tenang. Nabi menuju ke Muzdalifah ke satu tempat yg disebut dlm Al-quran, Masy'aril Haram, untuk mengutip anak batu. Nabi sampai di Masjid Masy'aril Haram, Nabi berdoa sampai ke waktu subuh, baru Nabi keluar ke Mina.
Menurut Ustaz Hj Hassan Latif, sewaktu saye mendengar ceramah beliau dalam Kursus Asas Haji dan Umrah pada 2014, Masjid Masy'aril Haram adalah tapak tempat Nabi Ibrahim alaihissalam bermimpi tentang perintah Allah untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail. Sunat hukumnya melawat masjid ini.
Antara bumi Muzdalifah dan Mina, ade Wadi Muhassir. Sunat jalan laju2 bila melalui Wadi Muhassir.
Nabi sampai Mina dan solat di Masjidil Khair.
Semasa musim haji, Mina adalah tempat mabit (transit), tempat melontar Jamroh dan tempat menyembelih korban dan dam.
Dari Arafah, kami terus bergerak ke Muzdalifah 9.15a.m. Bas tak berhenti, just ustaz explain tempat2 penting pada musim haji.
Antara bumi Muzdalifah dan Mina, ade Wadi Muhassir. Sunat jalan laju2 bila melalui Wadi Muhassir.
Nabi sampai Mina dan solat di Masjidil Khair.
Semasa musim haji, Mina adalah tempat mabit (transit), tempat melontar Jamroh dan tempat menyembelih korban dan dam.
Dari Arafah, kami terus bergerak ke Muzdalifah 9.15a.m. Bas tak berhenti, just ustaz explain tempat2 penting pada musim haji.
Kubah kecil yang dikatakan tempat Nabi Ibrahim nak sembelih anak nye Nabi Ismail di atas bukit di Mina.
Seterusnye kami bergerak ke masjid Ja'ranah. Dikatakan Nabi telah pergi ke Taif, dan dalam perjalanan balik ke Mekah, Nabi singgah bermiqat di Ja'ranah. Ja'ranah merupakan tempat miqat paling afdhal bagi penduduk Mekah.
![]() |
Masjid Ja'ranah |
10.00 a.m. Kami berkesempatan solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram di masjid ini. Kami melafazkan niat umrah di miqat Ja'ranah dan kembali semula ke Masjidil haram jam 11.00 pagi.
Kami memulakan tawaf umrah sebelum zohor. Memasuki pusingan ketujuh, askar dah mula kepung sebahagian kawasan mataf untuk solat zohor. Jadinya, kami terpaksa sambung pusingan terakhir selepas solat Zohor.
Kali ini kami bersaie di tingkat 1. Saya tak tau kenapa, tapi saya rase saie di tingkat 1 terasa lebih jauh. Kami selesai tawaf jam 2.30 p.m. tapi melilau cari pintu turun tak jumpe..lastly jumpe org 'Ask Me' die tunjukkan jalan keluar yg dah depan mata je.. pastu follow jalan tu menuju ke escalator King Fahd pintu 91.
No comments:
Post a Comment