Privacy Policy

Friday, 19 September 2025

Ziarah Hudaibiyah

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 17 September 2025

Hari ni kami join ziarah Hudaibiyah pula. Ini kali kedua saya ziarah ke sini. Kali pertama semasa umrah kali pertama 2016 dengan TA. 

Perjalanan hari ni bermula jam 7.30 a.m. Hari ni saya dan adik tunggu di tempat bas shj. Kami ingat kami dah kena tinggal.haha.. Bila sampai tempat menunggu bas, saya tak nampak seorang pun jemaah Andalusia. Saya pun ws ustaz, ustaz kata, tak tinggal..tak tinggal. Hehe..perkara biasa bila join pakej TA camtu la.. Kita kena tunggu orang, tak pun orang kena tunggu kita. Pengurusan masa boleh jadi bercelaru, bila ada yang tak tepati masa.

7.43 a.m. Perjalanan hari ini bermula. Hudaibiyah terletak 30km jaraknya dari kota Mekah. 


8.10 a.m. Destinasi pertama ialah Mathaf Abu Bakr Al Ammoudi. Dia muzium persendirian atas nama keluarga Al Ammoudi. Anda boleh cari video dalam tiktok, ada orang share tempat ni. Entrance fee SAR3 sj. Di sini ada dipamerkan sejarah kehidupan masyarakat Arab. Boleh bergambar pakai baju Arabian. Barang² semua boleh sentuh, boleh bergambar. Host sangat peramah. Saya idok la nk bergambar, saya tak minat sgt. 


9.15 a.m. Tempat lawatan kedua Wadi D Fajr, ladang unta dan kuda. Pada pandangan saya tempat ni bukan ladang unta yang sebenar. Ia lebih kepada tempat rekreasi, boleh naik unta, kuda, bagi makan kat unta, makan sate unta, dan makan² masakan Melayu yang lain. 


Sate unta satu set 5 cucuk SAR35. Saya tak rasa pun..hehe..belum teringin. Saya makan roti canai kosong je. Minuman SAR5, cendol pun ada. Sesi pagi buka 6.30-11.30pagi. Sesi petang buka lepas Asar sampai malam.

10.45 a.m. Masjid Hudaibiyah tempat pembaitan perjanjian Hudaibiyah. Perkataan Hudaibiyah berasal dari hudoba', sebatang pokok tempat berlaku perjanjian antara Nabi Muhammad dengan kaum Musyrikin Mekah pada tahun ke 6 hijrah. Hudaibiyah adalah tempat miqat ketiga paling afdhal bagi penduduk Mekah selepas Ja'ranah dan Tan'aim. Tapi saya tak niat ihram di sini kali ni.

Kat sini pun ada ruang melontar juga seperti di Arafah. Kisahnya, adik saya nak beli sejadah, bila nak bayar baru perasan purse dia takda..cuak member. Cepat² naik bas, bagitau ustaz. Sebab dia yakin sangat purse dia tercicir dekat Wadi D Fajr, ustaz pun terpaksa la minta jasa baik driver Yusoff untuk patah balik ke sana. Alhamdulillah dlm 10 minit je. 

11.20 a.m. Wadi D Fajr dah tutup..Ya Allah.. Mungkin sebab semua pelawat dah balik, jadi dia tutup awal..Pintu depan dia cover ngan zink tau.. Kami ber4 tzrun dari bas. Yusoff tekan loceng, no response. Asbab sy ambil gmbar billboard depa tu, adalah number bole ws call.. Mula² ustaz try call xdapat. Yusoff panggil² dari luar pun nobody response. 

11.31 Kami naik bas semula. Yusoff membunyikan hon. Saya cuba call ws pula. Mula² tak dapat..Kali ke3 dapat. Mereka kata mereka dah tutup..Sy jawap, datang nak ambil barang tercicir. Immidiately depa dah tau barang apa yang tercicir. Depa suruh tunggu kejap.. Yusoff pun berjaya call kawan dia kot yang kerja situ. Alhamdulillah, dapat balik purse tu. 

Katanya, dalam purse tu ade SAR sikit, RM banyak. Pada saya kan, ni cara sayalah. Everytime saya keluar negara, Spore, Thailand, Indonesia, Turkiye, Arab Saudi, walaupun tak banyak mana lagi tempat yang mampu dijejaki, tiap kali travel, I will put the purse yang biasa guna di Malaysia aside. Tak campur² dengan foreign currency. Bila tukar duit kat money changer, saya simpan dalam small purse yang khas and I don't put all eggs in one basket. 

Saya termalu sikit la dengan jemaah Andalusia..Walaupun trip ni berbayar, tapi kita dah ambil masa orang. I told my sista, kalau kena pergi ambil sendiri purse tu, pergilah dia sorang². Taknak saya bayar kos teksi plk. Things happened, but I believe we should be more careful.  Saya kalau bole nak kurang² kan berkalau² ni. Kalau purse tu tak jumpe macam mana? Im speechless. 

12.00 p.m. Kami tiba di Mekah semula.. Kami terus ke WC1 utk ambil wuduk,  bila keluar tandas, imam baru mula angkat takbir. Ada jemaah yang solat luar tandas. Tapi kami tunggu ja dekat WC3 tu sampai depa habis solat, baru kami masuk masjid. Kami tunggu sehingga Asar. Kemudian balik hotel jap kemas² beg. Maghrib pergi masjid semula. 


6.28 p.m. Alhamdulillah dapat solat di mataf bawah, dekat dengan tempat wuduk nisa'. Perut saya tak berapa selesa, asyik rasa nak terkentut je. Niat nak tawaf sunat lepas isyak, tapi tak jadi sebab ada keuzuran. 

Keluar dari masjid, kami ke Restoran Zamzam, sebab adik saya nak beli ayam goreng. Jauh restoran ni, tapi sehala ngan hotel kami. Orang sekarang semua sepesen, suka cari yang viral².. Last² dia beli ayam goreng kat kedai sebelah restoran tu. Baik beli je kat Safwa Tower. Beza 2 riyal je tapi kat Safwa dapat Pepsi. Hmmm. Kita ikutkan je la.























No comments:

Post a Comment